CORETAN TERBARU NADH

Pantun pendam hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Keluar berjalan pergi ke pekan
Diri berasa ingin membeli
Rasa hati sudah tertekan
Diam-diam terpaut hati

Pohon rendang berbuah lebat
Rendah dari si layang-layang
Hatiku mula rasa terpikat
Sekali pandang terus terbayang

Hijau sungguh bumi Tuhan
Laut biru sungguh luas
Hati kian rasa tak keruan
Menanti rasa cinta berbalas

Menanti jodoh jadi sebutan
Beza cuma cepat dan lambat
Usah pendam usah simpan
Luah segera sebelum lambat

Nota Iffah: Jika hati sudah berkenan luahkan agar tak kecewa dikemudian hari. Kalau takut ambil risiko sampai bila-bila merana diri. Sekian.

Ps: Dia faham sangat.

15 comments:

Asyikin said...

eceh.. kita kalau dah pendam, dah tak sempat nak berpantun bagai. huhuhu

.........cP~ said...

Amboi...tapi, kalau rasa belum boleh pikul jangan ambil keputusan melulu. Nanti syurga rumah tangga bertukar neraka.

Prettywrite said...

kalau yna lebih baik pendam jerlah..dari cinta tak berbalas lagi sakit..ekeke..biarlah orang lelaki yang suka dekat kita bukan kita yang terlebih suka dekat dia..serikk..heee..

run aziluz said...

kalau dipendam mungkin kecewa nanti. tapi kalau diluah dan dibuang cinta tu, macam mana?

btw, thanks sebab komen tulisan aku -- hati dipotong dadu kat s7w tu (:

maszull said...

assalamualaikum iffah ...kalau dah rasa sesuatu luahkan jgn pendamkan itu akan menbuat hidup dan diri kita merana sendirian...:)

Anonymous said...

buat jeruk gne cuka,jeruk dan cuka bsama drendam.klu suka katakn suka.jgn lah dipendam2.

Fatin Farhana Binti Ramli said...

tak pandai pantun 4 kerat .. pandai pantun 2 kerat je .. HAHA

Eza Boom Boom :) said...

cinta perlu diluah,hee. tapi, nak luah tu malu kan?? Hee..

KaK LimAh Si SupiR said...

aiyooo..takut tuu yg mslh ny :(

Juliet_iRa~" said...

wahh kemain lagi berpantun..;p

nak tau akk posting mn?

dtg blog..hehehe ;p

aimie amalina said...

hehehehe
x dan nak pendam
main instinct je kak ngah
kikiki :p

Jerr said...

owh, nak kawen dah ke ? semoge bahagia ke anak cucu, hehe (macam takde kene mengena je komen gua ni kan) hahahah.

cmmnt here :)

Cik Pulau said...

ai lebih rela pendam daripada luahkan..unless.. dia luahkan dulu..
errr.. aci tak camni?? hahaha

Eera Shera said...

anonymous tu dia ke? hehe

kiera'sakura said...

tetiba teringat detik perkenalan dgn pakcik imam ritu... hihihihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers