CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Bukan rezeki kita

Ya, semua milik Allah. Bukan kita punya semua tu. Juga bukan hak kita. Bila-bila masa rezeki yang Allah kurniakan bisa ditarik balik. Mungkin sekarang kita masih selesa dengan kelebihan yang ada. Nikmat kekayaan, kesihatan, dan sebagainya. Tapi bila sampai masanya, ia tetap akan hilang dengan cara apa sekalipun.

La tahzan buat sahabat aku yang baru kehilangan sesuatu yang dia sayang. Yang setia dia guna. Namun, hilang di tangan si pencuri. Yalah, kita tak tahu apa akan jadi selepas tika ini. Kadang Allah sengaja menciptakan situasi begitu untuk beri peringatan kepada kita. Dalam sedih kita juga perlu bermuhasabah diri.

Itu baru satu contoh. Nikmat yang Allah beri sangat banyak. Cuma kita, kita sedar atau tak tentang itu. Adakah kita sedikitpun tak mengucap rasa syukur? Bila Allah kata bukan kita punya, maknanya bukan. Redhalah ia. Pengalaman mematangkan. Pengajaran kita ambil. Hikmah tetap akan ada. Everything happen for a reason right? La tahzan buat mereka yang rasa kehilangan dan terimalah hakikat yang ia bukan rezeki kita.

NOTA IFFAH: Menanti Azhar untuk memberikan alamat rumah, nak pos ni hah. Pergi mana jelah sahabat aku sorang ni. Dia sorang je belum pos. GRRRR!
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Haritu hilang kertas topup beli kat 7E. Mula-mula cuak jugak, tapi, bila fikir balik, ada la tu kat mana-mana yang tak betul. Bukan rezeki la tu.

Izwa Kamaruddin said...

terima dgn hati yg terbuka..

Kira Sakura said...

ntah2 ikan kaloi tue dh kena mkn kot.. hahahahahaha :p

La Tahzan buat sahabat tue.. tumpang sedih ;(

Fatin Farhana Binti Ramli said...

kebanyakan barang yang berharga buat kita la yang akan hilang .. terima dengan redha ..

Unknown said...

sentiasa redha dengan apa yang menimpa kita

نورعيم said...

hilang yg tu, mgkn ade yg lebih baik menanti.

#tak payah la kak iffah. tu novel akak. nnti sy try cari tempat lain :)

MalizaMah said...

Nikmat yg diberi mmg byk. memang ant kita sedar atau tidak. jadi perlu hargai setiap detik. pastinya setiap detik itu ada nikmatnya tersendiri.

Cik Pulau said...

kan.. bukan rezeki kita,..

p/s: bila la ai nak g kl amek zine tu.. hishhh..

L said...

relek suda...=) taktau bakpe skrg L kool je.. haha..

Aien Not Alien said...

barang yang hilang usah dikenang..sedih nanti. bukan rezeki kita..

Nong Andy said...

ada rahmat di sebalik kejadian (ayat skema)

*ikan Kaloi tak timbul2? erm....

tamlegend said...

entry merujuk kepada cik sunnah kita ke?hilang henpon kan?

Anonymous said...

MAAf DiATAs KELEWatan.ADeh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers