“Hello,” Najwa menyapa terlebih dahulu. Dia tahu kawannya seorang ni memang rajin call. Kadang dia tak sampai hati kalau tak jawab. Walaupun dia segan dengan teman serumahnya. Dia menjawab juga.
“Hello, buat apa tu?” Ceria suara lelaki itu.
“Tengah duduk. Penat wak,” Dia sememangnya letih. Letih berdiri sepanjang hari. Dengan kasut wedges. Tuhan saja tahu betapa sakitnya kakinya. Berjam-jam lamanya menyelesaikan tugasan. Seperti selalu kerja tak boleh diganggu. Itu prinsipnya.
“Oh rehatlah. Saya call tak jawab kenapa?” Lelaki itu masih berharap. Bukan dia tak tahu. Sudah berulang kali dia menolak cinta yang ditawarkan. Bukan dia tak berterus terang. Bukan dia nak jual mahal. Tapi hatinya tak ingin bercinta tagi.
“Saya drive tadi. Awak jugak cakap bahaya tengah drive, call, sms dengan online. Saya dengar kata awaklah tu,” Saja dia menyedapkan hati lelaki yang telah banyak dilukai. Bukan Najwa suka menjadi kejam. Tapi dia perlu.
“Alahai bahagianya saya awak cakap macam tu. Kalau tak asyik sentap je hati saya dengan ayat kejam awak,” Ketawa lelaki itu. Najwa senyum sinis.
“Saya kejam untuk awak. Untuk awak belajar terima hakikat…” Najwa kehilangan kata-kata. Tapi dia tahu lelaki itu faham apa yang ingin dia sampaikan.
“Awak ni, sampai hati. Saya dah kata sayang saya takkan berubah walaupun awak kejam. Saya terima perempuan lain ingat saya dapat lupakan awak tapi…” Suara lelaki itu sebak. Dia rasa bersalah. Dia tahu. Tapi cinta tak boleh dipaksa.
“Awak…janganlah cakap macam ni. Saya kan kawan awak. Saya tak nak awak sedih macam ni,” Najwa cuba memujuk tapi gagal. Talian dimatikan.
Dia tahu Hafizi merajuk. Selalu dia ingatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan. Dia tak sanggup menerima lelaki itu hanya sebab dia kasihan. Dia bukan perempuan kejam yang suka mempermainkan perasaan orang. Bukan dia tak cuba membuka hati untuk lelaki yang bernama Hafizi. Hatinya tak boleh terima. Peristiwa lalu banyak memberi pengajaran. Jangan mudah bercinta. Cukuplah kisah dulu. Najwa tak sanggup melukakan hati insan yang tak ada salahnya. Najwa letih dengan mainan jiwa yang makin bergelodak lalu mengganggu emosinya setiap saat dan ketika.
Xxxxx
Bunyi sms masuk. Dia tahu siapa yang menghantarnya. Siapa lagi kalau bukan Hafizi. Penunggu setianya. Najwa mengeluh perlahan.
“Saya tetap tunggu awak, Wawa. Walau apapun jadi, saya akan cuba, cuba dan cuba lagi sampai hati awak cair. Lepas tu, awak pujuk saya terima saya. Saya tunggu saat tu wak.”
Najwa tergamam. Dia tak tahu nak kata apa. Susah sangat ke Hafizi nak menerima hakikat yang cintanya tak berbalas. Bukan Najwa tak menolak. Beribu kali dia ujar benda sama. Sampai dia naik muak. Tapi Hafizi dia tak tahulah. Najwa senang berkawan dengan lelaki itu. Hanya sekadar kawan yang mampu dia janjikan. Namun, lelaki itu tetap tak mahu menganggap perkara itu. Malah tetap mahukan lebih dari itu. Najwa pening.
“Wa, aku rasa baik kau terima je dia,” Aimi memberi pendapat. Berkerut dahinya memikirkan.
“Serius? Kau suruh aku terima Fizi sebab?” Najwa berpaling ke arah housematanya.
“Dia nak sangat dengan kau. Dah kemaruk sangat aku nengoknya,” Tanpa lengah Najwa membaling bantal. Geram melihat sengihan sahabatnya itu.
“Eh kau ni cakap macam tak ada hati kan. Kau nak ke aku terima mamat tu sebab kesian? Aku dah cukup kesian dengan dia ni. Janganlah bagi idea pelik-pelik,” Aimi ketawa lepas.
“Aku cakap betul. Kau bagi peluang. Mana tahu jodoh korang?” Najwa terfikir sejenak.
“Aku…aku…aku tak tahulah,” Najwa masuk ke bilik. Pertama kali dia kehilangan kata-kata. Dia tak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa hati sebenar pun dia tak tahu. Dia keliru antara suka, sayang, cinta mahupun kasihan. Yang pasti kini dia buntu.
Xxxxx
Bilik itu dipandang lama. Esok dia akan menjadi isteri orang. Bagaimana hendak dia gambarkan perasaan itu? Najwa sendiri tak tahu. Bahagia mungkin. Dia tak tahu adakah benar ini yang tertulis untuknya? Dia masih belum dapat jawapannya. Ya, orang kata istikharah itu yang utama. Dia sudah lakukannya. Namun, sehingga hari ini belum dia temui jawapannya. Hatinya sedikit demi sedikit sudah terbuka untuk cinta. Kisah lama telah disimpan rapi. Dia tak mahu memikirkan lagi. Umurnya juga makin lama makin meningkat. Risau juga digelar anak dara tua. Dia ketawa perlahan. Bilik berona merah hati ditenung lama. Warna kegemarannya.
“Eh kenapa orang darah manis termenung pulak kat sini?” Nana menyapa. Nana merupakan adiknya. Satu-satunya adik yang ada. Manja usah cerita. Namapun anak bongsu.
“Sibuklah budak kecik ni. Ibu tengah buat apa na?” Dia mencuit hidung adiknya perlahan.
“Sakitlah wa. Ibu ada kat bawah. Tengah pasang bunga telur Wa tulah. Wa, tak sangka kakak Nana dah nak kahwin dah esok,” Nana tersengih. Najwa menjegilkan matanya. Pelik sebenarnya kata-kata adiknya itu.
“Na, aahkan tak sangka Wa nak kahwin,” Terkekeh dia ketawakan adiknya. Sengaja dia menjawab begitu. Nana geram.
“Betullah Wa. Cuba ingat balik masa meminang tu. Bukan main lagi Wawa menolak kan. Selamat ada ibu. terpaksalah Nur Najwa Adzman menamatkan zaman bujangnya esok hari,” Senyuman manis diberi buat kakaknya. Mereka rapat. Hanya setahun beza sudah cukup membuatkan mereka seakan kembar.
“Ala na. Wa tak rasa apa-apapun. Kesian abang ipar Na tu. Na, boleh tolong tak?” Nana seakan berminat. Lalu dibisikkan sesuatu ke telinga adiknya. Terperanjat Nana mendengarnya. Lantas dia menolak permintaan kakaknya bulat-bulat. Mustahil dia akan lakukan seperti itu. Itu kerja gila! Najwa mengeluh. Dia tahu Nana takkan buat. Dia tahu tapi dia tetap mencuba. Rancangannya gagal. Dia makin takut menuju hari bahagia. Dia takut kelak dia tak bahagia seperti yang ada di realiti kini.
Xxxxx
Majlis akad nikah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya berjalan lancar. Najwa redha. Saat ini dia bersyukur sangat kerana masih berpeluang menjadi isteri. Telah dia berjanji saat menurunkan tandatangan bagi tanda setuju bernikah dengan pasangannya. Dia sungguh bahagia melihat wajah lelaki itu di kejauhan. Lelaki yang telahpun bergelar suami.
“Wa, kenapa nangis ni?” Nana panik.
“Wa cuma happy je Na,” Dia memberitahu isi hati dari dalam. Bukan hipokrit. Nana senyum.
“Wa, kerja gila semalam kau jangan mimpi. Nana suka abang ipar ni. Tak boleh main tukar-tukar,” Nana ketawa. Najwa juga. Saat itu lelaki bernama suami mendekat.
“Najwa, saya nak sarungkan cincin boleh?” Segaris senyuman Najwa hadiahkan. Lalu angguk. Lelaki itu pula tersenyum. Dengan lafaz bismillah dia mencium tangan lelaki dihadapannya. Bila bersentuhan begini, terbit pula perasan yang lain. Syahdu saat itu. Saat membatalkan air sembahyang.
“Pengantin, jangan tenung lama-lama. Mari kita bergambar,” Sindiran itu mematikan pandangan mereka. Najwa tersipu malu. Lalu tangan sasa dihulurkan ke Najwa. Najwa menyambutnya tenang. Tangan mereka erat terkatup. Umpama digam rupanya. Pengantin berjalan beriringan. Najwa memandang suaminya lalu tersenyum. Bahagia hanya dia yang dapat gambarkan.
Xxxxx
Letih. Itu saja yang dapat dia gambarkan. Penat seharian dari majlis nikah ke resepsi. Sengaja ibunya memilih sehari langsam. Tak payah pening fikir. Letih pun sehari. Najwa hanya menyokong.
“Awak…” Najwa memanggil suaminya. Nampak lena di sofa. Tak sampai hati namun azan Isyak sudah lama berkumandang. Takut-takut suaminya terlajak sampai ke subuh.
“Ermm…” Suaranya cukup perlahan. Najwa serba salah. Namun, dia kuatkan hati. Dalam debar dia mendekat.
“Awak…solat Isyak dulu wak,” Tangan disentuh lembut di lengan sasa lelaki itu. Mata terbuka sedikit. Tapi tak juga bangun.
“Awak…bangunlah!” Geram pula dia. Makin kuat Najwa menggoncang lelaki itu. Lantas tangannya ditarik kuat. Najwa terdorong ke depan. Wajah mereka benar-benar dekat. Najwa malu bercampur geram. Geram dipermainkan suami sendiri.
“Mengadalah. Awak ni kan,” Syahmi ketawa lepas.
“Siapa awak tu?” Dia pula geram.
“Awak tu awaklah. Dah bangun cepat,” Dia ingin lepaskan diri. Jarak mereka dekat sangat. Dia jadi malu.
“Ala abang tanya ni. Awak tu siapa?” Darahnya menyerbu ke muka. Abang?
“Awak tu suami saya…” Najwa terasa hembusan nafas suaminya. Bimbang pula dia kalau terusan begini.
“Suami kena panggil apa sayang?” Najwa senyum malu.
“Abang…” Perlahan saja. Hampir Syahmi tidak mendengar perkataan itu disebut.
“Apa Najwa?”
“Abang…” Dikuatkan sikit nadanya. Geram.
“Pandaipun. Sekarang Mohamad Syahmi ni suami awak. Jadi awak kenalah belajar panggil abang. Dulu lain, sekarang lain wahai isteriku,” Ujarnya lalu membangkitkan diri.
“Yalah wak,” Malas dia bergaduh.
“Apa dia sayang? Abang tak dengar,” Dikuatkan suara lebih-lebih lagi perkataan abang. Syahmi senyum apabila isterinya telahpun menolaknya ke tandas. Dalam keterpaksaan dia masuk ke tandas juga akhirnya. Dia sedar tanggungjawab pada agamanya.
Usai solatnya, Syahmi menyentuh bahu si isteri. Terkejut Najwa dibuatnya.
“Kenapa?” Pelik.
“Abang nak tanya ni. Tapi janji jangan cepat melatah,” Risau dia memulakan bicara. Bimbang si isteri bakal terguris pula.
“Apa dia wak…eh abang?” Tersasul pulak. Dia masih belum biasa. Najwa memandang wajah suaminya menanti dengan tenang.
“Bagusnya isteri abang. Cepat belajar. Ada potensi nak jadi isteri solehah ni,” Sempat lagi dia memuji. Tersipu Najwa mendengarnya.
“Abang nak cakap apa? Dari tadi saya tunggu,” Syahmi mengeluh. Sukar dia meluahkan. Namun, dia perlu tahu. Haknya sebagai suami membuat hatinya memberontak ingin tahu.
“Abang nak tanya siapa laki tadi tu? Kenapa dia macam sedih je?” Syahmi memang lama sudah memerhati gelagat lelaki itu. Dia lelaki. Dia tahu apa lelaki itu sedang fikirkan. Hanya lelaki memahami jiwa kaum mereka.
“Oh itu Hafizi. Kawan saya,” Lembut dia menuturkan. Bimbang suaminya fikir lain.
“Dia suka Najwa kan?” Najwa terkejut.
“Mana abang tahu?” Syahmi ketawa.
“Abang tahulah. So, tak payah cerita pasal dia. Abang cuma tak suka dia pandang isteri abang yang comel macam tu. Baguslah dia tahu kita dah kahwin…” Ayat suaminya buat Najwa rasa lega sedikit. Hilang satu masalah.
Kenangan dulu telah dia sorokkan. Cukuplah kenangan itu tetap di situ. Dia tak mahu mengingatnya lagi. untuk Hafizi, dia yakin inilah jalan terbaik untuk menyedarkan lelaki itu dari penantian yang tiada kesudahan. Dia tahu dia kejam. Namun, dia terpaksa. Lelaki itu terlalu degil. Najwa berperang dengan perasaan bersalah. Hatinya tetap bukan untuk Hafizi. Syahmi datang menuntut janji dahulu. Pinangan diterima atas dasar paksaan ibunya.
Namun, kini dia yakin hatinya untuk Mohamad Syami seorang. Tiada yang lain. Allah mengaturkan pertemuan semula dengan Syahmi teman lamanya. Walaupun pada awalnya penerimaan pinangan itu hanyalah sekadar mahu menjauhkan diri dari gangguan Hafizi.
“Abang tak nak tahu ke kenapa saya tak terima dia?” Setelah lama mereka mendiamkan diri Najwa cuba menjerat perasaan ingin tahu suaminya. Namun, gagal apabila Syahmi hanya menggeleng.
“Abang tak perlu tahu dan tak nak tahu. Yang penting abang ada isteri. Abang nak tahu pasal isteri abang je. Yang lain tu tak penting. Abang punya prinsip ialah utamakan apa yang penting je. Yang penting sekarang abang ada Najwa. Kita suami isteri yang sah. Tak lama lagi kita akan ada anak pulak,” Najwa berkerut.
“Anak mana pulak?” Najwa musykil. Syahmi hanya ketawa. Lucu dengan reaksi isterinya sendiri. Masih lagi blur.
“Tak lawak langsung ye bang,” Najwa mencubit lengan suaminya setelah faham apa yang cuba lelaki itu sampaikan. Akhirnya , dia juga turut ketawa.
Bahagia itu datang sendiri. Cinta tak semestinya memiliki. Hafizi telah jauh dia tinggalkan. Harapannya cuma satu, biarlah cinta dia dan Syahmi kekal hingga ke Syurga kelak.
Nota Iffah: Ingatkan tak ada cerpen. Tapi hati tak tahan nak mengarang jugak. Isinya harap korang faham. Sweet ke tak belakang kira. Malas aku memikir. Serabut otak fikir masalah lain. Oh ya, nama tu aku main taram je. So? Komen?
Published with Blogger-droid v1.7.4
12 comments:
Pengantin, jangan tenung lama-lama. Mari kita bergambar,".. errr part ni aku nak gelak.. hehehe.
waa... tetiba je terlkena pada batang hidung aku.. hehehe. Cinta itu bukan paksaan..
even sedih kat Hafizi.. but at least Najwa ada happy ending.. hehehe
kesian pulak si hafizi kena tinggalkan cam tuh, pasni sambung part hafizi plak ye. kasi ending sama mcm najwa.hehe
Pergh... Pergh... PERGHHHHH! Firstly, muka dh senyum, tp senyum kelat. Pergh, Syahmi.. Nsib baik MOHD Syahmi.. Klu MUHD Syahmi, dh hero sy dh tu.. Pergh, pergh.. Tak trkata.. Wakaka! Sensitif sis, ekeke! Tp yela, bca cerpen ada kna ngena dgn hero ni buatkn sy lg smangat utk 'something'. Utk 'something', haha! Ok, abaikan. Sy mmg suka mngarut.
2ndly, hmm, prnh ada pngalaman mcm cerpen ni, jujur. Hmm.. Dlm wtak ni Najwa sgt ksian kan.. Sbnrnya susah sgt nk hadap mcm ni.. Simpati dgn Najwa. Klu sy, sy dh pulau. Trpksa jdi lbih kejam. Tknk dia mnghrap.
Overall, wah! Mnusuk kalbu. Lgi2 mcm ada kna ngena dlm real life, ekeke!
moral yang dapat dari sini,tak perlu nak memaksa orang yang tak punya apa2 perasaan dengan kita n jauhkan dari mereka kalau tak nak buat mereka terseksa..mudah bukan~
kalau bkn jodoh kita, takleh nk buat apa..
^^
amboi wan....nak suh sambung part hafizi lak..elok gak tu..ahaha
auwww auwwww akak dok senyum2 gatal bce cerpen nie.. hihihihihi...
Rimas jugak kalau ada manusia serupa Hafizi tu dekat dgn Shag. Mahu je lempang2. HAHA :D
suka baca cerpen ni, x suka orang yg paksa2 suka. pelik kot.
fuhh sweetnya cerpen neh. nice ending ;)
er..er..er.. Rasanya kisah ni mcm pernah terjadi suatu masa dulu. tapi tentulah ending yg berbeza heee..... Cinta tak boleh di paksa. Dan menolak org yg sayangkan diri kita memang satu hal yg perit, sebab tgk org kecewa bukannya best :p
Dan lagi.. Iffah, sila sepak seketul dua idea tu bagi saya. dah lama takde apa-apa yg keluar dari kepala otak aku ni..
Post a Comment