CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Ada untukmu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Kesetiaan menghalangi
Kupindah ke lain hati
Dan tak ingin ku melukai
Mendambakan cinta ini
Hanya kekalnya denganmu
Tapi kudrat tak ditanganku…

Pantas jarinya menekan tetikus untuk mematikan lagu itu. Tak rela dia mendengar lagu sedih ketika ini. Hatinya bergolak. Bagai ada yang menghimpit jiwa dengan sejuta bebanan. Terus dia mengingati peristiwa pagi. Dia bertembung dengan lelaki yang dulunya pernah dia sukai. Tapi sayang lelaki tu tak pernah hargai kewujudan dia. Dia pasrah.

Xxxxx

“Awak!” Zahim terkejut.

Aqilah berpura-pura tak mengenali. Dia takut hatinya lembut tiba-tiba.

“Aqilah kan? Kita kan classmate dulu. Ingat?” Aqilah geleng. Hati berdebar. Dia memandang wanita disebelah Zahim. Cantik persis model. Cumanya tudungnya agak labuh. Model muslimah mungkin.

“Aah saya Aqilah,” Dengan malas dia menjawab.

“Sayalah Zahim. Tak sangka jumpa kat sini. Buat apa?” Zahim memandang sekeliling. Tiada kelibat sesiapa di kedai buku itu.

“Saya? Basuh baju. Tak nampak saya pegang apa ni?” Zahim ketawa lepas.

“Aqilah, awak memang menghiburkan. Dari dulu tak berubah. Rindunya zaman sekolah dulu kan?” Lelaki itu cuba pancing hati Aqilah untuk berborak lebih lama.

“Er Zahim kan? Saya ada hal. Saya pergi dulu,” Aqilah terus meletakkan buku di rak. Dia tak betah lagi duduk berlama di situ. Masakan dia tak mengingati lelaki tu. Cinta lama yang tak pernah berkesudahan.

Xxxxx

Sebulan berlalu tanpa berita Zahim. Dia mula sedar yang Zahim bukanlah untuknya. Malah tak pernah terlintas di hatinya bertemu Zahim semula. Hati kata rindu namun dia menolaknya. Takkan mungkin dia merampas kasih orang.

Benar kata orang hati tak boleh dipaksa. Aqilah redha. Cinta yang dulunya khas untuk Zahim kini perlu dikuburkan. Buat apa menagih cinta yang tak pernah nak membalas? Hati sendiri yang sakit akhirnya.

Xxxxx

Pagi yang dingin, Aqilah berjalan laju. projeknya perlu hari ni juga. Kehidupan sebagai mahasiswi membuatkan dia sibuk dengan gedung ilmu.

“Assalamualaikum, awak!” Terus saja dia berpaling. Terkaku seketika. Siapa lelaki ini? 
Kenapa tiba-tiba tegur? Aqilah memandang pelik.

“Ya, saudari Aqilah kan?”
Gulp!

‘Mana dia kenal aku ni?’ Aqilah pandang atas bawah.

“Siapa awak?” Terus lupa jawab salam.

“Kot iya pun jawablah salam saya dulu,”

“Dah jawab dalam hatilah,” Aqilah masih dengan egonya. Malu nak mengiyakan kata-kata 
lelaki itu.

“Cepatlah cakap awak siapa?” Rimas pula dipandang begitu. Dia terus teringat kata-kata 
keramat. Don’t talk to strangers!

“Maaf, saya Faiq Izzudin. Panggil Faiq. Lebih elok panggil abang,” Matanya dikenyitkan.

‘Amboi gatal sungguh!’ Aqilah mencebik.

“Apa? Abang? Tolonglah faham. Ni sesi berkenalan ke apa? Sebab saya tak ada masa ni,” Terus dia membuka langkah.

“Kejaplah Aqilah. Abang ada hal nak cakap,” Berani sungguh Faiq melontarkan ayat ini. Malunya pudar serta merta setelah dibasuh oleh kawan karibnya Iqmal.

“Excuse me, Mr. Faiq. Saya sangat sibuk. Sekarang boleh bagi laluan?” Geram sungguh. Faiq terus ketawa.

“Okey, but lepas ni saya tunggu kat café. Ada hal saya nak cakap,” Aqilah terus saja setuju. Dia benar-benar terlewat.

Xxxxx

“Saya suka awak!”

Aqilah terlentang di atas katil bujangnya. Otak masih ligat memikirkan lelaki itu. Pelik. Dia 
sendiri tak tahu dari mana lelaki itu muncul. Tiba-tiba saja meluahkan perasaan. Faiq Izzudin memang berani.

‘Ah lelaki mudah saja melafazkan kata cinta!’ Getus hatinya.

“Qila!”

“Qila!”

“Qilaaaaaa!!!” Jeritan Amalina mengejutkan dia. Lantas termati segala lamunan.

“Oit, kenapa? Anak dara apa kau ni jerit macam ni sekali?” Aqilah mula membebel.

“Ni ada call. Kau berangan macam nak kahwin dengan anak raja gayanya,” Amalina sambung membaca buku setelah memberikan handset pada housematenya itu.

“Ya, waalaikumsalam,” Aqilah pelik.

“Qila, saya ni Zahim,” Hampir gugur jantung Aqilah mendengar suara lelaki itu. Nombor tak dikenali. Dari mana dan kenapa Zahim ada nombornya menjadi tanda tanya ketika ini.

“Oh Zahim. Mana tahu nombor saya?”

“Ala awak kan famous. Senang je nak dapat,” Ketawa kedengaran di hujung talian.

“Ada apa call? Mimpi ke?”

“Aah. Mimpikan awak,” Sekali lagi hati mula berdebar.

“Banyaklah awak. Oh seriuslah siapa bagi nombor ni?”

“Fara bagi,” Aqilah mencebik. Kawan baiknya dulu.

“Oooo…” Aqilah kematian kata-kata.

“Awak, jumpa nak?” Zahim berani.

“Buat apa?” Aqilah pelik.

“Saja. Keluar makan ke? Lagipun hari tu tak sempat bual panjang,”

“Tengoklah macam mana. Okeylah, saya ada kerja. Assalamualaikum,” Talian dimatikan segera.

Hati mula berkecamuk. Dia suka dalam diam. Namun, ada sesuatu menghalang.

“Siapa tu Qila?” Amalina segera melabuhkan punggung di sebelah kawannya.

“Kawan,”

“Kawan?” Amalina buat muka pelik.

“Ya kawan. Sekolah lama dulu. Kau ni kenapa Ina?”

“Tak adalah. Aku tengok muka kau sememeh semacam je lepas letak telefon. Mesti ada something kan?”

“Ina! Tak ada apa. Kisah zaman remaja. Dah tutup buku pun,” Aqilah terus menuju ke tandas. Niatnya ingin tidur awal malam ni. Hatinya mula pening memikirkan antara dua.

Xxxxx

“Bila saya kata suka, maknanya saya suka. Susah sangat ke awak nak faham Aqilah Zahra?” Faiq penat bersabar.

“Susah! Saya bukan awak. Kita tak sama,”

“Bukan ke perbezaan itu unik?”

“Kalau dunia terlalu berbeza susah nak bersatu wahai Encik Faiq Izzudin,” Aqilah geram.

“Saya ikhlas sukakan awak. Saya tak pedulipun masa lampau awak. Yang saya nak keikhlasan 
hati awak menerima saya. Kejujuran dan kepercayaan,” Faiq cuba rasionalkan diri. Tak guna dia mengikut rasa hati.

“Masalahnya saya dah cuba. Malah saya sedang cuba. Tapi awak terlalu memaksa,” Aqilah melontarkan pandangan ke arah orang lalu lalang. Café juga jadi saksi mereka.

“Paksa? Siapa paksa awak?” Faiq tetap menggunakan nada yang rendah. Masih mengawal perasaan. Perempuan ini terlalu mengikut rasa.

“Kenapa awak bagitau family awak?”

“Sebab saya serius dengan awak,” Yakin saja jawapannya. Aqilah makin lemas.

“Kita kan baru kenal tiga bulan. Kita pun tak declare apa-apapun lagi,”

“Perlu ke declare? Hati saya yakin awaklah suri hidup saya nanti. Kita tak perlu fikirkan yang lain. Yang penting hati awak yakin,”

“Masalahnya saya tak yakin. Saya belum sedia. Maafkan saya,” Aqilah meninggalkan Faiq sendirian. Dia perlukan masa. Baginya Faiq terlalu terburu-buru mengejar ikatan sah sedangkan hati masih tak tetap.

Xxxxx

Kesetiaannya tak terbalas. Kasihnya dipandang sepi. Cintanya tak mampu menawan cinta si bidadari. Kesabarannya sungguh tinggi. Itulah insan bernama Faiq Izzudin. Namun, kehilangan lelaki itu amat dirindui. Kesalan yang mungkin tak berkesudahan. Memang dia akui terlalu mengikut rasa. Terlalu takut untuk mempercayai seseorang.

“Awak, lama sangat awak menyepi. Risau pulak. Kalau free contact saya okey,” Hanya pesanan suara menjadi penghubung.

“Qila, Faiq tak on telefon jugak?” Amalina seakan faham.

“Aah, aku tak tahu nak buat macam mana dah,” Sebak.

“Hei, jangan menangis. Aku tak reti nak pujuk orang,” Amalina dah risau.

“Aku kecewa. Kenapalah aku ego sangat dulu? Bila dah tak ada macam ni jadinya,” Aqilah mengalirkan jua air matanya.

Amalina terus memeluk. Dia membiarkan Aqilah melampias segala rasa.

Xxxxx

“Ara, panggil Along kat luar tu. Ajak sarapan sekali,” Aqilah yang baru menuruni tangga pelik melihat emaknya bertudung. Ada tetamukah?

“Mak, siapa datang? Mak beria bertudung liplap kenapa?” Sengaja diusik emaknya.

“Oh lupa pulak. Kawan abang kamu datang. Diorang ada kat luar. Lekas pakai tudung lepas tu 
ajak diorang makan,”

“Baik!” Dia mencebik. Rungutan demi rungutan dia bisikkan dalam hati. Terasa payah melakukan suruhan Allah yang satu ni. Bukan apa, malas menguasai diri.

Tudung disarung. Alongnya sudah ada di dapur. Dia nampak kelibat seseorang di luar. Segera dia menjenguk.

“Ya encik nak cari siapa?”

Lelaki itu berpaling. Sungguh terperanjat Aqilah ketika ini. Rindunya sangat menggunung tinggi. Lama tak berjumpa. Rasa bertahun walau seminggu cuma kepergian lelaki itu. Hanya satu je kata yang lahir dari mulutnya.

“Aaaaah!!!” Jerit sekuat hati.

“Ya, Ara kenapa jerit sakan ni? Macamlah lama tak jumpa,” Aqilah terus memeluk ayah. Rasa rindu membuak-buak. Tak mungkin dia akan menceritakan pada emaknya sebab dia lebih rapat dengan ayahnya.

“Dah, jom masuk. Ni ayah bawak coklat. Kat Langkawi banyak coklat sedap dan murah,” Aqilah tersenyum. Seronok tak terkata. Tiba-tiba abangnya mencelah.

“Eh ayah rupanya. Ara jerit macam nampak hantu,” Iqmal bersalam ayahnya. Aqilah ketawa dan lekas-lekas menyorok belakang ayahnya. Risau abangnya akan mencubit.

“Pakcik apa khabar?” Berderau darahnya saat mendengar suara asing.

Sungguh asing. Terasa mahu pitam apabila melihat dia bersalaman dengan ayah. Siapakah lelaki itu? Kenapa dia ada di rumahnya? Kenapa? Seribu persoalan tak terungkai jawapannya. 
Hati takut meluahkan. Bibir beku. Mulut enggan mengeluarkan sepatah kata.

Mujur saja Along bercerita tentang Faiq Izzudin. Rupanya mereka kawan baik. Idea mengorat Aqilah dulupun sebenarnya dari Iqmal sendiri. Malah, sepanjang Aqilah duduk di rumah sewa, Faiq selalu bertandang. Sebab itulah mereka sekeluarga rapat.  

Xxxxx

Dia tersenyum melihat gambar candid sepanjang pernikahan dan persandingan. Sungguh dia tak sangka seawal ini dia melangsungkan perkahwinan. Rasa baru sekejap cuma bergurau senda dengan ayah. Baru sekejap cuma membantu emak. Sekejap cuma berlari berkejaran bersama abang tunggalnya juga abang sulung.

“Ila, tengok apa tu?” Dia mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Tengok gambar kahwin. Dari mana ni?”

“Dari bawah. Bola habis dah,”

“Tak habis-habis dengan bola,” Geram.

“Ala, kan abang suka,”

“Tau,”

“Sayang…”

“Hurm kenapa?”

“Merajuk ke ni?” Gambar perkahwinan dibiarkan sepi.

“Kenapa tanya?”

“Entah. Rasa ada orang merajuk je,”

“Tak adalah. Siapalah saya nak merajuk ni? Lagipun bukan ada yang nak pujuk,”

“Eh abang kan ada? Abanglah pujuk,”

“Ada ke abang pujuk? Selama kita kenal, abang merajuk adalah,”

“Bila pulak abang merajuk?” Tak puas hati.

“Ada, masa kita gaduh. Seminggu abang diam je,” Mulut dah muncung.

“Bukan merajuk. Bagi masa kat Ila. Tak salah kan?”

“Yalah, lama sangat. Orang risau kat abang,”

“Dah, abang nak buat macam mana. Ila tak suka. Lepas tu asyik melayan si Zahim,”

“Mana ada melayan. Tu kan kawan,” Giliran Aqilah sekarang.

“Yalah tu. Sampai abang dilupakan,” Nada rajuk.

“Abang ni, ada pulak cakap macam tu. Masa tu hati orang belum yakin. Tapi orang memang 
tak suka kat Zahim dah. Lagipun dia ada isteri dah. Buat apa nak mengacau rumahtangga orang? Baik kacau abang,” Gurauan diselit. Dia pula risau jika suaminya merajuk.

“Abang gurau ajelah sayang. Thanks sebab terima abang. Abang akan jaga rumahtangga kita. Takkan benarkan sesiapa rosakkan ia. Kita berpisah hanya kerana takdir. Biarlah hubungan ini kekal sehingga ke pintu syurga,”

Aqilah Zahra dan suaminya Faiq Izzudin tersenyum bahagia.

Tamat!

Nota Iffah: Bila hati benar-benar yakin maka percepatkan urusan nikahmu. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Semoga terhibur dan dapat pengajaran. Entry ni hadiah untuk seseorang. =)

Ps: Harap dia tersenyum membacanya.

12 comments:

QasehSuci said...

sweet...

aimie amalina said...

ecececeh
hadiah utk siapakah
kikikiki





p.s: susah tahu x buat cite..sakit pale opah..bawu bape perenggan dah kejang pale opah..aihh..tabik lah dengan kak ngahh! toink2 =]

atiqa aris said...

naseb baek ade mr. faiq tu kan.hee

cik pulau said...

phewittt..
jumpa terus abang..
wahhh...
hebat..
nak jumpa yang camni jugak la..
errr..pengsaannnnn..

Ku Azhar said...

cik kak!! nk tnya..hehehe br tau..cmne nk pilih iklan nuff?

Ku Azhar said...

haaa dh btl dh la tu pilihan ku awal2 kih3..thanks! :)

Prasetyo said...

Nice blog posting. I'm just blogwalking and very interesting to stop here and read your post. I like this.

But, dont forget to give us your comment into my blog ya.

Thanks for share.

budak penjara said...

panjang giler novel..qilah plak perasan heroin la..x leh blah langsung qilah..haha

Nong Andy said...

sukeee.... happy ending :)

fRaMe+LenSeS said...

kenapa saya rasa kisah ini sangat sweeet... T.T suka sgt.. :D

sergeant keroro said...

=)

ijA said...

sweet...ayat last sekali best sangat...pasal nota iffah,..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers