CORETAN TERBARU NADH

CONTEST: ADA APA PADA NAMA?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
click banner!
Hah sudah. Nak keba bagitau nama sebenar! Hehe jarang aku jaja nama aku. Bukan malu dengan nama tapi segan. Segan dengan malu tak sama eh? Seganlah orang tengok nama tak mencerminkan orangnya. Macam korang selalu cakap, "Harap nama anak Nabi perangai kalah setan!" Sekadar contoh. Nama penting dalam kehidupan kita. Tak kiralah dalam dunia maya atau sebaliknya. Jadi malulah kalau nama yang kita ada ni dicemarkan dengan perbuatan tak elok. Contoh: "Alah anak Imam Mahadi kena cekup dengan mamat kampung sebelah. Apa nama anaknya tu. Nur Zulaikha." Hah tengok. Nama jugak yang buruk!

Nama penuh aku ialah...jeng jeng jeng. Huh malu. Untuk saat ini je aku reveal nama aku. Takutlah pulak orang cari aku hehe. Nama sebenar aku dalam kad pengenalan biru ialah IFFAH AFEEFAH. Nama ayah nak ke? Tak perlu kot. Kang ada yang nak mengurat ayah aku pulak.

Maksud nama aku? Iffah dalam buku kaler purple gambar bayi dengan Kaabah. Mesti korang familiar dengan buku tu. 'Iffah bermaksud maruah. Maruah diri. Ayah aku buang '. Nak senang kot. Hehe Iffah juga bermaksud memelihara harga diri dan kepribadiannya dalam buku Majdi Muhammad Asy-Syahawi - Page 199

Afeefah lebih kurang je maksudnya. Nama pun macam kata ganda kan? Hehe Afeefah dalam buku purple bermaksud kesucian diri. 

Kenapa MISS RAN? Sebab aku tak suka tengok kartun. Aku cepat bosan bila tengok. Dan kartun yang aku minat dari dulu sampai sekarang ialah Detektif Conan. Kenapa? Sebab buat aku berfikir mungkin. CSI pun aku layan jugak. Jadi aku suka watak RAN yang penyayang. Lemah lembut kadang-kadang. Yang penting dia setia. MISS pulak sebab aku muda lagi masa aku buat blog ni. Aku tak kahwin lagi. Jadi MISS jangan dipersiakan. MISS tak dapat guna dah bila kahwin. Jadi ni cara aku hargainya hehe.

YAD'Z : Bagi aku nama ni simple. Mudah ingat. Tuan belog sangat suka mengarang cerita. Kemungkinan besar dia nak jadi penulis terkenal. Pada pendapat aku, dia nak orang mudah ingat nama dia. Mudah sebut. Bila sebut blog ni, oh Yad'z punya blog tu. Kan mudah popular dan diingati. Macam bro ben la. "Ben" pendek je. Aku berpendapat yang yad'z adalah nama panggilan untuk orang yang terdekat. Macam member-member. Kira panggilan manjalah hehe. Tamat sudah!

tagged:
http://desaituindah.blogspot.com/ (Dia tahu. Sebab dia rajin lepak blog ni)
Post by,
Miss Ran 


4 comments:

Hakimi Reza said...

IFFAH AFEEFAH~~gud luck~~hakhakhak

Unknown said...

ni malas nak bagitau nme sbnr ni..adehhh

AnakPakZohar said...

bace dah.. mekaseh join..^^

Unknown said...

hehe welkam

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers