ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah tak korang memberi harapan dan menaruh harapan? Pernah kan? Aku dihantui rasa bersalah. Mungkin bagi aku ia bukanlah memberi harapan. Entah aku pun tak tahu kenapa orang selalu cakap aku suka bagi harapan. Aku tak perasan langsung.
Adakah layanan baik itu memberi harapan?
Adakah kata-kata manis pun jadi alasan untuk orang menaruh harapan?
Adakah aku terlalu baik hinggakan orang tersalah anggapan?
Aku pelik. Apa maksud memberi harapan sebenarnya? Kenapa selalu sangat aku rasa begini? Rasa bersalah kerana buat orang salah faham. Aku tak suka bagi harapan dan aku tak suka biarkan orang menaruh harapan. Sebab aku pun tak pasti apa yang aku nak sekarang ni. Pening bila tengok orang seakan menaruh harapan lagi. Tolong, buang jauh-jauh rasa itu sebab aku tak tahu sama ada aku boleh tunaikan tak harapan tu. Sorry~~~
Nota Iffah: Ikan Kaloi, saya dah orderkan. Ni satu lagi, nak order tapi misteri sangat. Zine tu nak hantar kat mana pulak?
19 comments:
Ah,,, kadang3 manusia selalu salah dalam menafsirkan layanan baik yg diberikan padanya. Terutama dari layanan yg berlainan jantina.
#kau tak salah, kadang3 hnya mereka yg tersalah tafsir... huuu.
org suka tafsir pada pandanga pertama.
rapat sikit kata bg harapan, at last sorg2 takde yg jd bg harapan ke apa. hmm.
Kebiasaan berlaku cm tu ler klau kita terlalu baik ngan seseorang tu,
Benda cam ni selalu jadi kan? Baik sikit je org ingat lain... Camne nak wat?
JANgan PANic.MEMang SiKAp MANUsia SUKa MENGharap.KADang2 KiTa TAk BAgi HARApan PUn TApi AKAn ADa ORAng YANg MENAruh HARApan PADa KiTA.TERserah PADa KiTa NAk GUna PENdekatan YAng MACam MAna NAk TANgani MASALah Ni :)
**MASih GUNa NOMbor HANdphone LAma TAk? NANti SAya SMs ALAmat BAgi PENGhantaran ZiNe Tu.MAAf KERana MiSTEri JADi PiLiHan(MACam TAJuk ZiNe Tu PULa) :)
BTW TERiMAkasih.
ikan kaloi nak ngorat ea?hahaaa
kalau terjadi macam ni, kita kena cakap elok dan bagitau situasi sebenarnya kat orang yang tersalah faham tu. InsyaAllah dia akan faham
pendek kata jgn letak harapan tggi sgt. skali jatuh kedebuk mslh2
hmm kadang sebab salah paham kan..
salah faham atas kebaikan yang ditaburkan selalunya jadi punca.
pernah... tapi dgn hanya memberikan layanan yg baik, cuma tak sedar itu pun dianggap memberikan harapan...
kadang2 buat baik pon payah. mungkin sbb tuh orang tua2 sokmo ckp buat baik perbada2. heeee x pe la yang pntg kite sume bersangka baik. :)
sebab tu akak tak suka letak harapan, nanti kecewa bila tersilap faham.. ;)
harapan~~~ harapan menjadi layuuuuu~~~~ hihihihhii
kdang2 cara kte attach org pn blh jadi salah fham kt org lain.. jadi kena berjaga2 kt situ ;)
memberi harapan ke, perasan lebih? haha
assalamualaikum iffah...kekadang ni menaruh harapan yg tinggi mungkin membawa kekecewaan akhirnya oleh itu menaruh harapan dgn cara yg sederhana...:)
sebenarnya kita boleh baca 'bahasa badan' org yg mula menaruh harapan ni.. jadi bila kita sudah nmpak sedikit. baiklah kita berundur secara baik. Boleh juga berkias-kias yg penting mksud kita smpai. Jgn smpai yg menaruh harapan itu mengharap terlalu tinggi sebab nantinya akan dalam sekali luka di hati... lepas tu putus kawan.
dan sebaiknya kalau org baik sgt dgn kita jgn mudah menaruh harapan. kalau tidak pun gunalah bahasa lazer direct to the point
" Ko baik sgt dgn aku ni.. ada apa2 ke?" ha.. lebih kurang mcm tu ekekekkeek.. kalau brani la haha!
ai langsung tak menaruh harapan.. perhhh.. tetibe~~~
sebab tu sebaik nye treat orang same rata je.. baru r takde jadi macam bagi or menaruh harapan ni..
Post a Comment