CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: I love you, cikgu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam ini sunyi rasa. Tangan masih mengetuk keyboard netbook. Jarinya tak pernah letih. Entah kenapa jari laju menari di atas huruf-huruf yang sentiasa setia di situ. Kedengaran pintu ditolak perlahan.

"Oi, laju menaip. Tak nak tidur ke?" Terperanjat Aimie. Dia memberikan senyuman kepada Suhaily. Teman serumahnya.

"Belum mengantuk. Jari ringan nak menaip hari ni. Baru balik? Cik abang mana?" Suhaily sengih.

"Dia yang hantar tadi. Baru je," Aimie tersenyum tumpang bahagia.

"Dah pergi tidurlah. Lewatkan ni? Sibuk berjalan," Aimie membebel. Lagak seorang kakak. Tugasnya sebagai guru tak menghalang minatnya mengarang. Cerita pendek sentiasa dekat di hatinya.

xxxxx
"Cikgu, nah surat untuk cikgu," Terkejut dengan sergahan itu Aimie segera berpaling. Boboi aka Khairul sedang tersengih-sengih.

"Eh Khairul, kamu tak ada kelas ke?" Geram Aimie melihat kanak-kanak itu. Umur 12 tahun tapi macam orang dewasa.

"Ada. Tapi saya pergi toilet tadi. Dah jumpa cikgu kat sini," Masih tersengih.

"Dah pergi masuk kelas. Oh ya, siapa bagi surat ni? Kamu?" Boboi segera menggeleng.

"Ada abang tu yang bagi. Dia suruh sampaikan je," Aimie berkerut.

"Tak apalah, nanti cikgu check. Kamu pergi kelas cepat," Boboi terus berlari ke arah kelasnya.

xxxxx

Hai cikgu!
Ops lupa. Assalamualaikum cikgu Aimie. 
Kekok pulak tulis surat macam ni. 
Yelah zaman sekarang orang guna MukaBuku.
Tapi sebab cikgu tak nak approve friends kat MukaBuku terpaksa saya guna cara kuno ni.
Harap cikgu tak kisah. 
Hehe cikgu busy eh? 
Tengah mengajar?
Saya nak kawan dengan cikgu je. 
Maaf saya kalau ganggu.
Esok nantikan surat dari saya lagi ya.
Selamat berkenalan cikgu Aimie.

Ps: I love you, cikgu!

Aimie terkedu. Tulisan begitu kemas. Tak kan budak-budak yang menulisnya. Siap ada ungkapan cinta. Memang sangat berani.

"Mie, tak ada kelas? Pukul 9.10 dah ni," Ustazah Sunah menegur.

"Eh ada-ada. Lupa pulak saya ustazah," Kelam kabut Aimie melipat semula surat cinta itu. Ustazah Sunah hanya menggeleng.

xxxxx

"Elly, awak nak keluar ke?" Aimie menegur Suhaily yang baru selesai mandi.

"Er aah. Nak keluar. Barang kahwin tak cukup lagi. Kenapa?" Suhaily pelik.

"Ni bungkuskan saya makanan. Lapar. Malas pulak nak keluar hujung minggu macam ni," 

"Oh okey je. Tapi lambat sikit. Nanti awak mesejlah nak makan apa. Jangan menghadap benda tu je," Suhaily memuncungkan mulut ke arah netbook teman serumahnya. Aimie ketawa.

"Ala macam tak biasa,"

"Dah biasalah saya tegur. Keluarlah cuci mata. Tengok dunia luar. Mana tahu ada yang melekat," Aimie menelan air liur. Inilah bab paling dia tak suka. Lelaki, cinta, kahwin.

"Dia dah mula dah," Aimie lari masuk ke dapur. Suhaily menggelengkan kepala. Gelagat teman serumahnya memang betul-betul memeningkan.

xxxxx

Tangannya laju menaip url mukabuku. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan yang menulis surat cinta dua hari lepas. Semalam puas dia menanti. Namun, boboi tak muncul membawa warkah untukya. Sungguh misteri.

"Aku terpengaruh dengan surat cinta tu kenapa? Adoi!" Keluhnya.

"Mencintai aku dengan seadanya, mencintai aku bukan kerana rupa, dalam waktu sedu, dalam waktu hiba, ku harapkan dia rela..." Ringtone memanggil Aimie mengangkat segera. 

"Hello assalamualaikum," Aimie malas sungguh nak melihat nama yang tertera. Sudah menjadi tabiatnya.

"Waalaikumsalam. Cikgu ni boboi," Aimie terkedu.

"Boboi? Boboi mana pulak," Blur.

"Boboi anak murid kesayangan cikgulah," Ketawa berdekah-dekah. Aimie mula sedar. Inilah boboi satu dalam seribu tu.

"Lah, boboi kelas 6 Cerdas tu kan? Kenapa call cikgu ni?" Boboi mengekek ketawa. Boboi panggilan secara tak sengaja sejak menonton maharajalawak. Bermula dengan gurauan akhirnya melekat panggilan Boboi untuk anak muridnya.

"Abang tu pesan kat cikgu. Dia tak ada kat sini. Minggu depan dia bagi surat lagi," 

"Abang mana Khairul? Surat apa pulak?" Sengaja dia pura-pura tak ingat. Malu sekiranya 'abang' itu tahu hal sebenarnya.

"Abang yang bagi surat tulah. Cikgu, saya nak datang rumah cikgu boleh?" Tekak terasa berpasir.

"Ai kamu nak datang buat apa? Cikgu tak ada kat rumah," 

"Tipu. Saya nampak kereta cikgu," Mati aku!

"Cikgu keluar dengan kereta kawan. Okeylah boboi. Kita jumpa kat sekolah je ye. Bye," Panggilan segera dimatikan. Risau kantoi dengan anak murid sendiri. 

"Siapa gerangan 'abang' tu," Teringat surat yang misteri. Aimie segera melihat MukaBuku untuk mencari siapakah lelaki yang bergelar 'abang'.

xxxxx

"Tahniah, awak sangat cantik," Mereka berpelukan.

"Apa pulak? Saya biasa je. Ni mak andam yang mekapkan. Ikutkan hati tak nak letak apa-apa," Tangan sibuk mengelap muka. Tak selesa dengan tepekan yang pelik di muka.

"Tak sangka awak kahwin jugak akhirnya," Aimie tersengih mendengar. Siapa sangka lelaki misteri itu berjaya mencuri hatinya dengan hanya sekeping surat.

"Elly, awak dah makan belum? Suami mana?" Aimie terlupa menjemput rakan serumahnya satu ketika dulu untuk makan.

"Ada tu tengah borak dengan your hubby. Siapa sangka rupanya jodoh awak dengan dia. Saya tumpang gembira,"

"Cinta tak kenal siapa Elly. Cinta hadir tanpa saya duga. Ingatkan saya akan menjadi penghuni setia rumah sewa kita tu," Keduanya ketawa.

"Eh borak apa ni? Jomlah makan," Suami Elly mencelah. Pantas Uzair mencapai tangan isterinya. Aimie tersenyum malu. Uzair yang sebenarnya guru sekolah itu. Tak sangka sebenarnya cinta mereka bertaut atas pertolongan kanak-kanak berumur 10 tahun. 

"Ala, saja nak borak dengan pengantin. Jom Uzair, Aimie. Makan sekali,"

"Tak apalah. Kenyang lagi ni," Uzair menolak sopan.

"Ala, dia kenyang tengok muka isteri dia. Jangan ganggulah yang," Usikan Wan berjaya buat Uzair dan Aimie tersipu malu.

Xxxxx
Aimie letih. Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri. Namun baru semalam dia dan Uzair mengemas rumah baru. Uzair sememangnya sudah membeli rumah. Hanya tinggal dihuni bersama suri bertuah. Dialah suri itu. Aimie terpandangkan satu kertas kecil di meja kerja suaminya.

“Eh nota apa ni? Tadi macam tak ada,” Omel sendirian.

“Hah?”  Mulut ternganga dan segera mengukir senyuman.

Abang keluar kejap.
Ps: I love you, cikgu

Aimie tersenyum sendirian.

xxxxx

Inbox MukaBuku

Sender: Khairul

Amboi cikgu! Sejak berduet dengan abang. Lupa terus adik boboi.

Reply:

Eh mana ada lupa boboi. Awakkan anak murid cikgu dunia akhirat. Terima kasih boboi. =)

Reply:
Ada. Yalah saya jugak yang keseorangan.

Reply:
Adik cikgu ada. Nak? Kecik-kecik dah gatal Khairul ni=P

Reply: 
Belajar dari abang Uzairlah. Nak-nak!

Reply:
Oh ikut perangai 'abang' ye. Nanti dah besar baru fikir ye Khairul.

Reply:
Merajuk. Cikgu pun dah kahwin. Tinggallah saya je yang bujang.

Reply:
Eh budak. Awak tu darjah 6 baru. UPSR pun tak lepas lagi. T_T

Reply:
Kalau saya dah besar cikgu nak kahwin dengan saya tak?

"Apa bendalah anak murid aku sorang ni. Bahaya-bahaya," Aimie mengomel sendiri.

Reply:
Cikgu mestilah tak boleh kahwin dengan awak. Cikgukan dah kahwin =P

"Mie, dah masak belum? Abang dah lapar ni," Uzair separa menjerit dari ruang tamu.

"Baik!" Segera dia mengelik butang pangkah. Risau suaminya terbaca. Nanti lain pula ceritanya.

xxxxx

"Ya Allah panjangkanlah jodoh kami agar kami dapat bersama mengecap nikmat dunia dan mengejar cintamu hingga ke akhirat sana," Uzair menamatkan doa. Aimie tersenyum. Solat berjemaah menenangkan jiwa mereka. Terima kasih ya Tuhan. 

"Abang nak baca Quran kejap. Mie nak baca sekali?" Uzair kekok.

"Kejap lagi. Abang bacalah dulu," Aimie ternampak nota kecil di atas meja solek. Uzair sedang khusyuk membaca al Quran. Segera dia mencapai nota itu. Pelik.

Jom solat.
Ps: Cikgu Uzair sayang cikgu Aimie sangat-sangat=)

Aimie tersenyum membaca nota cinta itu. Sudah menjadi tabiat suaminya. Suka menulis pesan dan kata-kata cinta dalam kertas. Sebab suaminya memang pemalu. Malu untuk luahkan rasa secara bersemuka. Aimie bersyukur. Walaupun pelik ia tetap romantik. 

"Terima kasih boboi. Tanpa kamu, cikgu takkan bahagia sebegini," Aimie melafazkan dalam hati. Setelah itu, dia mencapai al-Quran. Malam itu dipenuhi suara merdu pasangan bahagia.

Tamat

Senarai watak:
Aimie aka opah sebagai Heroin
Uzair sebagai hero
Kak long aka Kak Elly sebagai Suhaily
Wan Mejuez sebagai Wan
Sunah aka Sakura sebagai Ustazah Sunah

Amaran! Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Sebarang penggunaan nama tiada kaitan sama sekali dengan jalan cerita. Pengambilan nama secara rawak. Entry ini ditujukan khas untuk semua=) Lama tak mengarang cerita. Gian haha. Okey blogger yang terlibat jangan marah eh. Pinjam nama korang kejap. Cerita ni tak best pulak aku rasa. Hurm.

Ps: Harap dia suka baca cerita ini.

11 comments:

aamalinaazman said...

^__________________^
nak senyum sampai tinge boleh x kak ngah?
kikikiki..ayoooo..ajen nye die..
weee..
satu kenyataan yg betol kat cerpen nih: hu...sesungguhnye saya mmg mahu jadi cikgu!hihihi..

macehhh kak ngah!jurai2 nak nanes ni..hihihi

Elly Jade said...

malluuuuuuuuuuuuuuu....
kahwin dengan wan.gulp!!! tb2 blushing.hahhaahaha

ipah, xtau nak ckp apa
bahagia sangat akak baca cite ni ipah
terima kasih banyak2 ya

Hafizin Jamil said...

dah mengantuk dah nak baca ni.eehe.

K said...

hehe, bahagia opah. HAHA :P

Elly Jade said...

boboi ni memang nakal la.huhu

Yuyu said...

hihihi...

Zulfadly said...

hahahah

Rean said...

pelakon semua best2 hehe

iem said...

waa boleh hantar cerpen ni kat karangkraf.....

Sunah Sakura said...

sweeeeeeeeeeeeettt la yuuuuuuuuuuuuu!

Miss Meen said...

Sweetnya!! Romantik betul
Hihii ada lagi kee LELAKI yang gemar menulis surat/nota mcm tu?

Kalu ada lagi...saya nak cari jugak!!! hihihi ^_^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers