CORETAN TERBARU NADH

Limau oh limau

Assalamualaikum dan selamat satu Malaysia. Wah bombastik betul. Hehe. Entry kali ini memang sah pasala limau. Ala limau mandarin untuk raya cina ni. Bukan apa, kawan MR sangat suka makan limau, macamlah dia sambut raya tu. Nak dijadikan cerita MENTOR kami aka Mak angkat masa tutorial orang cina. Beliau bagilah MENTI-MENTI yang comel lagi gebu limau seorang sebiji. Apalagi nak bagi. Dah memang rutin wajib beliau.

Kitorang letaklah limau kat atas meja. Konon tunggu masa rehat. Terliur je masing-masing tengok limau. Al Maklumlah ramai gila limau. Kitorang kan semangat satu Malaysia yang tinggi. (Ceh time ni baru nak mengaku!) Kita bukan sambut raya mereka cuma kita menghormati mereka dan budaya. Kita kan berbilang bangsa, agama dan kaum. Tak eloklah nak bergaduh sana sini. Tapi isu KARAM SINGH WALIA tu aku tak sure. Betulkah?

Berbalik pada limau yang comel di atas meja kitorang tadi. Malas nak berpolitik kat sini. Bukan korang nak baca pun. Hehe ke aku je tak minat? Limau itu telah bertukar wajah. Sebab? Ada seorang hamba ALLAH yang sangat gila menconteng telah membuat transformasi kat limau-limau yang ada. Dia punya lagi banyak corak aka baju kat limau. Nak tengok gambar? Jap lagi ye! Nak kenalkan korang dengan kawan-kawan yang baik dengan aku? Baik ke? Suka buli i diorang ni. I hujung minggu ditinggalkan. Uwaaa (Agak poyo. Menyampah eh?)

SIAPA PANDAI TEKA TULISAN KAT LIMAU BAWAH SEKALI?
Ni Makcik garang duduk sebelah i. Klik sini untuk tengok blognya. Kanak-kanak riang yang garang sangat tau! Tapi hati baik maaaa. Tak makan olang punya! Acik mash jangan marah eh? Ni pulak makcik yang sangat kepoh. Dia macam mami jarum. Semua cerita nak menyampuk. Klik sini untuk lihat makcik itu. Dia tersangat peramah. Dia sangat berbakat menulis. Bolehlah tengok enovel dia. Bagi i cerita dia best. Akak nan i promote you. Bagilah sekupang dua esok k.

Oke! Inilah hasil limau-limau yang telah di renovatekan. Kawan-kawan aku memang berbakat dalam seni. Sorang pandai tiru dan lukis. Sorang pandai lukis dan menyanyi. Suara? Pergilah test karaoke dengan akak nan kita. Kompom terlena dek kelunakan suaranya. Eceh!
YANG PERTAMA MASH BUAT, KEDUA DENGAN KETIGA NANIEY BUAT!




TADAA~~~kesimpulan mereka memang tak ada kerja!
Limau yang penuh corak tu telah diserahkan kepada saya. Dengan syarat jangan makan. How dare you??? Terpaksalah aku menahan. Seminggu tu. Kena tunggu busuklah jawabnya. Mashi memang tak ada kerja kan? Oh aku yang selalu dibuli!

PS: Aku yang membiarkan diriku dibuli. Supaya mereka dapat bermanja-manja dengan aku. Kang dah kahwin siapa nak layan diorang? HAHA



Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Masz Mukhtar said...

damn. ko patot berbangge, aku bg limau utk ko wat kenangan

Unknown said...

wakaka aku da tgk limau tu taip2 ari ag k

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers