CORETAN TERBARU NADH

Cinta dan benci

Ni bukan entry jiwang. Aku cuma rasa sedih ketika ini. Saja nak luahkan perasaan. Korang tak kisah kan? Sebenarnya aku tak tahu mana nak mula. Macam pelik. Selalu aku yang paling banyak celotehnya.

Mungkin ni tanda-tanda aku akan pergi. Pergi jauh dari blog. Pergi dari dunia maya dan pergi dari penulisan. Aku tak tahu nak cerita kat korang. Tapi apa yang pasti lagu geisha cinta dan benci memang kena dengan jiwa.

Kalau kawan aku masalah family. Aku juga ada masalah. Tapi masalah jiwa. Aku nak marah tapi tak sampai hati. Aku nak membenci hati tak bagi. Aku nak cinta tapi dia tak mengerti.

Aku penat. Letih dengan semua permainan duniawi. Banyak orang kata aku kuat. Aku kuat semangat. Kemalangan umpama mati hidup semula pun boleh ceria. Sibuk bercerita tanpa rasa fobia. Semua tabik dengan aku.

Tapi akulah paling lemah. Lemah bila berhadapan dengan situasi ni. Situasi benci dan cinta. Sungguh aku tak bisa sampai kapanpun tak bisa. Membenci dirimu. Cinta dan benci. Hurm aku tak tahu nak selesaikan masalah hati aku ni. Maaf entry ni emosi semata.

Nota Iffah: Aku tak tahu ko baca tak blog aku. Tapi penuh update dari aku je kat dashboard ko tu. Tapi aku nak ko tahu ko kawan aku sampai bila-bila. Kalau mati hidup semula pun aku nak kawan dengan ko. Aku tak tahu apa masalah kita. Aku harap sangat kita jadi macam dulu. Dah 4 tahun kita kenal. Tapi masih banyak rahsia yang aku tak tahu pasal ko. Aku bukanlah kawan yang baik. Maafkan aku :'(

Ps: Harap dia tak macam ni.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Ku Azhar said...

aiyookkk!!!!

aamalinaazman said...

kak ngahhhh
opah penah melalui nye
penah merasainye
mungkin ini mase hati kite diuji tahap keampuhannye
semoga kak ngah selalu diberikan hati yg kuat dan terus kuat
tiap yg diduga adalah berkadaran dgn kekuatan kak ngah
chayokk2!

maszull said...

salam iffah....n3 yg menyayatkn hati sedih nyer...nape jadi mcm ni pelahan2 yer menyelesaikan masalah yg iffah hadapi moga akan ada hari2 yg membahagiakan nanti...:)

Dear bella said...

Sabar ek... Memang susah nak puaskan hati semua pihak... Yang penting, kita dah cuba yang terbaik utk menjadi terbaik dimata mereka... Jika masih tidak berhasil utk baiki hubungan, tinggalkan dia sebentar supaya keadaan kembali tenang. Suatu hari nanti dia pasti akan mencari kita balik... Percayalah... Yang penting... Keep living... Hargai detik2 yang Allah berikan setiap hari...

Adam Malik said...

sabo jelah,,.. doakan je apa terbaik untuk dia dan kamu..

reenapple said...

hurm... kita pom sedang mengalami perasaan nie...

Unknown said...

ape cer bro

Cik Pulau said...

nape ni yu??
ce citer...

K said...

gapo?

fRaMe+LenSeS said...

sabar.. kita akan diuji dalam persahabatan kan? bukan semudah itu menjadi rapat n baik ng dia. usaha tgk, cuba lah tanya dia apa masalahnya. baru dapat selesaikan masalah kan?

Sunah Sakura said...

dear...kalo de poblem tu share...i sediakan telinga...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers