CORETAN TERBARU NADH

Pantun Jiwang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terasa nak berpantun pulak. Hehe korang sediakan baldi okey. Nak tanya lawa tak blog aku sekarang? =P

Buai laju sampai ke sana
Angin meniup terbang bersama
Buat apa hendak merana
Ceriakan hidup lagi bermakna

Diam-diam si anak dara
Duduk diam di atas para
Kalau hati sudahlah lara
Carilah ganti dengan segera

Pergi memancing ikan gelama
Masak lemak pedas terasa
Diri bujang sudahlah lama
Baik menikah bahagia rasa

Jalan-jalan di taman bunga
petik satu cium baunya
Kalau hati sudah berbunga
Lekaslah pinang si anak dara

Korang dapat tak aku nak sampaikan ni? Ikut koranglah. Seronok pulak berpantun=P

Ps: Dia reti ke berpantun ni haha.

14 comments:

KizZ said...

Wah terror la buat pantun..boleh jadi insan seni negara yang berjaya ni..

cik pulau said...

wewitt... cam tujukan kat someone je ni..hahha..

ehhh...header baru.. ingatkan salah masuk blog tadi.huhuhu

Niena Pengembara Ilahi said...

lawo2..dari tadi nk tegur..

fRaMe+LenSeS said...

pantun yang comei. nak balas leh dak? lalalalalalla~~ :P

tapi ai suka belog baru neh. comei.. :)

mr.ninja ^___^ said...

Bunyi lagu membangkit suasana,
Bunga mekar di depan mata,
Sunyi rasa tak dapat bersama,
Kekasih hati jauh di sana

Luqeem™ said...

dah nak nikah ke?hehe..

awalkan kawen klu hati x mampu nk menanggung :)

aimie amalina said...

bunga kan layu dimamah sepi ,
matahari hilang bulan menjelma,
disinikan cinta mula bersemi,
Belog CINTA bertambah seri nan rupa.


weeeeeewiittt!=]

Luqeem™ said...

cantik template! wah tergugat dibuatnye..bila la nk tukar rmplate ni =.="

efa nur said...

pantun memantun...
terus terpantul..erkk...haha

header baru..pewwwitt ^^

Cik Lia Lomi said...

Lia minat kalau bab pantun ni..ngehhh..cuma tiada bakat.

ir prof dr alia rosli said...

wowww, cantik :))

Raisya Haris said...

Pantun yang cantik, blog pun dah makin cantik. ^^

Nong Andy said...

rindu di hati terubat sudah
Hati tertarik kerana kamu
Sungguh indah blog baru Iffah
Isi menarik tak rasa jemu

*haha.. aku tak ada bakat nak buat pantun!!

Asyikin said...

ewah, phewittt. keh keh keh

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers