CORETAN TERBARU NADH

Bila ilmu agama sekadar ilmu semata

Cerita Lompong di tv2 pukul 10, selasa lepas. Memang menginsafkan aku. Mak hantar sekolah agama. Belajar agama. Tapi sikit pon tak amalkan.

Konon yang pakai tudung tu baik tapi sebenarnya lakonan semata-mata. Nak tunjuk baik depan orang tua. Ish minta dijauhkan. Konon baik tapi sebenarnya? Huh remaja sekarang mungkin ada juga yang begini. Jadi semua kena hati-hati dan prihatin.

Lagi satu yang aku dapat, dont judge book by it cover. Mentang tudung bagai, hati pun konon baik. Padahal rambut berkarat. Tu sekadar penipuan semata-mata. Bahaya! Jangan jadikan anda mangsa budaya yang menyesatkan. Bagus cerita ni! Banyak pengajaran yang aku dapat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

9 comments:

najwa nano said...

tak tengok citer ni tapi betulla apa yang akak kata.adik najwa ada sekolah agama tapi tak pernah mengamalkan ajaran agama yang diajarkan di sekolah..

Nong Andy said...

melentur buluh biar dari rebung.

rebungku (shinta) sedang cuba di lentur :)

syakirahmn said...

itu la, setiap perkara yang dilakukan kena nilai balik, adakah kta buat kerana manusia atau adakah kerana Allah?

jika kerana manusia, binasa lah diri, jika kerana Allah, insyaAllah hidup dalam keberkatanNya (:

Unknown said...

belajar agama sampai mesir pon tapi kalau tak implement dalam life tak jadi jugak

Bidadari Syurga said...

satu yang aku belajar.. macamana nak orang respect diri sendiri... kita kena belajar respect orang lain...

hahahaha...

Kayu Manis said...

salam.

hidup ini penuh dgn segala mcm ujian.kita tak tahu apa terjadi lgi selepas dan selepas.kalau kita rasa kita ok,belum tentu keluarga,atau anak kita esok ok.semua tu ujian. Allah akan beri pada sesiapa sahaja ujian itu,kita ok juga sebenarnya ujian.kita tak ok juga ujian.

w'hualam.

Shiema Sufian said...

Astaghfirullah Al-Azim, minta dijauhkan begini. Semoga hati bersih luar dan dalam

Kira Sakura said...

akak pernah baca dalam Aku Terima Nikahnya...

jangan jadikan anak ustaz/ustazah tapi ajar anak jadi org beragama...

Dayang Deno said...

deno pernah baca kisah seorang remaja bertudung labuh sbb nak tutup kandungan luar nikah... kisah benar..

minta dijauhkan.. nauzubillah

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers