CORETAN TERBARU NADH

Yang sakit pun datang solat

Aku puji sangat. Yang sakit lutut, sakit kaki. Tak larat nak berdiri pun mampu gagahkan diri ke ruangan masjid untuk terawih bersama. Tak salah. Aku suka. Tapi bila kerusi itu tak kena pada saf nya ia mengganggu orang lain untuk merapatkan saf. Atau nak solat di belakangnya.

Bukan aku nak halau. Cuma aku inginkan tempat strategik untuk warga yang memerlukan kerusi yang khas. Supaya mereka boleh solat dengan selesa. Kami yang lain juga. Bila bersempit. Nak sujud pun payah. Tak muat. Lepas tu terpaksa jarakkan saf yang dibelakangnya. Kan susah tu?

Ada baiknya yang berkerusi berada di tepi sekali. Jadi saf tak terputus, senang nak keluar. Masing-masing selesa untuk menunaikan ibadah. Aku pun kagum dengan semangat mereka. Sakit pun ingat ke masjid. Kita yang sihat?
Published with Blogger-droid v1.7.4

16 comments:

reenapple said...

yaaa... aku kagum. Huuu. Alhamdullilah .. =)

cimOt said...

kita yg sihat walafiat ni kekadang malas... haishhhh..

contohi lah semangat mereka yg gigih lg kuat tu..

Anonymous said...

emm itu ok lg. kalo budak2 selalu buat putus saf

Judh said...

ye ! kesian selalunya golongan mak2 yang ada masalah cmni . kesian , gagah jgk nak solat . kita ? egrhh . .

Ce'gu JAERA said...

ya setuju.. kita kagum dengan semangat mereka untuk bertandang ke rumah Allah swt.. cuma ada lebih baik jika yang berkerusi itu diletakkan d sebelah tepi keselesaan jemaaah yang lain..

MalizaMah said...

leeza pernah sembahyang raya.. ada mereka yg spt ini...
moga kita selalu ke masjid.....

pesanan utk diri juga.

Unknown said...

yang sihat ni terus alpa dan terbuai dengan keindahan duniawi yang tak berkekalan ni...

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul tu kena ada ruang khas buat mereka kan senang utk jemaah yg lain...:)

msredcheesecake said...

terasa malu sendiri...

salam ramadhan...

Dayang Deno said...

solat boleh mcm2 cara.. walaupun sakit still boleh solat.. teringat pula zaman SLE serang sendi.. solat pun duduk... sedih betul...

Cik Pulau said...

yang sakit pun pergi masjid..
yang tak sakit sibuk duk bagi alasan.. hurmm..

aamalinaazman said...

makanya kite mesti boleh buat 21 rakaat kan?

heee
ajinnye cucu saya p terawih ni ;)

Kira Sakura said...

biasanya bila yg sihat skang jadi rajin bila dah ditimpa musibah la nanti.. #PesanKatDiriSendiri huuu

zedmagel said...

ya pada awal ramadhan ini suasananya agak ramai, lepas 2 minggu agak berkurangan...

Nong Andy said...

sungguh kagum... itu jer yg dapat aku uangkapkan. Sabar ye Iffah. sabar tu ada ganjarannya :D

SoLy SoLicious said...

makcik saudara sy sakit lutut dh lama..tp rajin p solat kt masjid..nsib bek ade krusi khas tuk dia..bsenye die duk kat tpi skali..xlah tputus saf kalu duk tgh2 kan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers