CORETAN TERBARU NADH

Kepuasan

Setiap hari aku dengar. Tiap hari aku tengok. Tiap hari aku terfikir tentang blog. Ye dunia blog makin suram. GA, Segmen, Contest dan macam-macam lagi dah tak meriah macam dulu. Segalanya berubah.

Yang mana blogger tak ada idea terus menyepi. Kalau dulu ada segmen boleh update satu entry. Boleh jana satu idea yang baru. Boleh berkenalan antara blogger. Boleh macam-macam.

Sekarang sahabat blogger yang rapat dengan aku pun ubah haluan. Menulis ikut kepuasan diri masing-masing. Ye aku tak salahkan diorang. Perubahan akan berlaku juga tak kira masa.

Aku? Masih menaip. Bukan hanya untuk kepuasan diri. Untuk tatapan pembaca. Walaupun aku tau tak ada pembaca yang ramai. Tapi aku suka. Izinkan aku menaip sehingga kepuasan itu memudar dengan sendirinya.

Ayah, ibu, abang aku, kakak aku mula membaca blog ni. Mula mengomen sesama sendiri. Mungkin nak skodeng. Asyik kena bahan. Ada selit pujian. Mungkin ibu tak sangka aku serajin ini. Tapi semua ni demi kepuasan. Kepuasan untuk semua. Korang macam mana? Kepuasan menulis untuk diri sendiri je ke?

Ps: Harap dia masih ingin menulis. Sebab aku ingin terus membaca.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

maszull said...

salam iffah...mama doakn iffah teruskn menulis yer...kepuasan menulis tu hanya kita saja yg tahu bagaimanakn...:)

Unknown said...

bagi kita, menulis selagi mampu mencurahkan idea ke kanvas blog ku..

Aien Not Alien said...

terus menulis selagi mampu...

kepuasan ada dimana-mana...

AnakPakZohar said...

masing - masing sibuk agaknya.. =)

Niena Muhammad said...

:D


teruskan usaha...


mak xpandai maca blog =.='

Unknown said...

memurid aku..cikgu2 sekolah aku..pengetua aku..lect aku..sume baca blog aku..

fRaMe+LenSeS said...

ahha. sonok jugak bl ada yang membaca ni kan? macam ostad jiji tu. ramai mengikut.. tahniah diucapkan.

Elly Jade said...

alamak sentap
haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers