CORETAN TERBARU NADH

Diam tanda setuju

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini hal biasa kita dengar kan? Selalu orang dulu-dulu selalu cakap, diam tanda setuju. Suka hati je nak jawabkan untuk orang kan? Diam ni banyak sebab. Bukan sesaja nak diam kan?

Misal kata aku diam sebab aku marah. Tapi aku tak tahu nak kata macam mana. Adakah aku setuju dengan penyataan dia? Takkan? Jadi adakah diam itu tanda aku setuju?

Contoh lain;
"Kau memang suka dia kan?" A tanya B. B diam memikir sejenak.
"Oh kau suka dialah kan? Orang tua kata diam tu tanda setuju tau," A membuat kesimpulan sendiri.
"Aku diam sebab aku berfikir. Adakah aku suka dia ke tak. Tak bermakna aku diam aku setuju. Adakala kena diam," B balas semula.

Kesimpulan, jangan cepat sangat membuat spekulasi sendiri. Andaian kita kadangkala bukan betul pun. Diam banyak sebab macam aku kata tadi. Diam sebab marah. Diam sebab terasa. Diam sebab malu. Dia sebab lidah kelu. Diam sebab itu je jalan terbaik untuk situasi tertentu. Jadi diam bukanlah tanda setuju semata-mata. Ini pandangan aku je =)

9 comments:

Kira Kekuri said...

orang diam mmg banyak sbb, betul-betul-betul *upin ipin* setuju dgn pndangan iffah jg C:

Nong Andy said...

Ahahaha.. teringat. Diam 'Mira' bukan nak terima pinangan. Diam dia sebab dendam ekekeke..

aku 100% setuju Iffah :)

Rara said...

hohOo..
betol2 ^_~

Kira Sakura said...

klu marah akak suka diam sbb nt tkut mlut keluar menda bukan2

anak ayah said...

hee >.<
sometime diam bersiam tue lebih elok dari berkata sesuatu yg xtentu.

reenapple said...

yaaa... aku setuju. tak semestinya diam itu tanda setuju.. =)

maszull said...

assalamualaikum iffah...betul2 sokong byk situasi bila kita boleh jadi pendiam ni...:)

Unknown said...

aku diam sebab aku lapar.hikhik

Dayang Deno said...

deno diam bila rasa sedih... huhu

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers