CORETAN TERBARU NADH

Khas untuk Ikan Kaloi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entri ini agak peribadi. Sepanjang aku buat blog, aku rasa nilah kali pertama aku tulis cerita pasal dia. 100% pasal ikan kaloi. Ya, dari mula kewujudan blog ni sampai sekarang. Aku tahu dia baca. Entri ni khas untuk dia. Seperti yang aku jangka, ikan kaloi orang yang lama aku kenal. Sebelum ada blog ni lagi. Aku kecewa sebab dia merahsiakan identiti dia. Jadi lepas ni jangan sebut lagi pasal ikan kaloi, sebab dia janji dia takkan muncul lagi.

"Awak, bukan niat saya nak jauhkan diri dari awak. Apatah lagi nak putuskan persahabatan. Apapun cerita masa lampau biarlah menjadi pengalaman dan hanya antara kita berdua saja. Untuk baca blog ni, saya tak kisah. Nak baca, terpulang. Cuma untuk berkawan macam biasa agak janggal. Saya rasa cukuplah kawan yang ada dalam tiada. Baik untuk awak dan juga saya. Serius, memang saya kecewa. Awak tipu saya. Atas dasar apa persahabatan kita kalau dari mula awak menipu? Kalau dari dulu awak berterus terang tentang siapa awak. Mungkin saya boleh terima. Marah. Memang saya marah tapi untuk apa? Biarlah semua ni jadi pengajaran. Kawan hanya sekadar dalam maya sahaja. Biar terus begini. Zine tu nanti saya post. Bacalah Zine tu bukan kerana saya, tapi kerana Zine tu sendiri. Akhir kata, salam."

Jadi, aku harap kawan-kawan yang selalu baca komen Ikan Kaloi, nota aku pasal dia faham. Bukan sengaja aku buang dia dan dia menghilangkan diri. Cukuplah sampai hari ni je kisah Si Ikan Kaloi. Aku tak nak orang sebut lagi pasal dia. Baik untuk aku ataupun dia. Biarlah misteri dia hanya aku je yang tahu. Emosi kan entri ni? Maaf korang terpaksa baca entri ni =)

13 comments:

Kira Sakura said...

biarlah kaloi berenang ke tempat lain pulak :)

Salim Harmanain said...

Rilek ye akak ...bulan puasa ni...tak emosi...nanti cepat lapar.. :p

maszull said...

assalamualaikum iffah...banyak2kan bersabar yer setiap satu kejadian itu Allah dah tetapkan ada sesuatu perkara yg lebih baik untuk kita nanti dan semoga iffah dapat menghadapinya dengan tabah yer..:)

Unknown said...

itulah dugaan buat kita... ALLAH nak menguji kita di bulan puasa ni...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/petua-dato-aziz-satar.html

Unknown said...

tak pa tu dear... mungkin ada hikmahnya disebalik semua ni.. :) Chill, ya.. ^_^

reenapple said...

yaaa... aku faham. Banyakkan bersabar ya.. =)

Mrs. Abi said...

emmmmmm....

Aziela said...

Dugaan yang Allah beri melalui Ikan Kaloi. Mungkin rahmat datang melalui ikan paus..?

.........cP~ said...

Salam.

Hmmm..kecewa ye, kamu? Ambil masa, okay?

Nong Andy said...

Ooooooooooooooooo.......................................................................................................................................... hurm.....

Judh said...

i dunno the story , tapi kan iffah , jika dia salah , mungkin salah itu sangat besar bagi iffah , tak mungkin kah ada peluang kedua untuk kembali ?

ye , kita yang kena tipu , kita yang sedih , kita yang sakit hati . Tapi kalau kita yang buat , kita mesti harap peluang sekali lagi kan ?

Tapi orang yang salah tetap salah , kita ada hak buat keputusan .
Arghh abaikan komen ni , saya tak tahu apa2 . hehe .

MalizaMah said...

maaf.. leeza tak perasan siapa ikan kaloi.
emmm... biarlah ianya berlalu.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

t'ingt kt citer bwg putih bwg merah. sbb ade ikan kaloi. he3..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers