CORETAN TERBARU NADH

Lelaki tu buta ke apa?

Tajuk entry berdasarkan dialog seseorang. Aku terperanjat. Apakah salah kalau lelaki itu memilih perempuan yang serba kekurangan sebagai calon isteri? Salahke? Kalau semua lelaki dalam dunia ni nak kahwin dengan perempuan cantik parasnya. Yang tak berapa cantik nak kahwin dengan siapa? Perlu ke merendahkan orang lain sebegitu rupa.

Misal kata aku yang hodoh ni. Tetiba ada mamat meminang aku. Lepas tu aku tolak sebab aku tak sedia nak kahwin. Aku pun tanya pendapat kawan aku. Lepas tu dia kata lelaki tu buta ke apa sampai dia nak pinang kau? Adakah aku tak layak dipinang?

Kalaupun aku hodoh luaran tak semestinya dalaman aku hodoh kan? Buta ke mata lelaki yang meminang aku tu? Buta ke sampai tak nampak muka hodoh aku ni. Aku mana layak jadi isteri orang.

Jumudnya pemikiran kamu wahai sahabat. Cinta yang murni takkan mementingkan paras rupa. Hati yang kita cari hati yang bersih. Akhlaknya baik. Agamanya terjaga. Kata-kata yang baik sentiasa. Jangan cepat sangat kata orang hodoh takkan dapat kahwin.

Jodoh ni rahsia Allah. Kalau benar lelaki tu akan jadi suami korang insyaallah rupa yang tak berapa menawan belakang kira. Biar buruk rupa jangan buruk perangai. Buat orang tambah benci adalah. Jadi yang mana rasa dia kurang cantik jangan rendah diri. Kuasa Allah kita tak tahu. Doalah semoga korang bertemu jodoh. Wassalam.

Ps: Dia pandang pada rupakah?
Published with Blogger-droid v1.7.4

16 comments:

Anonymous said...

huhuk.. bagusnya lelaki itu,, bagusnya lelaki hensem tu xnampak jerawat dihidung ini tapi kalau cinta dgn aku.. ngeh767

HASNORWANI ... said...

sangat betol..dia belum faham qada' dan qadar allah..sbb tu dia boleh persoalkan mcm2..sbnrnya penanya tu yg buta... tny balek dia... ko ni buta ke apa? tu allah dh takdir? ko nak lawan apa kes? kuat sgt dah...

Myera Nyera said...

nak tanya, jumud tu ape??

K said...

rupa itu penting!! yang lawooo saje leh amik borang, HAHA

Sunah Sakura said...

hamboi boboi ni

maszull said...

salam iffah...murni sungguh hati pemuda itukan ...kekadang cinta ni x kenal sesiapa kalau dah jatuh cinta pd seseorang tu mmg x boleh dielakkan lg...
cinta tu kan buta....x pandang paras rupa atau harta...:)

Cheq Sue said...

setuju sgt dgn n3 ni... :)

azeemazain said...

rupa paras bukanlah segalanya kann~,..

Unknown said...

rupa, bonus je..ahlak itu yang paling penting,..

C`ayob.com said...

betul2...sya sokong. Kerana setiap yang berlaku...akan memberi kita satu erti apa itu kehidupan....Ini kali pertama sya datang ke blog ini. Mantoplah blog ini...suka sangat...


upsss tiba-tiba commnet ini, lupa nak kenalkan diri.....salam kenalan dari cayob!...c`ayob follow sini 

Alang-alang saya datang ini, Kalau sudi kunjung2 sya di blog yang tak seberapa ini.........tak follow pun tak ape...janji awk datang, Inys Allah.

http://cayob.blogspot.com/

aamalinaazman said...

=]
kene soh atok bace gak niii
heeee
kak ngah sy comei
jauh sekali hodoh luaran
lagi jauuuhh hodoh dalaman

- Aryan Mulhim - said...

ala..rupa n smua ni Allah pinjamkn je...lawa mcm mn pn..skjap je Dia bley tarik balik..y penting hati...

FaKArePa!n said...

laser gila mulut sergeant keroro.. hihih

Niena Muhammad said...

rupa xmenjaminkan kebahagiaan seseorang..yg pnting keikhlasan hati

Solihin Zubir said...

org yg hnya nmpk kecantikan luaran tp x nmpk kcantikan dalaman, tu yg buta sbnrnya..

Anonymous said...

ko hodoh ke luaran??haha

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers