CORETAN TERBARU NADH

Di sini, sahabat!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Di sini
Kita bertemu
Kita bersama
Atas satu tanda
Iaitu persahabatan

Di sini
Kita bergurau
Kita bermesra
Naik satu tangga
Kisah persahabatan

Di sini
Kita berduka
Kita bersengketa
Pendapat berbeza
Timbul pertelingkahan

Di sini
Kita menangis
Kita menyesali
Hanya salah sangka
Utuh persahabatan

Di sini
Kita tersenyum
Kita bergelak tawa
Kembali ceria
Kerna persahabatan

Hargailah mereka wahai sahabat. Sesungguhnya sahabat adalah permata bernilai dalam kehidupan kita. Oleh itu, aku sayang semua sahabat aku.Terima kasih bergelar sahabat aku. Sewaktu aku kesusahan kau hadir membantu, saat aku kesedihan kau hulurkan tisu dan bahu, saat aku kelemahan kau kuatkan dengan kata-kata menikam kalbu.

Tiada apa yang aku harap selain kebahagiaan dunia akhirat buatmu sahabat. Bagi aku setiap hari adalah hari sahabat. SELAMAT HARI PERSAHABATAN KEPADA SEMUA YANG MEMBACA BLOG BUTA+PEKAK+BISU=CINTA SELAMA SETAHUN LIMA BULAN INI=)

Ps: Dia juga sahabat aku.

9 comments:

aimie amalina said...

T____________T

selamat hari sahabat kak ngah!
terimak kasih sebab jadi kawan opah =]

Faaein Talip Roy said...

selamat bersahabat.. kita baru sahaja mahu mengikat tali persahabatan.. semoga persahabatan ini disandarkan kerana-Nya..

Asyikin said...

teringat lagu untukmu teman - brothers. Faveret tuuu :)

kiera'sakura said...

slamat hari persahabatan untuk owner BLOG BUTA+PEKAK+BISU=CINTA jugak :D

JIJI YU said...

nk kntut leh tak

Si Nuansa Eyqin said...

sahabat lebih indah dari kawan yang akan jadi lawan. ;)

FasiHaH SupiaN said...

^^,

Syana said...

sahabat ni kena sort out. sahabat yang baik dijadikan kenangan indah. sahabat yang kurang baik itu dijadikan pengalaman. ye tak? hehe =D

thaqibzaki said...

teringat sahabat saya yang jauh tak kembali.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers