Mungkin orang selalu marah. Kenapa diam? Kenapa tak nak terus terang? Kenapa selalu pendam. Kau kan ada sahabat. Yang rela nak tolong kau. Kenapa sembunyikan rasa itu sendiri?
Ada orang lebih suka memilih diam. Kadang diam membinasakan diri. Kadang dia menjerumuskan diri ke kelukaan. Tapi lebih rela diam demi kebahagiaan orang. Seandainya berkata benar itu menyakitkan, kadangkala kita perlu memilih untuk diam. Supaya hati yang kita sayangi tak lagi disakiti.
Diam ada baik dan buruknya. Hati-hati takut diri kecewa sendiri. Hati-hati kerana diam boleh jadi musuh diri. Hati-hati kerana diam, yang jadi mangsanya kita sendiri. Hati-hati wahai hati yang lebih suka mendiamkan diri bimbang sendiri disakiti lagi. Hati-hati!
Published with Blogger-droid v1.7.4
13 comments:
diam tue indah bila kena masanya ... :)
Klu diam tu lg baik kpada satu individu, terserah la.. Bg sy, thap org mcm ni, ksabaran dia mmg tinggi. Ikut pngalaman hidup.. Hmm.. Sifat pendiam ni mmg jauh dgn diri sy...
diam bila situasi inginkan kita diam.. Usah diam bila bertujuan untuk mem-protect diri. :)
aku rasa macam kau tulis tentang aku je. heheh. Yaa.. aku jenis yang suka diam bila aku ada masalah. Hehhe. Aku tak suka kawan-kawan aku tahu aku ada masalah. Entah.. bai aku kalau aku luahkan masalah aku pada diorang, ia ibarat menyusahkan// hehehhe.
aku cuba berhati-hati dengan sikap diam aku ni.. hehehe.
lebih baik diam jika bila bersuara cuma menyakitkan hati mereka yang tidak bersalah..
#selmat malam miss ran..
diam itu menyakitkan,diam jg memberi beribu tanda tanya kekadang :)
dalam sesetenah keadaan, diam itu sangat perlu :)
emmmmm
kalau opah diam cm ne agaknye eh
kekekeke
#selamat makam miss iffah, kekeke :p
diam kalau tiada keperluan..
luah jika tak sanggup pendam..^^
erk... deno lebih suka diam takut2 ada orang hatinya jadi kecil pulak..
diam kadang2 perlu dari bersuara (^____^)
Ahahaha.. mulanya kau hampir lupa kau ada cakap pasal diam tu kan?
Diam itu perit juga, bila ada sejuta kata-kata yg terpendam dlm hati tapi kita memilih utk diam. Bila kata-kata mungkin akan menyakitkan hati. diam lebih baik rasanya.. masa adalah ubat paling mujarab utk merawat luka :)
assalamualaikum iffah...berdiam diri untuk sesuatu yg baik digalakkan tapi kekadang tu terasa juga dihati...:)
Post a Comment