CORETAN TERBARU NADH

Misteri kehilangan Part 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Menghilang bukan sengaja. Hanya melapangkan dada, menenangkan minda. Tangan kaki menari di dasar air. Sungguh gembira. Nyaman tak terkata. Niat di hati ingin menyepi tapi bukan untuk selamanya. Sungguh indah caturan Illahi. Hanya mampu tersenyum mengenangkan kisah duka dahulu. Sukar ku lupakan. Saat cemas, penat, geram, marah, takut bercantum rasa. Kini gembira milikku.

Tapi saat indah akan berakhir jua. Setelah jasadku akan pergi berpisah dengan keluarga. Sayu pula rasanya. Bagai semalam percutian seminggu bermula. Namun aku kena gagahkan diri untuk ke kampus sana. Ya aku pelajar. Adakah mereka lupa? Aku pelajar. Beberapa jam lagi aku terikat sana. Sungguh aku tak mahu. Jangan ucapkan selamat tinggal. Aku belum kuat!


Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers