CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Kisah ngeri di hospital

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Petang sangat padat. Ramai pesakit luar menanti giliran. Dia tak terkecuali. Lama sudah tak menjengah hospital ini. Mimpi ngerinya berulang. Kali ini sangat dasyat. Hanya tuhan yang tahu betapa ngerinya dia rasakan. Iffah diam menanti debar. Jam 2.30. Namun, penantiannya berakhir jam 4.30 petang. Dia dipanggil masuk.

"Awak duduk dulu. Saya nak sudahkan patient ni dulu," Suara itu amat Iffah kenali. Sebulan yang lalu dia pernah dirawat nurse itu. Iffah masih tersenyum dalam debar.

Beberapa minit selepas itu terdengar suara lelaki sebelah yang mengerang kesakitan. Iffah tahu. Lelaki itu melecur akibat minyak tumpah atas badan. Teruk kecederaannya. Itulah akibat kecuaian. Selipar licin menyebabkan kecelakaan yang tak diduga.

"Iffah, saya bukak luka awak dulu ye," Nurse itu. Orang yang sama membantu mencuci luka di tangan Iffah suatu ketika dulu.

"Okey," Dalam hati Iffah lega kerana nurse biasa tak cuci lukanya. Takut.

"Saya tutup kejap. Nanti nurse senior buatkan," Iffah terkedu. Dia terpaksa menanti lagi. Kali ni makin laju degupan jantungnya.

xxxxx
Tangan yang dicuci dan ditrim

"Tangan awak dah lama sangat. Kenapa tak sembuh-sembuh," Dia mula membebel. Iffah senyum sahaja. Dia bukan tahu kenapa jadi begini.

"Awak, kulit awak berlebihan ni. Saya kena trim. Tak boleh cuci macam biasa," Iffah terdiam. Dalam hatinya sibuk memikirkan apa yang dimaksudkan dengan trim itu. Tangkas nurse membuat kerjanya. Sterile water, Iodin, swap, gauze, dressing set, scissor sedia di mejanya. Iffah gerun melihat gunting itu. 

"Awak tahan sikit ye," Iffah mula tak keruan. Dia tahu nurse tu serius orangnya. Dia tahu cara kerja nurse itu. Dia tak henti berdoa dikurangkan kesakitannya.

"Arghhhh! Perlahan sikit kak!!!" Iffah menjerit kesakitan. Nurse mula menekan luka. mencuci darah yang mengalir. Pekat merah.

"Awak, sabar. Saya tahu awak sakit tapi luka awak lama sangat dah ni. Kalau awak tak tahan esok pergi Hospital Sungai Buluh. Buat tampal kulit. Awak tu nak jadi cikgu. Tangan makin keras. Muda pulak," 

Saat itu Iffah menjerit lagi. Kulit yang berlebihan ditrim. Trim bermaksud mengunting kulit supaya kembali rata seperti sedia kala. Terasa seperti gunting kain bunyinya. Sakit. Tak tertanggung rasanya. Pedih. Iffah menjerit sehingga menangis. Tak sanggup diperlakukan sebegitu. Luka ditekan lagi.

Iffah tak henti merayu supaya nurse tu berhenti mencuci. Swap ditekan lagi. Lagi dan lagi. Iffah jerit. Malunya hilang. Yang ada rasa sakit. Hatinya lega saat ubat diletakkan. Tangan dibalut semula. Hatinya lega. Air mata segera terhenti.

"Saya cuci macam ni pun awak dah tak tahan. Cepat pergi bedah. Jangan tangguh lagi. Tangan tu nak pakai lama. Saya tak boleh tolong dah. Ambil nombor saya ni," 

Iffah mengambil handset dengan lemah longlai. Kisah ngerinya masih berlegar di kepala. Mustahil dia mahu melihat kulitnya sendiri digunting sekali lagi. Seriau juga. Masakan dia sanggup menahan sakitnya luka ditekan-tekan.

Hospital itu ditinggalkan dengan lemah. Iffah sangat berharap segalanya cepat selesai. Dia tak kuat. Balik dari hospital tangisan menderu lagi. Sakit yang dia tanggung hanya dia yang rasa. Hanya dia yang tahu. Itulah tabiatnya jika rasa sakit di tangan. Dia menangis seorang diri lagi. 

"Ya Allah bantulah aku. Kurangkanlah sakit yang aku alami ni. Kau sembuhkanlah aku dengan segera..." Iffah berdoa bertemankan linangan air mata.

Kisah ngeri ni tamat. Sekian.

Ps: Dia kata dia pro.

19 comments:

Kalamhati said...

menitik airmata akak tgk gamba tu..hmm semoga Allah percepatkan penyembuhan kulit iffah..emmphh tak terbayang kesakitan yg iffah tanggung

Raisya Haris said...

Kak iffah, semoga tangan akak cepat sembuh. ); Kesiannya akak~

kiera'sakura said...

sabar syg,... akak doakan untuk iffah.. smoga Allah kurangkn sakit iffah tue..

mas saari said...

sedihnya akak baca iffah...
pergilah buat pembedahan tampal kulit tu...simpati akak tengok!

moga iffah cepat sembuh ya..

aimaniman said...

ye lee.. kesiannya, lekas2la buat operation tu..

fRaMe+LenSeS said...

p buat jugak jiran. **PAKSA**

ijA said...

moga iffah cepat sembuh geri juga ..macam kene gunting kain..subhanaallah..ya allah berilah kekuatan kepada iffah..amin..

Farhan Hanif said...

semoga cepat sembuh...takut nk tgk gambar tu lama2...geli ngn darah...hahaha

deno said...

iffah... awak sabar ya, iffah kuat.. harap iffah tabah ya, semua nie mesti ada hikmahnya.. kita nasib serupa, sakit. cuma sakit kita berbeza... bila deno baca kan.. deno boleh bayang kesakitan iffah.. deno doakan iffah cepat sembuh.. amin!

cuba iffah makan ikan haruan selalu, mak deno cakap ia boleh menyembuhkan luka dengan cepat... :)

Gen2Merah said...

kesiannya kak Iffah.. tak terbayang rasanya kesakita itu kalau saya yang berada di tempatnya.. huhu

semoga tangan kak Iffah cepat2 sembuh

Saiazuan said...

perghhhh sakit~ harap cepat sembuh..

ahsfantasy24 said...

adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ~
ngeri gambar tu, perit tengok ;(

Nurul Iman Rosman said...

masya Allah, terkejut tengok gambar tangan tu.

moge cepat sembuh ye, aminn.

Nong Andy said...

Dugaan, Dia sayangkan Iffah sebab tu Dia bagi ujian ni utk iffah lebih mendekatiNya. moga cepat sembuh ya..

Faaein Talip Roy said...

semoga cepat sembuh yer iffah..

seriau baca cerita iffah..

tak boleh tengok luka2 ni.. rasa nak demam..

Si GaJus!!!= said...

banyakkan sabar... dengar nasihat misi tau..hikhik.. moga kamu cpat sembuh yer... InsyaAllah... tak mahu kisah ngeri berulang... :)

QasehSuci said...

iffah...cepat2 g berubat yerk...takut melarat plak nanti...

farah haziqah said...

baca storyni,sampai saya sendiri terasa sakitnya..hmmm...

aDisH.sHidA said...

iffah..akak baru terjumpa entry...ya Allah...akak yang baca pun turut merasa sakit pedih apa ntah lagi iffah secara realitinya tanggung kesakitan tu....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers