Serius masih ramai yang masih gagal melupakan kekasih lama. Bukan aku nak berlagak hebat. Tapi aku juga pernah bercinta. Aku juga pernah dikecewakan dan mengecewakan. Cuma kesakitan, kepedihan, kepayahan tu tak aku tonjolkan dalam dunia maya ni. Buat apa meratap pilu benda dah jadi?
Bila Allah kata dia bukan untuk aku. Aku redha. Memang sakit. Bertahun menyulam rasa. Bertahun menyemai cinta. Tapi sampai bila aku nak macam tu. Menyeksa diri dengan kenangan. Membelenggu emosi dengan yang lampau. Sedangkan hati mahukan pembaharuan. Hati letih dengan kehilangan.
Belajar menerima hakikat wahai hati-hati yang terluka. Jangan disebabkan cinta kau yang tak kesampaian, kau melukai hati insan yang hadir selepas kejatuhan. Jangan kau biarkan insan lain diheret menjadi mangsa dendaman kau. Jangan kau mengikut rasa hingga membuatkan orang itu turut merana demi kau.
Aku berkata melalui pengalaman. Pengalaman adalah guru terbaik. Kalau aku boleh melupakan dan teruskan kehidupan kenapa bukan kau? Cukuplah dengan kenangan manis yang hanya pada ketika dulu. Berhentilah mengharap pada yang tiada. Bukalah peluang untuk insan baru menagih kasih. Jika kau sayang seseorang, lepaskan dia. Cinta bukan untuk dipaksa. Kalau dah jodoh takkan ke mana. Dekatkan diri pada cinta Allah itu yang utama.
Published with Blogger-droid v1.7.4
9 comments:
sabaq naa =)
ehem... heheh.
normallah... kekasih lama, bukan sukar dilupakan.. tapi kadang3 terlintas.. aku rasa kau konfius tang tu.. heheh.
*yeah.. teruskan hidup anda... walau sepahit macam mana sekli pun
^___________________________________^
gud job bebeh~
akak setuju... pendapat akak sendiri dan rasanya akak pernah tulis menda nie dalam entry akak dlu...
cara akak... sakit yg kita rasa dlu kita jadikan pengajaran.. sbab tue akak akan cuba hargai insan yg hadir lepas insan yg sblm nie. tak adil kita hukum masa kini kerana kesalahan masa lalu....
cerita lama itu jadikan pengajaran dan kini hanya mengejar cinta Sang Pemilik Cinta agar tidak terputus.
sekali terluka, parut akan kekal
Hakikat dia adalah bekas kekasih pasti tidak akan tanggal buat selamanya.
*:p hehehe..
syukurlah jika anda tidak prnah punya kekasih....wakakakaa
erk... xpernah bercinta.. bercinta pun dgn keluarga je...
Post a Comment