CORETAN TERBARU NADH

Ada orang tanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan persoalan dia sangatlah menikam jiwa. Eloklah aku kongsi dengan korang. Aku terasa bukan apa. Aku rasa tak layak nak jawab persoalan dia.

Kisahnya bermula aku ping cerpen Tentang Sahabat kat satu group novel. Ada hamba Allah tanya;

Best ke cerita ni?

Aku terkedu. Yalah tak pernah pulak orang tanya macam tu. Itulah risiko bila aku mula serius menulis. Serius untuk berubah ke arah penulisan yang lebih baik. Berusaha dengan gigih mencari kelainan dalam penulisan. Semuanya risiko. Aku tahu tu.

Jawapan aku pada dia macam ni;

Err takkan nak puji diri. Tapi ramai kata best=)

Macam aku kata penulisan ni risiko. Orang menilai watak kita dari penulisan. Kalau baik kita tulis maka baiklah kita. Tapi kalau dah orang tanya macam ni, maka jawablah dengan baik. Lagi satu aku perasan pageview cerpen pasal jodoh, cinta bukan main lagi. Bila tajuk sahabat ramai malas baca.

Ya, don't judge a book its cover. Kalau nak tahu, kenalah baca. Aku tak kisah pun ada orang macam ni. Sebab aku pun lebih suka cerita cinta. Jadi hak individu sama ada nak baca ke tak. Bak kata Jiran, menulis untuk diri sendiri=)

Ps: Janji dia tetap suka baca karya aku, aku dah puas hati dah=)

14 comments:

kiera'sakura said...

betol.. klu kita menulis nk ikut kehendak yg membaca jer, xkn ade kepuasan dlm diri kta sndiri

Cik Pulau said...

bagi ai...
tu dah okey..
dah cukup best..
xpe..nt ble yu dah buat novel..
mesti orang lain akan terpegun..
err..
tak rasa ke ni cabaran?? hahaha

mas saari said...

akak suka penulisan iffah... memang best!!

Eza Boom Boom :) said...

Eza nak belajar buat cerpen. Um, boleh bagi tunjuk ajar..? Macam mana susun gaya bahasa. bila penceritaan..bila dialog... ^^ Hope awak sudi bantu Eza.. :D

Kathy Tuah said...

as'salam iffah..sy rasa sy tau pasal ni sebab sy pun kadang2 ada ping e-novel sy kat group tu..dan sy pun ada baca yg dia tanya kat iffah pasal cerpen iffah tu..tapi bak kata iffah, itulah risiko yg pelu kita terima bila nak jadi penulis..nak x nak kita kene jugak berdepan dgn benda mcm tu..apa2 pun semoga iffah terus berkarya :)

JIJI YU said...

ek eleh..kembang le tu

Kalamhati said...

akak suka jee!hihi..teruskan menulis dear!

Lea Isnawi said...

cerpen iffa best :)

tp tulah, ade ke patut tanya penulis sendiri
mesti kelu nak jawab kan. hehe

L said...

betul3.. baca baru tahu kan..=)
jom tengok kejap aja..=)

http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/simple-word.html

fRaMe+LenSeS said...

betul la tu. kepuasan. ;) kita buat apa yang kita suka. lagipun kalau kita pandai bab chenta, wat cita chenta, tak semestinya cita tu kosong kan? ada nilai kekeluargaan, persahabatan juga. ;)

Nong Andy said...

bagi aku kan Iffah, kalau komen biarlah iklas.. jgn mengampu je. cita rasa org lain-lain. jadi ada yg rasa best.. ada pula yg tidak.

*Cerpen iffah biasanya islamik :)dan itu memang terbaik!!

Faaein Talip Roy said...

menulis untuk kepuasan untuk diri.. itu yang lagi best kan.. hehehe.. ^^,

Eera Shera said...

ala...tgk pesbuk la..kalo post pasal cinta, kemain lagi share.

selain dr tu tak berapa nk dpt perhatian..

buat aje ape yg kita suka..asal kite puas kan

Raisya Haris said...

Menulis untuk kepuasan diri sendiri lebih bagus. ^^

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers