ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kau gila?" Lila terbantut mengunyah kentang bersalut sos keju berkrim dan mayonis putih gebu. Seleranya mati. Mata memandang tepat ke arah lelaki itu.
"Apesal kata aku gila pulak?" Lila bengang. Afif mengambil tempat di hadapan sahabatnya.
"Yalah, tak cukup seharian kau menghadap cheezy wedges ni. Sampai bila kau nak makan ni?" Afif mengeluh. Dia kesal dengan karenah sahabatnya. Hanya kerana kecewa. Cinta terputus di tengah jalan.
"Aku okey. Kau tak payah risau. Bukan gemuk pun kalau aku makan benda ni selalu," Matanya diarahkan ke lain. Bimbang Afif nampak mata itu mula berkaca. Menanti masa untuk menjatuhkan titisan sendu.
"Orang lain jadikan kecewa itu pemangkin semangat. Bukan macam kau. Loser! Aku tak kan tegur kau sampai kau buktikan kepada aku yang kau tak LOSER!" Afif bangun dan berlalu. Amarah menguasai. Sebulan dia terpaksa menemani Lila untuk makan makanan kegemaran ex-boyfriend Lila. Disaat itu jugalah Lila terfikirkan sesuatu. Senyuman penuh makna. Semangat yang hilang tiba-tiba kembali. Afif adalah puncanya. Kini dia boleh tersenyum lebar melihat perniagaan sos cheezy wedgesnya meluas seluruh pelusuk negara. Tiada lagi mukanya di KFC. Mukanya kini terpampang di dada akhbar. Dia tersenyum puas.
"Thank you, Afif!" Lila menjerit sekuat hati. Senyuman manis bersisa. Afif memandang isterinya lalu tersenyum.
#Persoalan aku dah bertunang atau tidak, biarlah rahsia =)
#Persoalan aku dah bertunang atau tidak, biarlah rahsia =)
12 comments:
ewah..ewah.. napa aku rasa mulanya aku buat citer macam ni tapi ko dah potong jalan eh.. ekekeke.. tak pe nanti aku buat versi aku.. tapi sory beb aku tak publish.. simpan untuk tahun depan ekekeke...
semalat pergi dan selamat kembali ya.. jalan baik-baik.. jangan nakal-nakal tau!! hehe..
kisah di sebalik cheezy wadges....
semoga selamat sampai di melaka...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/nice-song-sami-yusof-feat-dato-siti.html
ouh, dh bertunang ke??
#tu je soalan yg terlintas. hehe
bahaya tu virus sweet.. takut tersebar dkt sini lak.. haa
hehe.. tahniah to Afif ok.. sedap tau Cheezy Wedges itu.. nyum2.
ayooo
kak ngah bertunang x gtaw opah, piat tinge tu
hehehe
lek lok bawa kete
mudah2an selamat
insyaAllah :D
ohoooo.. ini sweet oke!!! ehehe.
cheezy wedges.. lama tak bantai itu.. hee
selamat pegi n selamat sampai..
:)
kistot eah..
hmmm.... aku suke chezy wedges ..
sbb ehem-ehem..
jadi aku nak kene bukak kedai gak ke..
#saje bikin sengal :)
sos cheezy memang sedap bangat... nak sikit....
sy suka cheezy wedges sbb sy suka. hiks.
#nak tanya jugak! aka dah bertunang? kehkeh. jgn marah.
x kisah la..janji nk kawin jgn lupe jemput hehe.. kistot yg mmg kontot tp suwit la
mana tau nanti akak boleh bukak restoran laksa ke kan.. pakcik kan suka laksa , #Tetiba lepas baca kistot nie.. hahahahahaha
Post a Comment