ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rujuk sini untuk versi Nong Andy dan sini untuk versi Reenapple.
Nota Iffah: Idea asal Nong Andy. Dia tak buat ending lagi tadi. Jadi aku terbuat cerpen jugak. Maka ada 87 cerita yang ada dalam blog ini. Korang boleh rujuk kat pages atas ni. Letih untuk mensweetkan diri.
Rujuk sini untuk versi Nong Andy dan sini untuk versi Reenapple.
Aku terlalu taksub
mengejar cinta Ariman. Aku menjadi seorang yang gilakan buku kerana seorang lelaki. Aku berubah menjadi si ulat buku. Hari mingguku juga dihabisi dengan buku. Senyumanku tak pernah lekang dari bibir mungil aku. Aku
jiwa kacau kini. Aku lupa yang aku punya Adam. Kembarku yang sentiasa setia
menemani aku namun hanya kerana kegilaan aku mengejar Ariman, aku lupa Adam. Aku tak peduli pada
Risa kekasih Ariman. Yang aku tahu, dekat dengan Ariman membuatkan aku puas. Seakan
puas menakluki sesuatu. Aku tak tahu apa yang membutakan hati aku untuk terus
terhegeh-hegeh dengannya.
“Oit berangan?” Aku
berpaling. Risa datang. Aku benci dia. Kalau dia tak ada senang aku mendapatkan
Ariman. Aku mengeluh perlahan.
“Taklah. Kenapa?” Aku
malas melayannya saat ini. Kalau aku punya kudrat dan otakku tak waras lama
sudah Risa makan penumbuk sulung aku. Sungguh! Aku benci dengan dia.
“Amboi, garang. Ni Ariman
ajak ambil stok. Buku Mayang Setia yang baru dah keluar,” Aku berbunga
kebahagiaan. Buku kegemaranku!
“Bila?” Aku teruja
sekali. Risa mencebik. Aku peduli apa? Yang penting Ariman mengajak aku keluar
dan buku Mayang Setia aku dapat miliki. Dua dalam satu.
“Tadi sombong. Sekarang nak pulak? Tapi boleh tak kalau kau tak payah ikut?” Soalan Risa membuat aku berkecil
hati.
“Tapi kenapa? Bukan Ariman
ajak aku sekali ke?” Aku tak berpuas hati. Aku pandangnya penuh pengharapan dan
pengertian.
“Kau tahukan kami
pasangan kekasih. Jadi aku nak privasi. Harap kau faham itu,” Katanya lalu
meninggalkan aku sendirian. Aku terpaku.
Ya, itulah fakta. Aku hanya penyibuk
antara keduanya. Aku tak tahu kenapa aku mula sedar yang cinta aku untuk Ariman
cumalah sia-sia belaka. Ariman bukan ditakdirkan untukku sejak dari mula. Aku kini
menyesal kerana tak mendengar kata Adam dari dulu. Hatiku tersayat dengan
hakikat ini. Cinta takkan mungkin kesampaian. Ya, Risa menang tanpa bertanding.
Aku tak mahu lagi merebut cinta Ariman. Aku tekad!
Xxxxx
Seminggu aku telah
meletakkan jawatan sebagai pembantu di Pustaka Biru itu. Seminggu jugalah aku
tak ketemu Ariman. Entah mengapa tak pula timbul rindu pada Ariman. Mungkin,
yang aku rasa selama ini hanyalah perasaan suka. Bukan cinta. ‘Ah aku keliru
dengan hati aku lagi’ Rungutku dalam hati cuma.
“Neera ada sesuatu
untuk kau,” Ujar Laila riang.
“Apa yang aku dapat?”
Laila sengih-sengih hinggakan aku naik rimas. Kad itu aku rampas. Malas melayan
karenah perempuan itu.
“Amboi SA nampak?”
Laila mengganggu aku lagi. ‘Penyibuk!’ Getus hatiku. Aku pura-pura tak melayannya. Laila masih setia di situ.
“Lai, kau tahu siapa
hantar?” Tanya aku sejurus selesai membaca bait ayatnya. Aku tertanya-tanya
lagi setelah gelengan kepala dari Laila yang aku terima. Laila terus keluar. Seakan
memahami aku yang tak mahu diganggu. Aku kusut. Kata-katanya benar-benar buat
aku penasaran.
“Cuba kau telusuri anak mataku, pasti kau
akan dapat rasa kemanisan itu,” Berkali-kali aku sebutkan. Tiada klu. Tiada identiti
si pemberi. Hanya sekeping kad dan kata-kata itu. Semuanya buat aku buntu.
“Takkan Ariman? Bukankah dia dah bahagia dengan
Risa?” Aku mula berteka-teki. Sejak aku tergilakan Ariman, Adam juga menyepikan diri. Ada kawan
pun aku lupakan. Semua gara-gara kekeliruan tentang cinta. Aku tahu aku
bersalah dengan Adam!
Xxxxx
Aku
nampak Ariman di situ. Tiada Risa menemani. Aku mengorak langkah mendekat
kepadanya. Tiba-tiba aku terpandangkan Adam. Dengan seorang wanita. Tudung labuh.
Sopan. Tak seperti aku. Timbul pula rasa cemburu. Adam punya kekasih tak
beritahu aku langsung. Terasa jauh hati dengan sahabat aku seorang. Semua ada
buah hati. Aku juga sendiri begini terus.
“Hai
Neera. Kenapa?” Tanpa aku sedar Ariman di depan mataku.
“Tak
ada apa. Saya cuma terpandang Adam,” Aku jujur padanya. Tiada apa yang perlu
diselindung. Ariman dan Adam bukanlah tak kenal antara satu sama lain.
“Oh
Lidia nama budak tu. Adam pernah kenalkan pada saya,” Aku terkejut.
“Bila?”
Aku diapit syaitan yang menghasut. Aku cemburu dengan Ariman. ‘Kenapa bukan aku
yang tahu terlebih dahulu?’ Bisik hati aku dingin.
“Dia
tak cerita kat awak? Tu gadis pilihan keluarganya…” Belum sempat Ariman
menyudahkan kata, aku berlalu pergi. Pergi mendapatkan Adam. Aku dipagut rasa cemburu yang teramat. Mustahil aku kawan
baiknya tak tahu apa-apa tentang berita sepenting ini. Aku bengang.
“Adam!”
Jerit aku. Adam dan Lidia berpaling serentak. Aku cemburu. Entah mengapa aku
tak suka Adam melebihi dari aku. Aku patut kahwin dulu bukan dia. Aku patut ada
segalanya kerana dia sudah cukup beruntung punya keluarga yang melimpah kasih
sayangnya.
“Neera.
Akhirnya, kau ada masa jugak jumpa aku kan. Kenalkan ini Lidia,” Adam tersenyum
bahagia. Aku tersenyum kelat. Huluran salam Lidia, terpaksa aku sambut.
“Macam
nilah kawan. Ada buah hati tak nak kongsi cerita pun,” Aku membisikkan ke
telinga Adam. Tak mahu Lidia terasa.
“Oh
maaflah beb. Kau tu yang busy sangat. Lidia, inilah kembar saya. Buah hati
pengarang jantung saya, Neera,” Aku terpinga-pinga. ‘Masuk air apa budak Adam
ni?’ Aku pelik.
“Oh
inilah Neera. Adam banyak cerita pasal Neera kat saya. Tapi jangan risau. Semua
yang baik-baik je tau,” Lidia cuba menyedapkan hati aku. Aku tahu itu. Dia cuba
buat situasi kami tak kekok. Adam hanya tersengih. Dia hutang penjelasan pada
aku. Penjelasan tentang buah hati pengarang jantung serta Lidia!
Xxxxx
Aku
masih menanti tetamu pulang. Mama Adam suka buat majlis begini. Letih melayan
tetamu tak terasa kerana aku dikejutkan dengan pengakuan cinta. Cinta seorang
jejaka. Jejaka misteri yang mengganggu aku dengan kadnya. Walau kadnya cuma satu ia tetap
bermakna pada aku.
Adam
dan jejaka misteri itu orang yang sama. Itupun aku dapat tahu dari Lidia. Dia sudah cerita semuanya. Aku tersenyum lagi. Entah kali ke berapa aku tersenyum
aku pun tak terkira. Hari ini dalam sejarah. Adam mengakui cinta pada aku. Pada aku!
Bukan Lidia atau sesiapa. Aku senyum saja mendengarnya dari mulut Lidia. Padahal dalam hati
membuak-buak rasa malu.
“Dahlah
senyum tu. Aku malulah,” Adam mengambil tempat di sebelah aku. Kantoi pula aku
senyum. ‘Mungkin dia ingat aku gila?’ Desis hatiku.
“Aku
cinta kau tahu?” Buat aku terpana sebentar. Adam meluahkannya! Aku terdiam. Lama.
“So
apa jawapan kau?” Aku memandangnya sekilas. Malu.
“Kau
jangan diam. Jawablah. Aku tahu kau ada Ariman. Tapi kau kena ingat Ariman dah
ada Risa…” Aku memotong kata-katanya.
“Tapi
kau ada Lidia?” Aku cuba menduga hatinya semula.
“Tapi
dalam hati aku bukan ada Lidia. Dalam hati aku ada kau. Sungguh aku tak tipu,”
Tangan diangkat. Seperti mahu bersumpah. Aku ketawa saja. Lucu gelagatnya. Perlahan
aku memberikan kad kepadanya. Kad sama yang jejaka itu beri.
“Kenapa
kau pulangkan kad aku ni? Aku kena reject?” Aku geleng.
“Bukan,
kau buka kad itu dan baca,” Aku masuk ke dalam rumah. Malu jika dia baca di
depanku.
“Telah
aku rasai kemanisan itu melalui sinaran matamu wahai Adamku,” Aku dengar Adam
baca kuat. Terus aku larikan diri ke bilik. Malu.
Pasti hati Adam juga berbunga
sama sepertiku. Aku cuma harap ini adalah cinta. Bukan kekeliruan rasa
semata-mata. ‘Aku cinta kau juga, Adam!’ Hatiku menjerit lagi. Harap Adam dapat
dengar ini. Malam itu aku ditemani senyuman mekar di bibir sendiri. Cari punya
cari akhirnya cinta ada di sebelah sini. Tak ku sangka sekali. Cinta bukan cuma
fantasi , namun cinta bisa jadi realiti.
Nota Iffah: Idea asal Nong Andy. Dia tak buat ending lagi tadi. Jadi aku terbuat cerpen jugak. Maka ada 87 cerita yang ada dalam blog ini. Korang boleh rujuk kat pages atas ni. Letih untuk mensweetkan diri.
7 comments:
best2..buat la cerpen lg
gawat..gawat. kau dan reenapple dok pilih Adam.. kesian Ariman tak ada org nak rebut lagi kekekekeek...
ala.. makin merajuk idea aku nak sambung citer ni.. apasal korang buat suwit sangat ah? grrrrrr...
adakah adam more hensom dari ariman ??
asik adam jew...
hehehehhe..
tapi ade watak baru lidia tu...pe cer gan die an..wuwuwuuwuuwuwu...
kalau aku , aku bagi watak baru ..bagi adam gan lidia , ariman gan risa ..
hehhehehhe..naseb aku tak reti nk cerpen-cerpen nih.. :)
sweetnya..tengah bayangkan..neera tu yu..hahaha..
typo2 banyak...sila betulkan.. :p
yeah.. Adam juga.. hahaha. Aku suka aku suka.. hehehhe. hooray!!!!
tsenyum sorg2 akak baca.. hihihi.. geram dgn Neera tue Adam depan mata x nampak, Ariman jugak yg die kejar.. haishhh dia pun x sedar kot yg die ada perasaan dkat Adam. cuma perasaan dia diselimuti rasa cemburu..
*ehh pnjg lak komen akak nie* kihkihkih
comel cite ni..:D
Post a Comment