CORETAN TERBARU NADH

Aku, kau dan lagu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak mengupas tentang rasa hati sahabat aku pulak. Harap korang dapat faham sesuatu dari entri ni.

Aku kata:
Cinta melengkapi hidup kita.

Kau kata:
Cinta bukan segalanya dalam hidup.

Lagu kata:
100% cintaku hei hei hei hanya untukmu...

Aku kata:
La Tahzan. Buat apa bersedih atas sesuatu sedangkan kita diberi pilihan untuk bergembira?

Kau kata: 
Sedih itu perlu. Tanpa sedih hidup akan bosan sebab tak ada turun naiknya.

Lagu kata:
Alangkah sedih rasa hati, semenjak kau pergi...

Aku kata:
Usah mengenangkan kisah yang lalu. Bukalah lembaran yang baru.

Kau kata:
Tanpa sejarah lalu tak mungkin masa sekarang akan tercipta.

Lagu kata: 
Sejarah mungkin berulang...

Walau apapun aku kata, kau pasti akan mengutarakan juga. Walau apa lagu dinyanyikan, hati kau tetap terbuai bersama liriknya. Walau apapun kau kata, aku tetap terimanya. Sebab kau dan aku berbeza. Lagu dan kita juga berbeza. Tahukah kau yang kita semua berbeza tetapi mampu mengubah persepsi dan emosi antara satu sama lain. Itulah uniknya manusia dicipta.

Lagu sedih mampu membuai rasa kau menjadi sedih.
Aku bisa menjadikan kau sedih dengan cerita aku.
Kau boleh buatkan hati aku sedih dengan kata mengguris hati.

Namun, kita punya pilihan untuk tidak bersedih. Pilihlah jalan menggembirakan hati. Lagi kita kenang lagi parah. Lagi kita sedih lagi hati meronta mahu menangis. Jadi pilihlah emosi sendiri. Jangan biarkan aku atau lagu mempengaruhi rasa hati kau. Kita berhak memilih wahai sahabat. =)

Ps: Yang pasti aku tak suka dia bersedih.

12 comments:

Sunah Sakura said...

I pun taknak bersedih...

Cik Pulau said...

ai teringin nak luahkan segalanya..
tapi kekadang sesuatu menghalang..
sebab tu kekadang.. ada something yang buatkan hati ni sakit sangat..
kemudian..
kepadaNya diluahkan...^^,

Eza Boom Boom :) said...

jangan bersedih atas cinta kepada manusia. kerana manusia sentiasa berubah-ubah. Pilih la untuk bergembira, kerana gembira itu lambang ketenangan jiwa. :D

sergeant keroro said...

alien song cakap lalala~

fRaMe+LenSeS said...

amboihhh.. hihihi. :P

Nong Andy said...

Dengar lagu boleh panggil idea juga kan.. lagu juga boleh ubah emosi kita..

*Aku banyak dapat idea menulis bila dengar lagu. Aku perlukan emosi dari lagu bila nak menulis :D

iz said...

lagu dan irama sebenaqnya boleh jadi terapi kesihatan wo..

kiera'sakura said...

setiap kesedihan pasti terselit seribu kegembiraan...

JIJI YU said...

kalau bersedih pon akau akan bergantung pada illahi

Rozuan Ismail said...

cinta itu perlu.kita kan manusia.rasa ingin dicintai dan mencintai.jangan sedih2

aimie amalina said...

huuuu
bersedih tu perlu
supaya hati tak sakit
tapi kalau terlalu, menjadi makin sakit..
emm3..

Asyikin said...

masing-masing ada carauntuk espresikan kesedihan :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers