ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kejam ke sebab pilih tajuk macam ni. Rasa baru semalam aku ditimpa musibah. Ramai rupanya tak tahu apa jadi pada aku. Tak tahu nak mula dari mana. Yang penting sabtu sebelum raya adalah kenangan yang memberi pelbagai rasa untukku.
Pagi tu aku bangun awal. Serius tak mandi pun. Terlalu teruja untuk pulang ke rumah. Pukul 4.30 pagi sebelum sahur aku terjaga. Aku bergegas untuk mengemas segala kelengkapan. Itu hari terakhir aku berada di rumah sewa yang lama aku duduki.
Pagi sungguh gelap. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada sahabat aku dan adiknya aku menghidupkan enjin kereta yang bernama Maria. Lama Maria berkhidmat untuk aku. Sehinggalah pagi subuh itu. Nyawanya mati saat aku terselamat. Kini hanya jasad yang rentung jadi tatapan aku.
Maria tinggal kenangan |
Aku rindukan Maria. Rindu sangat. Inilah kisah hidup aku. Sesiapa yang tak tahu aku kemalangan. Maaf, bukan sengaja tak bagitau cuma tak berkesempatan. Inipun tangan kiri yang menaip. Aku tak cedera parah. Cuma terbakar bahagian muka, tangan kanan, lutut kanan dan kaki kiri. Masih dalam proses pemulihan.
Cuma aku dan handset je ada. Netbook pun tinggal mayat. Sekarang aku di Kajang. Masih bercuti. Makan pun masih tangan kiri. Doakan aku cepat sembuh. Boleh makan macam biasa.Yang penting boleh berblogging. Rindu sangat!!!
Ps: Dia pun terasa kehilangan aku.
38 comments:
=(
tragis mata melihat..
xpeee..opah selalu tunggu...kene sihat betol2 tawwww!
moge cepat sembuhhh
jgn dedegill taw..
semoga iffah cepat sembuh yek. ^^
harap2 cepat sembuh
maria sungguh sentimental
sayunya baca..semoga cepat sembuh dan ceria seperti selalu..
semoga tabah, ifah kena kuat! nanti boleh sembuh cepat, ley blogging balik :)
sabar ye iffah
smua yg berlaku ade hikmah
moga cepat sembuh ye dear :)
kalau tengok dari gambar tu mmg angker habis..mmg umur Iffah masih panjang lagi la..
mmg sgt tragiss T_T
sabar ye iffah..
semoga cepat sembuhhh ^^
mariaaaaaaaaaaa....yang bawak u jumpa i dan kawan2 kat kl sentral sebelum i balik ke johor....
mariaaaaaaaaaaa....yang bawak u gi sedenak jumpa atokgebu....
mariaaaaaaaaaaa....yang bawak u gi umah i dan jumpa cici....
mariaaaaaaaaaaaaa....terima kasih atas segalanya!!!
T__________________________T
takpe iffah, kereta tu kalau ada rezeki boleh beli lain...
tapi nyawa tak boleh ditukar ganti! moga iffah tabah dan cepat sembuh..
sebenarnya camne boleh accident tu?
semoga cepat sembuh tau!!
teruknya kereta tu..
moga cepat sembuh ya..^^
moga cpt sembuh..=)
semoga cepat sembuh. kuatkan semangat. tabahkan hati. :)
semoga Iffah terus bersabar, cepat sembuh.. T_T
Ya Allah...
Cepat sembuh Iffah...moga sihat dan akan kembali seperti apa yang Iffah rindu tu.. A-Minnn
awk kemalangan...br tahu...moge cpt sembuh...ujian Allah buat awak..krna Dia syg pd awk..ingt sgala pe yg d berikan tk prnh sia2..tentu ade hikmah... tke cre.. sye doakn awk agr kuat dan tbah lalui liku2 kpayahn itu sebaik mgkin..Insya-Allah..
alhamdulillah sempat keluar...redha dgn dugaanNya...semuga tabah dan cepat sembuh supaya dia tak rasa kehilangan lagi....
cmno leh tamatnya riwayat si Maria ni...???
salam iffah...dah lama x dengar cite iffah....alhamdullilah iffah selamat yer...biarlah maria pergi ngan hati yg terbuka ye...
semoga iffah cpt sembuh yer...
kami semua sentiasa mendoakan iffah sihat seperti sediakala....
luv u dear....:)
bersabar la.... semoga cepat sembuh=)
semoga sihat seperti biasa iffah
semoga cepat sembuh & jaga diri baik2.amin
dh lm tggu update psl ni.. semoga cpt sembuh yer.. terkjut gak pas dgr insiden tu.. tp pas kak sunah kata iffah selamat, br la lega.. =)
iffah~ sabar lah dik..tak sangka besarnya dugaan iffah di bulan mulia ni...
sungguh..kalau sis tahu..sis jenguk iffah semalam..Boleh. Sis di country heights malam td. Beraya rumah pak long..
rindu maria yang tumpang duduk di seat belakang dr kl sentral ke wangsa walk dan ke jalan duta....
maria dlm kenangan..
semoga iffah cpt sembuh
mendoakan kamu cepat smbuh..
hari ni ujian dtg menimpa kita ,
hari esok hadiah atas ujian akan muncul ..
sabar dan tabah hadapi hidup ni ye =)
moga yu cepat sembuh iffah...
ai pernah naik maria ni..
maria...
rindu yu..
tengok dari gambar maria yang hancur tu macam takut sangat..moga cepat sembuh
naseb baik kau selamat.
syukur.
semoga kau cepat sembuh.
cepat sembuh ya akak :(
sori smlm bru tau..tu pun ternampak kt blog jiji. smoga cpt sembuh ek.. rehat byk2
semoga cpt sembuh.. kuatkan semangat ya..
:D
nanti dpt maria yg baru.. InsyaALLAH :)
semoga cepat sembuh iffah...
semoga cepat sembuh
Post a Comment