CORETAN TERBARU NADH

Review: Bisikan Kata Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lambat review nampaknya. Aku dah baca lama. Sampai lupa tajuknya. Penat menggoogle semula tajuk apakah itu. Akhirnya ketemu.

Novel
Cerita ni pasal adik kena kahwin dengan bakal abang ipar. Sebab akaknya mati dalam kemalangan. Tapi suaminya tak suka dia. Dia pun bawa diri ke luar negara. 4 tahun kembali dan sesuatu telah terjadi.

Bagi aku cerita ni biasa je. Jalan cerita dapat agak. Kalau perhati dalam-dalam. Lari luar negara 4 tahun sama dengan novel Adam Hawa yang heroinnya lari 7 tahun tapi ada ikatan sah lagi. Lepas tu adik ganti akak pun pernah baca. Mungkin sebab aku suka sangat baca novel. Bila asyik sama je, aku rasa bosan. 

Tapi aku tetap baca. Watak, perwatakan, jalan cerita dan konflik ada kelainannya. Aku beremosi masa baca. Sebab suaminya asyik menyalahkan isteri. Lepas tu membandingkan dengan yang dah tak ada. Serius rasa kesian sangat kat heroin. Apapun cerita ni berjaya buat perasaan aku bercampur baur. Kesimpulan, 3 bintang aku kasi.

To writer, jangan serik untuk menulis =)

9 comments:

boni kacak said...

maknanya ada juga penulis novel yang tulis jalan cerita yang lebih kurng sama jugak ye

Kira Sakura said...

betul tue.. kdang dh dpt agak apa ending dia bila kita seorang 'novelover' kat situ la cabaran untuk penulis sebenarnya.. bkn senang nk jadi penulis yang berbakat dan berkualiti ;)

syiela said...

tak pernah baca walau saya ni peminat tegar novel :)

Asrul "iLham" Sany said...

novel aku tak siap2 ag...hahhaa

Anonymous said...

pergi mph .. pegang buka mana suka .. (tak bersampul)

duduk ..

baca sampai habes ..

baru beli ..

hahah

itu saya

siMpLY nana said...

suka semua novel cinta tp masih belum baca novel ni

kay_are said...

notice gak kadang2 novel ade jalan cite yang lebih kurang same cuma care dicitekan tu je yang bagi nampak lain.. tengok sinopsis, ni mesti cite sedih ni kan..

maszull said...

assalamualaikum iffah...macam sedap je jalan cite novel ni...:)

Anonymous said...

tu la..cite cmnie dh biasa dh pun..klo boring2 leh r layan jap.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers