CORETAN TERBARU NADH

Otak ini bukan komputer

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak mengeluh dengan sikap manusia. Sentiasa menginginkan dengan cara mendesak. Aku tak suka didesak. Siapa yang sukakan? Jadi sama-samalah memahami. Aku bukan penulis hebat yang bisa menulis bertimbun-timbun buku.

Aku hanya blogger picisan yang berkongsi segala cerita. Blog ini bukan blog novel semata. Aku letih melayan karenah orang tak reti sabar. Otak ni Allah jadikan bukan untuk memenuhi semua kehendak manusia. Otak ni hanya sekecil orangnya. Otak ni bukan komputer yang bisa mengeluarkan maklumat diperlukan serta merta.

Jadi, bila idea datang maka adalah entry. Cerita bersambung bukan aku tak nak buat tapi idea tak ada. Masa yang sentiasa berlari tinggalkan aku. Aku bukan penganggur yang bergoyang kaki di rumah. Aku ada komitmen lain. Aku juga masih sakit.

Orang macam ni memang jenis pentingkan diri. Kawan aku selalu kena. Bila terkena batang hidung sendiri baru terasa. Jadi kalau tak suka blog ni atau aku, silalah cari orang lain untuk memenuhi kehendak kau. Aku serabut orang macam ni. Reti mintak je tapi tak reti nak fikirkan orang lain. 

Ps: Dia pun faham.

14 comments:

Suhaili Sarif said...

kak ngah...akk phm jenis2 org mcm ni
hati kering,pentingkan diri
grrrrrrrr~~
suh die wat cite sndr...

Luqeem™ said...

kena ada status quo. jaga kepentingan sendiri dan kepentingan org lain. baru la sama2 maju..

FasiHaH SupiaN said...

kita takkan pernah boleh puaskan semua orang

Asyikin said...

kalau berbayar takpe jugak kan. eh? =.='

lieynanilaz said...

betul...ada masa idea datang mencurah-curah ada masa otak tepu..

Niena Pengembara Ilahi said...

erm... sabar..... :)

aimie amalina said...

emmm3
sian kak ngahhhhh..
kak ngahhh, bairlah, buat yang termampu okeh!=]

Ainul Hayat said...

Sabar ye Iffah.
Kadang-kadang sifat terlalu ingin tahu tu memuncak tu yang boleh jadi tak sabar dan terus mendesak.

Semoga cepat sembuh.

Sunah Sakura said...

uiks, sape yang tak sabar sangat tu? i ke? huhuhuhu...minta maaf... T___T

A.I.N.S.Y.A.H said...

tak suka org yg suka mndesak..naik rimas d buatnya..

Faaein Talip Roy said...

sabar ajelah.. kita manusia memang tak mudah nak puaskan hati semua orang..

kiera'sakura said...

sabar dear... bg tau sape, meyh ai nk sumbat carot kt die bg die diam... hihi

Nong Andy said...

sangat betul.. idea tak boleh di paksa datang....

sergeant keroro said...

HEADER BARU LAGI!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers