CORETAN TERBARU NADH

Bukan aku tak risau

Ya, selalu kita nampak orang gembira. Dalam hati tak tahu kan? Samalah macam aku. Aku memang rasa nak berhenti je menulis kat blog ni. Mungkin ada jiwa-jiwa yang terluka dengan kata-kata yang aku coretkan kat sini. Atau kat mana-mana. Bukan aku tak pernah risau. Aku selalu memikirkan impak bila aku buat macam ni macam tu. Kadang rasa letih bila fikirkan perasaan orang. Risau orang ni sentap. Risau orang tu tak nak bertegur sebab aku. Serius bila menulis rasa tersekat idea.

Sebab memikirkan hati orang. Aku risau ada yang teasa dengan aku selama ni. Bukan aku tak tahu. Ada yang kata pura-pura baik kat blog. Aku tak tahulah. Takkan korang nak aku cerita buruk pasal aku sepanjang masa? Aku bukan baik mana. Tapi sedang mencuba berubah menjadi lebih baik.

Selalu aku akan kata sama-sama renungkan. Sama-sama muhasabah diri. Bukan untuk aku sekali ke tu? Kalau aku jahat tak semestinya aku tak layak nak nasihatkan orang. Selagi ada daya, nasihat tu tetap akan berterusan. Walaupun kisah silam aku macam manapun, salah ke aku nak salurkan apa yang aku tahu melalui penulisan?

Bukan bajet baik. Tapi sedang melatih diri menjadi lebih baik. Salah ke? Risau aku orang menganggap aku macam hipokrit. Bajet tau semua. Bajet islamik padahal reliti tak pun. Aku terima je teguran orang. Aku bukannya cakap aku baik kan? Tak pernah aku nak agungkan diri. Sebab aku tahu banyak aku kena perbaiki. Sebab tu aku suka baca blog kawan-kawan sebab nak tambah ilmu. Kalau aku bagus sangat, lama dah keluar buku. Buat apa buat blog cikai. Orang bukan kenalpun. Hurm inilah yang aku risau. Tegurlah aku kalau aku yang salah :-(
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

Nong Andy said...

yang baik dari tuhan..
yang buruk tu dari kita..

berpesan2lah walau sepotong ayat..
yang baik itu kita sebarkan bersama-sama.. mana yang menerima tu alhamdulilah..

mana yang tak mahu terima tu moga tuhan saja yang menentukan bahagian untuk dia :)

*Kita berusaha jadi lebih baik.. terkasar bahasa tu perkara biasa kan kita ni manusia biasa :)

Anonymous said...

ELAkkn MNgumpat & Yg SEMaksud DGnNya, TAKot2 Nanti HABis PAhala AMaL KitA KEne SEdut. Hehe.. INgatan BRsama :)

K said...

hai, saya sedih

Dayang Deno said...

muhasabah diri dengan membaca entry ifah kali ni....

Shiema Sufian said...

Kita semua berusaha untuk menjdi lebih baik, manusia tak sempurnah. Memang lumrah untuk dikritik, kerana bukan semua orang menyukai kita. Apepun, Allah tahu segalanya (:

reenapple said...

Ah... kau sama macam aku. Aku pun risau juga kalau ada kawan-kawan aku tahu aku punya blog.. heheh.

Tapi bertullha,.. memang enat nak jaga hati orang. Nak fikir apa yang diorang fikir tentang kita bila bca enulisan kita. Aku pernah alami... dan trust me it's hurt more than you expect..

tapi.. menulis itu menenangkan aku. Sekarang aku dah tak kisah dah apa yang orang akan kata... Asalkan ia membuat aku gembira. =)

*eh panjang pula. Harap kau selalu gembira.. jangan fikir apa yang orang nak kata tentang kau. Yang penting kau buat apa yang menenangkan kauy.=)

Kira Sakura said...

pedulikan apa org nk kata.. janji kita tau apa yg kita buat tue betul...

aamalinaazman said...

kak ngah syg
nape ni
opah ase cm kak ngah ade prob je bile bace ni
huhuhu
opah ade 2 tinge di sini utk mndgr ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers