CORETAN TERBARU NADH

Popular? Penting ke?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kenapa aku buat tajuk macam tu? Sebab aku nak bercerita tentang blog ni. Bukan apa aku tengok sekarang bukan main melonjak-lonjak blogger. Kalah artis. Dapat pergi join event, dapat gathering, dapat masuk majalah, surat khabar. Korang ada? Blogger yang betul-betul popular je dapat masuk. Apa yang best sangat diorang tu? Tempek gambar gedabak kat blog memasing? Tempek muka kat setiap group blogger kat FB? Atau diorang tu rasuah untuk follow dan ikuti blog diorang?

Tak. Diorang tulis apa diorang rasa. Sama macam aku. Cuma diorang ada xfactor yang aku tak ada. Comel?Kacak? Mungkin. Sebab tu ramai nak tahu kisah hidup dia. Percayalah tipu kata comel aka kacak tak termasuk dalam sebab ko follow mereka. Aku pun ada macam tu. Hehe anugerah Allah siapa lagi nak banggakan kalau bukan kita.

Popular? Memang kalau dah popular ramailah nak ikut. Walaupun cerita tak best mana. Entahlah aku rasa dia biasa-biasa. Tak adalah hebat sampai aku nak pergi berguru. Tapi citarasa orang kan lain-lain. Mungkin ramai suka dia sebab tulisan dia yang biasa je. Ada tu kerjanya letak gambar je tapi popular juga. Tapi yang aku tak suka tentang popular ini, ada segelintir yang sombong. Segelintir je ok. Diorang say hye kat mana-mana group kat FB. Tunggu orang yang dikenali komen then baru balas. Yang tak kenal tolak tepi. Lepas tu mengaku tak sombong. What the fish? Itulah manusia. Kita popular bukan lama. Tengok macam artis dah tak popular hidup ke mati ke kita tak tahu kan? Sedar-sedar dah terkubur. Jangan takbur sangat dengan popular tu.

Malas nak mengungkit. Aku tak salute langsung kalau diorang buat sombong. Mentang-mentang dah dikenali. Ada backup hebat. Nak menyombong je. Aku tak kata semua. Adalah yang tergigit cili dia rasa pedasnya. Ada yang popular tapi tak sombong. Siapa? ini dia orangnya. Dia banyak membantu blog aku ni. Walaupun sekadar dalam segmen-segmen. Tapi banyak orang datang dari blog dia. Tengok follower aku dari TOP 5 jadi 201. Aku jarang update sebab aku tak tahu pun yang blog ni best untuk diterokai. Macam-macam aku belajar. Macam-macam ragam manusia aku jumpa.

Yang aku tahu aku baca apa mereka tulis. Aku suka orang baca aku punya juga. Jangan harap je follow tapi batang hidung pun tak nampak. Baik anon yang selalu komen walaupun negatif. Atleast ada yang membaca. Jangan mengata anon. Aku suka orang komen. Tak kira lah lalat ke nyamuk aedes sekalipun. Yang penting diorang baca. 
Post by,
Miss Ran 


2 comments:

Tasha said...

nampak gaya I macam selalu juga la dtg melawat Miss Ran

Unknown said...

mmg slalu sgt..tengs tasha..hargai sgt...ur da best

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers