CORETAN TERBARU NADH

Nama betul aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan Awin mencetuskan cerita nama aku ni betul ke tak hari tu. Aku terbuat entry lagi. Heee... Rasa semua dah tahu, sejak berapa tahun aku dah mula menggunakan nama betul. Kalau dulu Miss Ran. Rasa tak matang bila ingat semula. IFFAH AFEEFAH BINTI ______________. Kenapa guna nama betul?

1. Ayah bagi.
Yalah, ayah bagi penat-penat tak nak guna. Bangga dengan nama sendiri. Walaupun nama kau Senin ke, Timah ke apa ke. Yang penting kau ada nama. Kat blog ramai sangat yang 'Tanpa Nama'. Kesian aku tengok.

2. Maksud yang baik.
Kalau panggil MR, Miss Ran, Ran. Tak ke tak ada maksud tu? Eloklah panggil nama sebenar. Maruah diri. Maruah diri. Secara tak sedar, korang mendoakan aku untuk menjaga maruah kesucian diri. Korang juga perlu jaga 'Iffah korang. =)

3. Cantik.
Tak aku nafikan. Nama aku memang cantik. Sedap disebut. Macam nama kembar pun ada jugak. Iffah dan Afeefah. Haha tapi tuannya tak secantik nama. Aku sedar hakikat itu. Tapi peduli apa. Ini nama aku dan aku bangga.

Apapun, terpulang. Ada orang suka nama samaran. Macam misteri gitu. Ada yang siap nama bapak lagi. Aku takut tulis nama penuh, habis stalker kejar aku sampai ke tempat belajar dan rumah. Bahaya o zaman sekarang ni. Jangan main-main. Jaga diri, jaga iman, jaga nama.

11 comments:

dill said...

^__^ name iffah memang sedap.

beritma ^^

dill.

Kira Sakura said...

Akak pulak lg selesa pkai Syakira Yaakub wlau nama akak ada pangkal Nur

نورعيم said...

salam cium tangan akak. hee. sy dah kembali.

sy pun guna nama betul jgk :)

Unknown said...

heheeh..
aku pun guna nama asal..
phew...rajin awk buat n3...



hhehhehhehehehehe



Unknown said...

kita terpaksa letak nama samaran..hahaa

Unknown said...

Nama aku, *****. Hahah. Tak boleh nak diletakkan secara umum.

-meeSUPERGIRL- said...

salam afifah :)

TiranaAduka said...

nice name
Tirana aduka guna nama samaran...

Along Usop said...

Makcik ifah baik orangnye.. :-B

Dayang Deno said...

sedara deno ramai nama iffah... biasa org yang nama iffah ni cerdik dan pandai... ifa yg ni pun sama... :)

kay_are said...

name penuh aku letak dekat fb je.. kat blog lebih suka guna shortform nye name.. saje nak beridentiti lain sikit.. ^^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers