ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta kian bersemi. Saat aku dilahirkan. Segala cukup indah. Aku mempunyai adik beradik yang ramai. Aku dibelai. Dimanja. Aku tersangat bahagia bersama kalian. Ibu terima kasih untukmu selama 22 tahun ini bersusah payah membesarkan kami adik beradik. Yang nakal, yang degil, yang tak dengar kata. Cukup banyak aku sakiti hatimu wahai ibu. Terima kasih kerna kau biarkan aku hidup. Bukan dijalanan. Bukan di tong sampah. Ibu jasamu dikenang. Walaupun aku seakan tak hormatmu tapi percayalah jauh disudut hatiku aku merindukan belaianmu ibu. Ibu adalah ratu hatiku. My idol! Terima kasih wish dan nyanyikan lagu walapun tak sedap! Haha
Ayah terima kasih atas nama yang indah untukku. Jasamu dikenang Terima kasih bersabar dengan karenah aku. Rotanmu membuatkan aku lebih dewasa dan sedar akan kekhilfanku. Pukulmu atas setiapa kesalahanku. Sakit ini hanya sementara jika dibandingkan dengan keringatmu membesarkan kami adik beradik. Sesungguhnya jasamu sangat dikenang. Terima kasih ajarku mengaji Al Quran walaupun sekarang masih merangkak. Aku masih perlukan kegarangmu untuk aku terus belajar dan belajar tentang erti kehidupan penuh onak dan duri.
Along, terima kasih hidup kembali. Kehilanganmu amat kukesali. Tiap doaku ada namamu. Semoga Along sihat macam dulu. Senangkan hati kami sekeluarga. Buktikan yang Along sudah kembali normal. Bukan dibayangi syaitan dan iblis dalam tiap lakumu.
Dila, terima kasih atas keprihatinanmu. Kewangan yang dilah salurkan amatlah membantu. Syukur dapat kakak yang abik hati seperti walaupun asyik mendoakan jodohkan tak kekal. How dare you! Hehe tapi aku masih sayangkan Dilah. Biarpun apa yang akan jadi kau tetap kakakku dunia akhirat. Semoga bahagia bersama abang ipar yang lembut dan baik itu.
Nini, terima kasih atas segala kasih sayang yang kaum tumpahkan kepadaku. Terima kasih segalanya. Terima kasih atas nasihatmu yang menggunung. Terima kasih memberikan kami anak buah yang comel walaupun emaknya lebih putih hehe. Semoga anda juga bahagia dengan suamimu. Doakan adikmu supaya turut mengikut jejak langkahmu sebagai muslimah sejati. Amin.
Mamat, kaulah satu-satunya abangku. Kau jugalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Harap kau bahagia di sana. Ditempat yang jauh dari kami. Ku harap kau bakal menjadi doktor yang berjaya. Adikmu ini sangat berbangga kerna mamat berjaya membuktikan bahawa mamat pandai. Bijak hingga berkelayakan ke oversea sana. Masih ingat lagi mamat marah-marah sambil mengajarku matematik. Sungguh tangisanku tak henti. Garang sungguh. Mujur tak bergelar guru seperti ku. Tapi Mamat adalah bakal doktor yang hebat!
Ajimah, adik manjaku. Seronok dengar ajimah dan lain-lain menyanyi dengan girang sebentar tadi. Kepulanganmu bukan ku tak mahu sambut. Tapi kakakmu terlalu sibuk. India melambai-lambai kepadamu untuk kembali. Kakakmu tak tahu sempat ke tidak berjumpa bertemu muka denganmu. Kakakmu memberi jalan untuk ajimah kahwin dahulu. Tak kisah langkah bendul. Jika si dia jodohmu, maka nikahilah. Semoga kau berjaya menjadi suri hidupnya yang hakiki.
Ena, adik bongsu yang manja. Sesungguhnya kau yang paling muda. Kau masih bersekolah sedang yang lain sudah mempunyai kerjaya dan belajar di IPT. Jangan bimbang adikku. Kau juga akan ke menara gading. Teruskan usahamu. Jangan malas seperti kakakmu ini. Ena budak pandai. Jangan main-main. Jangan asyik toton televisyen. Jangan asyik dengan JYJ. Belajarlah dan capai 8A tahun ini. Cayok!
Sayang semua ahli keluargaku!!!
Post by,
Miss Ran
2 comments:
Klik ur HB..
tengs
Post a Comment