CORETAN TERBARU NADH

Hidup jangan menyusahkan orang

ASSALAMUALAIKUM.

Itu prinsip aku. Ada je orang jenis yang menyusahkan orang lain kan? Selalu macam tu. Bila buat salah pandai nak larikan diri dari akibat. Yang kenanya orang lain. Kena tolong jawab, tolong cover tak nak bagi kantoi. Tapi prinsip aku makin lama makin tak kuat. Sebab sejak 27.8.2011 aku asyik menyusahkan orang.

Susah rupanya rasa diri dah jadi bebanan kat orang ni. Aku pun tak nak kalau boleh. Bila ingat balik dulu, aku kena berpimpin ke tandas. Naik kerusi roda ke sana sini. Kena orang mandikan. Makan bersuap. Tu dulu. Sekarang, kena berulang alik hospital. Banyak guna duit. Beli ubat semua.

Yang penting rasa bersalah makin tinggi bila ayah aku pengsan sebab penat. Penat hantar aku ke Melaka. Aku balik memang naik bas. Bila balik sini ibu ayah hantar. 4 jam pergi balik. Rasa kesian. Tapi tak tahu nak kurangkan bebanan macam mana.

Prinsip tak nak menyusahkan orang macam tak jadi. Makin lama makin menyusahkan. Aku tak mintak semua ni. Tapi aku tetap rasa aku menyusahkan. Aku rasa l*s*r. Sorry jiran. Tetiba rasa macam ni.

Korang aku nak susahkan korang lagi. Doakan aku cepat sembuh supaya aku dah tak susahkan orang. Sesungguhnya seksa perasaan dan hati aku bila fikirkan semua ni. Korang hati-hatilah kat mana pun korang berada.

Ps: Hati-hati dia.
Published with Blogger-droid v1.7.4

17 comments:

msredcheesecake said...

Sabar iffah... Akak paham perasaan bersalah susahkan org tu... Muga cepat la sembuh swpenuhnya supaya kurang rasa bersalah....

aamalinaazman said...

kak ngah,
tak pe, jangan pernh rasa cm tu ye, opah paham, sebab itu lah kite hidup bermanusia kan, tolong menolong, pasal ayah tu, insyaAllah, kita akan, nilah pengorbanan ayah, dan buat kita takkan lupa kasih ibu dan ayah smp bile2.. tamo sedih2.. kak ngah kuat! insyaAllah cepat sihat, jage makan, makan ubat, semua, doa, pasti akan sihat ye =]

Fasihah Supian said...

xpa....setiap sesuatu tu pasti ada hikmahnya...ya,semoga cepat sembuh...sy fhm perasaan awak, sbb sy juga pernah lama terlantar sakit yg sgt banyak menyusahkan orang...

Sya said...

Stiap prkre yg brlaku ada hikmahnya ;) InsyaAllah sye doakn cpt sembuh~ amiin~

Unknown said...

bila lagi nak merasa..ehehe

maszull said...

assalamualaikum iffah...semoga kembali sembuh seperti biasa yer...ibubapa tetap sygkn anak2nya walaupun sesusah mana sekali pun...:)

Anonymous said...

get well soon sis . :)

budak penjara said...

bagi aku..hidup biar mnyusahkan orang asalkan kita senang..hidup orang len plak jangan menyusahkan kita..haha

Faaein Talip Roy said...

ujian itu iffah.. hanya orang istimewa yang dapat ujian yang istimewa.. dapat inspirasi lepas tengok rangan semanis kurma ni..

bukan kita nak menyusahkan orang..
tapi hidupkan harus bantu-membantu..

untuk anak.. tidak akan ada istilah 'penat' dalam hati ibu bapa.. walaupun zahirnya kita nampak mereka penat..


semoga cepat sembuh iffah..

Dayang Deno said...

deno faham ifah rasa mcm mana... deno pun rasa bersalah menyusahkan ma abah deno sejak sakit.. abah lagi lah, abah dah 60 lebih.. setiap bulan kena angkut 40 lebih kotak air dialisis yg berat2.. dno pun tak mampu angkat kotak2 tu.. deno nie mmg menyusahkan abah dan ma... sedihnyeee... rasa bersalah....

fRaMe+LenSeS said...

T.T

Ainul Hayat said...

geram aku baca komen sifu im....hahaha...

Iffah,
Semoga cepat sembuh eh. Jaga diri bebaik,

nsk said...

susahkan kan sikit-sikit takpe kot hehe sbb sakit ni datang bukan kita mintak. get well soon! :)

Anonymous said...

Cepat cepat sihat. Amin~~ :)

Luqeem™ said...

kdang kala kta prlu mnyusahkan org tu supaya dia tahu situasi kita..mgkin dia pn bru prtma kali mrasa bebanan mcm tu..

semua ujian kita akan rasa..

Asyikin said...

hey, jangan ckp mcm tu dear :) syyhhhh, kita tak mintak pun jd mcm tu, yang penting kuat dan semngat, jangn lupa makn ubat dan gembirakan hati orang yang dh bersusah lepas sembuh kay ? :)

mye said...

salam perkenalan..
dan salam terjah!..
hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers