CORETAN TERBARU NADH

Apa nak buat dengan hadiah pemberian bekas kekasih hati?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ni terhasil apabila aku memandang semula gambar hadiah dari anak murid. Ya, hadiah tu dah terbakar bersama Maria. Takziah kepada mereka. Mujur sempat ambil gambar kan? Begitu juga hadiah ex aku bagi. Terbakar juga. Ada hikmahnya juga.

Korang pernah dapat hadiah dari ex? Apa yang korang buat? Simpan? Pakai? Bagi orang? Atau buangkan semua hadiah dan kenangan itu?

1. Simpan.
Selalu orang akan simpan buat kenangan. Lagi-lagi hadiah bermakna untuk dia. Walaupun dari ex, orang tetap sayang sebab ada sentimental value. Contoh, lukisan potret keluarga korang. Takkan nak buang pulak? Gambar family tu.

2. Pakai.
Ada juga benda berharga pemberian ex yang patut di simpan serta pakai. Contoh, hard disk. Sayang kan nak buang? Lagi-lagi benda tu berguna untuk kita. Takkan nak buang? Tak sayang ke? Jadinya ini kena simpan. Haha.

3. Bagi orang.
Hadiah tu kita tak suka. Kita akan terkenangkan ex kalau kita nampak. Contohnya teddybear. Apa kata korang bagi je kat orang yang suka. Macam anak buah ke. Taklah membazirkan? Orang tu beli pakai duit. Eloklah sedekah je kat sesiapa. Macam kawan aku. Sedekah teddy bear kat aku sebab skandal dia ramai kasi hadiah tu. Dia tak suka teddy bear haha. Untung aku. Tapi teddy bear tu pun lesap ke tangan orang lain dah.

4. Buang.
Ini adalah cara kejam dan alternatif terakhir. Korang dah benci orang tu, semua pemberian dia korang akan benci kan? Apa yang perlu buat ialah buang je. Itupun lepas dah lelong kat semua orang. Hadiah seperti puisi cinta, potret gambar korang berdua, gelas ada gambar korang berdua, cincin atau gelang ukiran nama korang. Semua bolehlah buang demi menjaga hati sendiri.

Tapi ex kita akan terperasan kalau kita terus menyimpan hadiah darinya. Ingat kita syok kat dia lagi. Jadi pandai-pandailah pilih cara sesuai. Bagi aku baiklah buang kenangan itu, sebab tak ada gunanya nak simpan. Apatah lagi kalau dah berkahwin. Merajuk si suami atau isteri tu kang. Tak pasal bergoncang rumahtangga. Sekian=)

20 comments:

▪imie fatima▪ said...

mana hadiah yg tak mahal sgt,bley buang..yang bernilai kasik org lain sudah..nanti ternampak lagi boleh tersentuh hati..alang2 nak lupakan semua mesti bagi zero..!

Paris Lipton said...

kita masih smpn dgn rapi...hikhikhik, xkan nak buang cincin. tetttt

JIJI YU said...

aku salu bagi hadiah yang akan kekal dgn die..cam makanan..jadi darah daging..aku kasi buku jadi ilmu yg bermanfaat..

Eza Boom Boom :) said...

eza masih simpan lagi..Hewhew. Sebab takde ex lagi...:P

Cik Pulau said...

rasanya..
segalanya masih ai simpan..
errrr....

Niena Pengembara Ilahi said...

bagus jiji tu... pemberian tu bagus....

sergeant keroro said...

jiji terbaik, haha

Cik Asma BLuppy said...

bagi balik hadiah tu kat ex...
buang yg keruh, amik yg jernih=)

Halimatun Sa'adiah said...

brg dr ex x byk mne pon..
baju, da tpakse buang sbb da buruk menor...
kad raye da ilang dgn sendirinya..
gmbr die je masih simpan,kalo da kawen nant je baru bg kt die balik..
Tp kenangan je yg susah nk dibuang kan...

Eera Shera said...

ade member, ex die mintak balik ape yg penah die bg..kedek taik idong masin tol..haha

Nong Andy said...

Hadiah.. pemberian..semua boleh di buang.. di hapuskan dari buka bumi ini! Tapi kenangan akan kekal dalam ingatan dan tak ada cara kita nak delete... nak padam.. nak buang.. atau musnahkan. sama ada ia manis atau pahit.. kalau dia pernah jadi ex kita.. hakikat itu kekal smpai bila-bila. Tak akan berubah lagi..

* Aku buang semuanya! Tapi tak boleh buang kenangan.. jadi yg itu aku terpaksa simpan je la :)

aimie amalina said...

huwaaa
sy sedang membaca entri cikgu yg matang
hehehehe
okeh, opah akan simpan semua atok bagi
kekekeke

YNA said...

semua dah bg kt org, ahaha

tp serius mmg ada yg mintak balik, ahahaha

Shifa Jue said...

sy simpan n siap pakai lg bju yg ex bg lps tu bg dier tgk sy pakai.. mmg kelakar muka dier.. sy gelak dlm hati.. ^^

deno said...

alamak! takde teman istimewa la... hihi.. good info dear... :)

eija said...

kalo sy.. Xde mkna nya nk buag.. Rugi oit.. Baik sy gunakn jer.. Tp kalo brg mahal2 beter dpulagkn.. Kalo syg nk pulagkn bg jer lah duit mnandakn kita beli brg 2.. Abis cite..

Asyikin said...

jam bagi member, teddy bear bagi anak buah, baju simpan dalam kotak, kad buang, gambar koyak. hihihihi

kiera'sakura said...

betul klu benda tue berguna buat ape nak buang membazir jer..

akak suka bg balik kt ex tue, tandanya mcm kita pulangkn hati die balik la.. chewahhh... :p

♥yaya budak suka embun♥ said...

xpenah dapat hadih :((

*lagi sedih*

hehe

shahani... said...

saye x suke simpan kenangan,so serah kan smula pd tuannya...w'pn nmpk kejam,tp itulah saye...huhu...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers