CORETAN TERBARU NADH

Part2: Jodoh dariNya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak petang tadi dia tak keruan. Benarkah hal yang diperkatakan Syazna. Zatil perlu ditemui segera. Lalu dia mendail nombor kawan karibnya, Faris. Perjalanan ke Kolej Kediaman Cempaka Sari terasa jauh sekali. Dia takkan benarkan pelajarnya terhukum atas sebab yang tak munasabah langsung baginya.

Xxxxx

“Faris, aku nak kau jadi saksi,” Faris memandang pelik.
“Zatil, saya tahu sebab awak tak datang kuliah saya hari ni. Ini bukan masalah awak sorang. Saya tak nak awak malu sebab hal ni,” Zatil terkaku. Dipandangnya Syazna mengharap pengertian.
“Encik Hafiz, apa awak merepek ni?” Cuba berlagak seperti tiada apa berlaku.
“Zatil, tak payah berlakon lagi. Kita tak salah. Mereka yang salah tanggapan. Cuti semester nanti kita nikah terus. Saya tak nak awak terus dihina disebabkan hubungan kita,” Faris terkejut.
“Ya Faris. Dia tunang aku. Aku rahsiakan atas permintaan dia. Tapi sebabkan tohmahan dan ugutan rakan sekuliahnya aku tak boleh berdiam diri. Apakah salah kami bercinta?”
“Semestinya tak. Kenapa nak rahsiakan benda baik?” Faris pelik.
“Zatil risau. Hubungan lecturer dan student macam skandal besar bunyinya,”
“Hubungan cinta antara manusia itu fitrah. Aku tak rasa salah. Kahwin cepat kalau perlu Fiz!”
“Tapi penerimaan orang berbeza Ris,”
“Buat apa kena dengar cakap orang? Kau memang tak salah. Bukan buat maksiat pun,”
“Encik Hafiz, saya setuju dengan kawan encik ni. Kalau betul encik nak mendirikan rumahtangga lekas. Tak ada salahnya cinta antara lecturer dengan pelajarnya,”
Hafiz kagum dengan Syazna. Siapa sangka pelajarnya berani melahirkan pendapat bernas.
“Baiklah, jika hal ini heboh taulah saya terangkan duduk perkara sebanar. Sekarang awak dan Zatil baliklah bilik,”
“Kami minta diri dulu,” Zatil tak bersuara sepatahpun. Dia masih takut dengan ugutan Auni semalam. Hafiz dan Faris memerhatikan keduanya pergi.

 Segalanya jelas malam itu. Hafiz dan Zatil tak salah. Cinta sememangnya menyatukan sesiapa saja tak kira agama, bangsa, mahupun pangkat.

Xxxxx

“Abang, petang nanti saya nak balik hostel,”
“Kenapa pulak?” Hafiz tak berpuas hati.
“Yalah, lama dah tinggalkan Syazna seorang. Kesian pulak dia,” Zatil menyikat rambut perlahan.
“Habis abang ni?” Isterinya berkerut.
“Kenapa dengan abang? Sakit ke?”
“Tak ada apalah,” Nada separa merajuk. Zatil masih blur.
“Encik Hafiz, awak ada masalah ke?”
“Tak ada apa. Awak balik naik kereta sendiri ye? Saya penat. Nak tidur,”
“Apa masalahnya kalau saya balik?”
“Tak ada masalah. Awak boleh balik. Saya izinkan,” Hafiz memejamkan mata.
“Aik sejak bila Encik Hafiz kuat merajuk ni?”
“Sejak saya kahwin dengan Cik Timun,” Balas Hafiz bersahaja. Zatil terfikirkan sesuatu.
“Abang!” Hafiz senyap.
“Abang curi dengar kan? Baik abang mengaku cepat,” Pantas kakinya melangkah ke katil.
“Abang!!!”
Hafiz ketawa. Rajuknya tak berpanjangan. Kelakar mendengar amukan si isteri.
“Apa ni? Jerit-jerit, mak dengar nanti,” Hafiz duduk.
“Abang tu. Dahlah buat orang marah masa presentation. Lepas tu curi dengar. Mengadalah abang ni!”
“Abang pulak. Dah benda salah kenalah betulkan,”
“Bukan salah. Maklumat tak lengkap je,”
“Pandai menjawab isteri abang ni. Siapa lecturer ni?”
“Kat rumah orang lecturer abang student. Jadi orang durian,” Hafiz ketawa kuat. 


Dia terhibur dengan telatah isteri tercinta. Bahagia disulam penuh kasih dan sayang. Cinta dipupuk agar bahagia tetap milik mereka selamanya. Siapa kata jodoh mengenal pangkat atau kerjaya? Siapa kata jodoh itu mustahil bagi pensyarah dan pelajarnya? Semuanya tak mustahil kerana ini semua di tangan Maha Esa. Percaya pada jodoh dariNya.

Nota Iffah: Tamat! Siap cerpen ke berapa entah. Nukilan ini khas untuk kakak aku iaitu ummi kepada Ecah yang nakal. Kritiklah sebaik mungkin sebab aku amatur lagi.

Ps: Dia sweet macam sugar. =P

10 comments:

QasehSuci said...

oh...ok...tunang rupanya ya...

sea_lavender said...

comey2x cite ni~~ sye bce pn tergelak sorang2 hehe =D

Nong Andy said...

tak boleh jadik! punya cepat!! mana Iffah carik hah? kutip kat mana ha? hahaha.. mcm la idea boleh kutip macam kutip daun jatuh kan.. hehehe.. saja jeles!

* dah 4 hari cuba sambung.. tapi masih hang setengah page.. tu pon rasa mcm nak delete!! Iffah.. sila tolong.. :p

Cik Pulau said...

terbaiklah yu..
suwitttttt..
ahahahaa

Eera Shera said...

suwitnyeee....

huhu

Juliet_iRa~" said...

wah lagi2???

Kira Sakura said...

best!!!

nie yg buat akak rase nk smbung jgak nie..hihihii

Areyoudys said...

as salam..
eh? di macam dari tema untuk abg eq punya kontest?

menarik ;)
komen pakcik :


cuma plot permulaan pakcik lihat agak kabur sebab perihal latar masa dan lokasi tak dinyatakan dengan jelas. tup2 elemen syazna dan zatil muncul. macam magik kat situ. hehe

penanda henti bagi pertengahan plot juga perlu dititik beratkan.lihat pada :

"jika hal ini heboh taulah saya terangkan.."

dan..er..

siapa kata jodoh mengenal pangkat atau kerjaya?

wow..term baru ke ni? kena buat checklist tahap pendidikan dan kerja la kalau macam tu.huhu..


dan..point klimaksnya singkat/ macam tak ketara sangat.mula plotnya nak jumpa zatil dengan kadar segera(tergesa-gesa). en. hafiz dalam perjalanan berjumpa zatil dan syazna tu dah wujud, bila nak sampai klimaks latar dan lokasi menyelesaikan masalah, terus blur.. penyebab/elemen yang menyebabkan en hafiz perlu tergesa-gesa berjumpa(kaitan klimaks dengan watak auni) tu yang kurang umph.
yang lain2, ok.

pakcik ni, komen je..kalau kecil hati, minta maaf naa..huhu..

Areyoudys said...

adui..boleh terlupa ni part 2. hehe. abaikan komen yang berkaitan dengan plot dan klimaks tu.

:p

aamalinaazman said...

kikikiki
opah kene reverse bce yg bawah dulu tadi
baru paham
alolololo
cuwitnyeee
timun vs duyan
kekekee
dr mane la dpt idea ni
hehehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers