CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Beribu sesalan

Dalam keserabutan fikiran dia membuat keputusan. Terburu-buru bagi orang lain. Tapi tidak baginya. Dia mahu melepaskan segala beban yang ada. Dia terlalu memikirkan masalahnya hingga tegar memilih penyelesaian yang mengejutkan. Dania Natasya tak mahu berfikir panjang. Segala kekusutan harus diselesaikan. Dia mahu bercerai.

“Kau gila Dania!” Syafinaz menyinga. Belum pernah sahabat baiknya mengamuk sebegitu.
“Aku masih waras. Aku tak mampu bertahan dengan keserabutan ni. Aku letih Finaz. Letih sangat…” Air matanya berderai.

Syafinaz memandang cuma. Dia tahu kesulitan sahabatnya. Namun, tiada apa yang dapat bantu. Dia tetap tak bersetuju dengan cara terburu-buru Dania. Baginya masih terlalu awal untuk menjadi janda. Terlalu berat gelaran itu untuk seorang wanita. Ke mana pun serba tak kena. Lebih-lebih lagi yang cerai hidup. Mulut takkan berhenti mengata. Dia tahu hakikat itu. Sebab dia juga mangsa penceraian. Dia tahu keadaan emaknya sehinggalah kini sama.

“Kau kena fikir baik-baik. Walaupun kau dan dia tak ada anak, kau kena fikir status kau nanti,” Syafinaz masih trauma dengan apa yang telah ayahnya lakukan. Dia tak mahu peristiwa itu berulang lagi. Cukuplah emaknya dan dia punya pengalaman ngeri melalui liku-liku kehidupan. Dia benar-benar serik.

Xxxxx

Nasir diam. Dia tahu keluarganya menanti keputusan. Namun, dia gagal menemukan keputusan tepat.
“Sekarang kau cakap dengan abah. Kau nak apa sebenarnya?” Rahim masih berang. Mana tidaknya anak lelakinya menconteng arang ke mukanya. Isteri ada tapi masih mencari yang lain. Yang tak direstui sejak dulu.
“Saya tak tahu bah. Dania yang suruh saya cakap. Dia tak nak ikut datang,” Berat dia nak mengatakan salahnya. Dia yang bermain api. Dia tahu segalanya terbongkar. Isteri mana yang tak marah. Biarpun Dania sentiasa dingin dengannya. Itupun atas permintaannya sendiri.

“Kau jangan nak putar belit. Dania tu takkan buat kami macam ni. Dia budak baik. Abah pinangkan dia sebab nak dia bimbing kau jadi manusia. Sekarang tengok? Kau nak lepaskan isteri sebaik dia? Kau ni…” Rahim menggigil. Geram hatinya. Amarahnya meledak.
“Abang dahlah tu. Kesian dia ni. Dia anak kita,” Qariah pula cuba menjernihkan keadaan. Keadaan serabut anaknya mengundang simpati. Bukan dia tak suka Dania. Tapi kalau itu yang mereka mahu, apa kuasa dia nak halang?

Xxxxx

Lelaki itu menyendiri. Begitu juga Dania. Dia tak kuasa berbual dengan lelaki itu. Ya, dia menjauhkan diri. Bukan untuk melukakan hati Nasir, suaminya sendiri namun menyelamatkan hati dari terus terluka. Sekali lagi mereka perlu sebumbung. Secara paksa rela. Bapa mertuanya tak sanggup melepaskannya pergi. Dalam tempoh sebulan mereka perlu usaha untuk berbaik semula. Dia letih memikirkan masalahnya. Masalah rumahtangganya sendiri telah membuat orang lain turut masuk campur. Dia masih ingat saat dia dipinang. Alasan lelaki tua itu mudah. Dania jodoh Nasir.

Dania tersedar dari lamunan yang jauh kerana terdengar ketukan pintu. Dia tahu suaminya yang mengetuknya. Siapa lagi kalau bukan Nasir? Dengan malas dia membuka sedikit pintu itu.

“Abang nak cakap sikit,” Dania tergamam. Abang? Tak pernah pun lelaki itu bahasakan diri abang. Malah beraku kau. Kahwin paksa konon. Ego menerima isteri bukan pilihan.
“Abang?” Ketawa sinis Dania. Lalu dia membenarkan suaminya masuk ke bilik tidurnya.
“Jangan perli abang. Abang tahu abang salah. Dania, we need to talk,” Serius nadanya.
“Saya rasa tak ada apa nak dibincangkan abang. Abang nak kahwin dengan siapapun Dania tak peduli. Yang penting kita bercerai. Yang keluarga abang tak terima kenapa? Abang kenalah fikir sendiri macam mana nak pujuk abah kan?” Dania berkata dengan tegas.

Dia malas mengambil tahu apa yang suaminya mahukan. Dia dah letih dengan semua lakonan. Kahwin tanpa cinta atas desakan keluarga. Atas dasar percaya pada keluarga. Dania turutkan. Malang sememangnya tak berbau. Nasir langsung tak mahu berikan peluang untuk dia menjadi isteri. 6 bulan dia umpama boneka yang dijadikan hiasan. Dia penat dengan kepura-puraan.

“Abang salah okey. Sekarang Dania nak abang buat apa? Kita takkan dapat bercerai pun,” Dania melepaskan keluhan.
“Kenapa?” Nasir tersenyum.
“Abang rasa abang dah jatuh cinta,” Dania pedih. Pedih dengan kenyataan itu. Sejak lafaz ijab dan kabul dimeterai. Dia sudah janji hanya cinta kepada suaminya sendiri. Namun, sungguh sakit bila bertepuk sebelah cuma.
“Abang jatuh cinta lagi? Kali ni dengan siapa pulak?” Dania malas melayan. Sakit. Sungguh sakit mendengarkan itu.
“Dengan Dania maybe,” Meletus ketawa Dania.
“What?” Masih bersisa ketawanya. Dipandang suaminya yang berwajah tegang. Mungkin sentap dengan ledakan tawanya. Tapi kenyataan yang diluahkan kelakar baginya.
“So, Dania ingat abang main-mainlah?” Bengang. Merah wajahnya.
“Bukan tak percaya. Tapi kan bang, please jangan buat lawak macam ni lagi. sakit perut saya. Takkan sebab abah halang kita cerai abang dah jadi macam ni?” Kembali serius. Dia membetulkan duduknya. Walau mereka suami isteri, rasa janggal tetap ada.
“Abang serius. Abang sedar abang tak layak kata macam ni. Tapi bila abah halang penceraian ni abang mula rasa bersyukur. Sebab penceraian kita dapat ditunda. Allah je tahu betapa seronoknya hati abang. Bila seminggu abang fikir kenapa abang seronok sangat baru abang sedar yang cinta abang untuk Dania. Isteri abang,” Dania kaget.
“Sorry abang. Cerita abang ni tak lawak langsung. Dania nak tidur. So please,” Pintu dibuka seluasnya. Lelaki itu keluar dengan rasa hampa. Bukan Dania sengaja. Namun, segalanya terlalu drastik. Macam novel pula rasanya.

Xxxxx

Dania, Nasir dan yang lainnya duduk di ruang tamu menanti hadirnya Rahim si bapa. Tempoh sebulan telahpun berlalu. Kini hanya tunggu masa mereka dengan lafaz cerai yang bersaksikan keluarga terdekat. Rahim kecewa.

“Semua dah ada?” Rahim duduk di kerusinya.
“Dah bah. Kenapa abang suruh kami balik kampung ni?” Nasaruddin bertanya terlebih dahulu.
“Hai perjumpaan keluarga pun kena ada sebab? Abah tahu semua busy. Tapi abah bukan saja-saja panggil. Ni semua kes adik bongsu kau, si Nasir dan bininya si Dania,” Suaranya tegas. Masing-masing diam.
“Kenapa dengan diorang bah?” Nabila pula mencelah.
“Kau tanyalah adik kau ni,” Qariah menyampuk. Kecewanya tetap ada.
“Kenapa Sir? Nia?” Seperti makcik kepoh pula lagaknya.
“Kami nak bercerai,” Nasir tenang menjawab. Isterinya tak memberikan kata putus. Luahan hatinya ditolak dalam diam. Dia tahu salahnya mensia-siakan wanita itu berbulan lamanya. Kini beribu sesalan sesak di dadanya.
“Tak bah, kak, abang. Kami tak jadi bercerai. Dania minta maaf menyusahkan semua. Abang Nasir tak salah. Berhenti dari salahkan dia. Kami bahagia sekarang,” Dania menjawab persoalan yang bermain di minda suaminya. Nasir sungguh terkejut.
“Kamu ni kenapa? Sorang kata nak cerai sorang kata bahagia je?” Rahim pula berang. Pening dengan sikap anak menantunya.
“Tak bah. Kami tak jadi bercerai,” Nasir tersenyum penuh makna. Kegembiraan jelas terpancar di matanya. Dia tahu dia tak layak pun diberikan peluang kedua. Tapi dia bersyukur sangat kerana Dania sanggup menerimanya semula. Setelah banyak kelukaan yang dia beri kepada Dania. Mereka yang lain hanya mampu tersenyum kelegaan.

Xxxxx

Dingin malam menghembus bayu. Sengaja dibiarkan pintu terbuka. Sejuk terasa di segenap tubuh. Dia selesa begitu. Umpama di awangan. Dania senyum sendiri. Bahagia!
Telefonnya berbunyi. Lagu yang berkumandang sudah dapat dia meneka siapakah gerangannya. Hatinya berbunga bahagia.

“Hello, assalamualaikum abang,” Senyuman sentiasa menghias wajahnya.
“Amboi laju angkat. Tunggu call abang ke?” Nasir senyum juga.
“Taklah. Tak tunggu call abangpun. Ni Nia tunggu Syafiq call,” Sengaja dia berkata begitu. Geram.
“Amboi, abang baru tinggal bini abang kejap je dah ada laki lain. Siapa Syafiq tu?” Cemburu pula hatinya.
“Syafiq? Entah Dania pun tak kenal,” Ketawa puas. Dia berjaya mengenakan suaminya.
“Sayang ni kan. Mengadalah Dania ni. Kalau abang ada kat sana, habislah Dania. Abang kejar sampai dapat. Geram!” Nasir terkena. Selalu dia yang suka mengenakan orang.
“Masalahnya abang tak ada kan?” Dania tersenyum puas.
“Apasal pulak tak ada. Abang nampak Dania duduk kat balkoni tu. Tak rasa nak buka pintu ke sayang oi?” Dania berkerut. Suaminya pasang spy ke?
“Apasal nak bukak pintu? Dah malam bang. Abang mana tahu Dania ada kat balkoni? Abang pasang mata-mata ke apa?” Cuak pula dia. Sudahlah bersendiri je di rumah mereka.
“Aah, pasang mata abang je. Sayangku Dania, I’m home. Bukak pintu sayang. Letih abang terjegat kat luar ni,” Dania blur.
“Bukan esok ke abang balik? Janganlah gurau macam ni bang,” Hatinya mula rasa seram sejuk.
“Apa pulak? Abang lupa bawak kunci. Bukaklah sayang. Nampak tak abang melambai kat bawah ni?” Letih pula dia menerangkan kehadirannya adalah benar belaka. Kejutan tidak menjadi. Dania memang selalu lambat faham dalam segala hal.
“Eh abang dah balik,” Talian di matikan. Langkah diorak turun ke pintu depan. Nasir hanya mampu menggeleng.
“Wahai Dania Natasya, mujurlah kau isteri kesayangan. Terima jelah seadanya,” Nasir berkata sendiri. Bahagia itu mengatasi segalanya. Biarpun beribu sesalan pernah singgah di hidupnya dulu, kini tiada lagi. Nasir cuma menyesal lambat menerima cinta tulus dari isterinya sendiri.
Cinta tak kenal siapa. Cinta bisa menyakitkan. Cinta bisa mengindahkan dunia. Cinta yang hakiki tentulah kepada Ilahi. Cinta manusia biarlah jadi jambatan menuju cinta abadi. Insyaallah!

Nota Iffah: Yang memula aku taip masa serabut. Lepas tu emosi hari ni okey pulak. Tu endingnya jadi lain. Aku tak sanggup buat cerita sedih. Hehe nama Dania Natasya tu nama anak akak kat sekolah. Budak 4 tahun yang comel sangat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

10 comments:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Haha. Serabut betul family ni. Tapi siok oh :D

Hanum said...

interesting..

Naniey TJ said...

good job... big clap 4 u

Nong Andy said...

cis..cis..cis.. (dgn muka jeles!)

buka jer.. dah keluar air. Paip air betul lah.. :)

* Sepak la seketul dua idea tu bagi aku iffah oi.. hehehe..

Woofer Storm said...

maaf...

reenapple said...

aku ingatkan endingnya sad sebab tajuk nya sedih.. beribu sesalan... last-last aku senyum je masa part last.. hehehe.

*aku pun tersenyum sinis masa Nasir ucap kata cinta pada Dania.. =)

QasehSuci said...

best iffah...mmg selalu cerpen iffah the best...slalu bagi idea utk Qaseh menulis...thanks fren...

Sunah Sakura said...

sweet..rasa macam I pun jenis lambat faham macam Dania kot no?

Kira Sakura said...

auwwww suwit suwit... x suka cerai2 nie.. biasanya ego lelaki mmg lmbt turun tp ego perempuan senang nk cair..

*mcm akak yg slalu blur dgn suprise pakcik tue* siap blh tnye2 lg..hihihihi

CikUna said...

wewit.. tabik lor kat Dania tu.. hehe sangat2 sabar.. Semoga diriku juga diberi kesabaran yang tinggi Amin..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers