CORETAN TERBARU NADH

Belajarlah menerima

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selamat pagi korang. Minggu depan aku exam tapi...Nevermind! Cerita pasal benda lainlah okey?

Teguran ikhlas dari aku buat semua dan aku juga. Sekali aku perhati, banyak sungguh manusia yang egonya tak bertempat. Apa orang kata BODOH SOMBONG. Bila orang tegur tak nak terima. Ya aku kadangkala macam tu jugak.

Dulu masa zaman ribena, aku gaduh dengan kawan aku. Kata kad bank ada nama ayah. Dia kata tak ada. Aku bengang. Aku melawan cakap ada. Puas kami bertekak sebab kad. Mungkin dia masih ingat kes ni. Aku bila fikir balik jadi malu. Selepas kejadian tu, aku check kad bank BSN aku.

Serius tak ada nama ayah. Hah kan dah terduduk. Lepas tu sumpah aku dah tak nak melawan cakap orang. Belajar terima yang kita salah sebenarnya. Buat apa nak tegakkan benang yang basah? Aku malu sampai sekarang. Kalau kau baca, aku nak mintak maaf sebab kau betul dan aku salah.

Bila ada yang menegur cuba fikir positif. Bukan niat dia nak malukan kita. Cuba belajar menerima kekalahan. Tak salah terima nasihat orang meskipun dia seorang yang paling keji pun. Sebab kita kena tengok apa yang dia tegur bukan siapa yang menegur.

Aku pun tengah belajar menerima teguran. Belajar terima kenyataan yang sememangnya aku salah. Belajar erti hidup. Belajar menerima seadanya. Bukan kita seorang yang hidup dalam dunia ni. Jadi marilah belajar menerima. Buang ego, buang malu, buang angkuh. Sebab di sisi Allah kita sama je =)

Ps: Dia pun masih belajar menerima.

12 comments:

Asyikin said...

nice entry :) sama-sama belajar menerima teguran, dan lihat dri sudut yang positif :)

reenapple said...

sometimes, kita kena mengalah even benda yang kiita cakap tu betul..

kalao teguran tu baik tuk kita.. maybe kita mengalah even apa yang kita cakap tu betul..=)

Sunah Sakura said...

aduh...masalahnya benda tu terlalu remeh sampai bergaduh..ekeke

Nong Andy said...

n3 ni bagus..la Iffah!kita biasanya, paling sukar utk menerima adalah kelemahan dan kesilapan.. tapi org yg paling kuat ialah org yg berani menerima kelemahannya dan teguran org lain.. menerima dgn positif :)

Diana @ bilakukatacinta said...

samelah akak iffah..sellau bertekak ngan hubby menda2 remeh..sbb akak taknak kalah..last2 termalu sbdiri..sebb menda yang dia ckp semuanya tu betul

budak penjara said...

sesapa nk tegur aku tegur la..tp kena berlapik..klu tak..aku fire balik..haha

Rozuan Ismail said...

kita bukan perfect.orang lain berhak tegur kita bila kita buat salah.ambillah teguran tu .jgn jadi bodoh sombong

Niena Pengembara Ilahi said...

org yg mampu menerima teguran org, hatinya segar.. hidup... erm, keakdang hati ni susah jgak nk terima teguran org.. rsa cam ...ntah, tatau nk ckp cmne, mgkin hati ni kena baiki lgi...

aimie amalina said...

hehehehe
same dgn entri opah ritu
walau ssh pon kite kene belajr terima kan...

Faaein Talip Roy said...

belajar menerima kenyataan walaupun pahit..

thaqibzaki said...

Manusia memang bodoh dan sombong. ada dalam al quran nyatakan. sbb tu nabi pesan kita harus bertegur dan beringat antara satu sama lain. :D

Nadirah Badrul Hisham said...

Assalm..sy ambil sikit ayat dlm blajarlh mnrima..mohon halalkn ye..utk rnungn brsama..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers