CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Alahai Anon

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca sekalian. Termasuk ANONYMOUS sahabat saya tu. Cerpen ni khas untuk semua.


Seperti biasa aku sibuk dengan duniaku sendiri. Bukan tak suka bergaul dengan orang lain. Cuma aku lebih gemar di sini. Di blog tercinta. Banyak yang aku tak dapat luahkan di luar, aku luahkan di sini. Aku bukanlah seorang yang ramah. Lagi-lagi kalau pertama kali berjumpa. Boleh kelu lidah tanpa kata. Bagai dizip mulutku. Aku hanya ingin berblog dan inilah hobiku.

Ramai yang bantah. Kata tak ada faedah. Tak ada punca pendapatan pun. Sia-sia. Bukan boleh percaya dunia maya ini. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku suka berblog. Itulah kepuasan aku. Salah satu cara aku lepaskan segalanya melalui penulisan.

“Oit berblog lagi?” Aku berpaling.
“Aha, lagi mahu tanya ka?” Aku membaling bantal berbentuk tulang ke arahnya. Nabila ketawa. Sasaran aku tak mengena. Cis!
“Kau sibuk ni apasal B?” Aku tak puas hati. Saja nak dengki dengan akulah tu.
“Aku bukan apa. Kau asyik dengan blog kau je. Aku bosanlah. Jom keluar!” Nabila atau B menarik-narik hujung bajuku ala kanak-kanak yang menginginkan sesuatu. Aku naik rimas. Gedik semacam perangai sahabatku seorang ni.
“B, kau ni kena sampuk ke apa? Bajet comellah tu buat macam ni?” Aku menyindirnya. Dia sedikitpun tak terasa. Malah ketawa berdekah-dekah. Aku juga begitu. Akhirnya, aku turutkan juga. Laptop dibiarkan saja terbuka. Aku malas. Segera aku mencapai tuala dan mandi terlebih dahulu. Kami sudah lama berkawan. Jadi aku tak suka menghampakan permintaan orang lain. Mungkin itulah cara aku bersahabat.

Xxxxx

Aku terus membuka web kegemaran aku iaitu blogger.com. Emel dan kata laluan tak perlu dimasukkan lagi. Aku sudah set supaya ianya terus saja boleh dibuka.

“Ah ada komen!” Aku teruja sebentar.
“Bak pepatah, tempat jatuh lagi dikenang. Boleh dilupakan ke? Ehe.. Dalam konsep REDHA kita kena terima sebab itu ketentuanNya. Kadang-kadang kebenaran itu amat pahit untuk kita terima. Tapi itulah kenyataannya sebab hidup tak semudah seperti yang kita sangka dan kata. Terbaik anggap ianya proses pembelajaran agar lebih berhati-hati pada masa akan datang :)” Aku terkedu. Panjang sungguh komen anonymous yang selalu meninggalkan jejak. Kadang aku pelik. Sebab isinya penuh makna. Orang yang komen ini bukan calang-calang. Aku kagum. Banyak lagi komen sebegini.

“Amboi ayat bukan main lagi. Siapa punya komen tu beb?” B menyampuk entah dari mana munculnya.
“Entah. Anon. Aku tak kenal. Tapi dia rajin baca blog aku dan komen tau. Panjang berjela selalunya,” B angguk perlahan. Aku senyum.
“Kau tak kenal?” Nabila sengih nakal. Aku mula mengagak apa yang dia fikirkan.
“Kau jangan merepek!” Aku cepat-cepat sangkal. Bukan dia! Bukan dia si Anon itu!
“Kau tak tahu kan. Jadi tak salah kalau aku agak siapa dia?” Nabila seakan memahami gerak hati aku. Mungkin aku terlalu mudah diagak.
“Aku tak tahu. Dan aku tak nak ambil tahu pun pasal Anon ni. Anggap jelah dia pembaca setia. Cuma aku rasa baik dia ada blog. Dia punya idea not bad. Selalu bagi komen yang memberangsangkan kau tau?” Nabila senyum lalu duduk di sebelah aku. Bahuku ditepuk.
“Maybe dia orang yang kau kenal,” Aku terpinga-pinga. Aku ditinggalkan sendiri. Aku buntu. Adakah dia orangnya? Adakah? Aku makin rungsing memikirkan si Anon. Terlalu sukar menyelesaikan masalah ini. Apa perlu aku buat? Aku meraup muka perlahan dan bersandar ke kerusi. Aku bingung kini. Semuanya gara-gara si Anon!

Xxxxx

Aku buat keputusan untuk membuat entry tentangnya. Ya, tentang Anon. Harapan aku cuma satu. Mahu cari tahu siapa dia disebalik Anonymous itu. Itupun seminggu berlalu. puas ku cari jalan. Ada juga aku tanyakan di laman sosial muka bukuku. Tanya pendapat yang lain. Semua sepakat menyuruh buat entry. Dan inilah hasilnya.

Aku sering melihatmu
Ya, lihat Anonymous itu
Sering berlegar di blogku
Lantas memberi impak kepadaku

Aku ingin menegurmu
Menanyakan namamu
Bertanyakan siapa kamu
Apakah jantinamu

Kau Anon yang ku tunggu
Tiap kali kau biarkanku
Dengan sedikit cetusanmu
Makin aku kepingin tahu

Aku mahu kau beritahu
Siapa kamu disebalik anon itu
Sungguh bernas katamu
Aku ingin menjadi sahabatmu

Lantas aku tekan butang publish post. Lega sedikit. Kini hanya menanti balasan dari dia. Aku tak tahu kenapa aku memilih untuk membuat puisi. Aku tak tahu nak mengarang ayat terbaik buatnya. Sifat ingin tahu aku semakin tinggi peratusnya. Semua kerana Anon!

Xxxxx

Aku teringat kata-kata si Anon yang mengganggu ketenangan aku di ruangan komen blog.
“Anggap saja yang kita sudahpun bersahabat (Perasan pulak si Anon ni) :) Untuk perkongsian bersama, seorang sahabat ada berpesan kepada saya. Sabar itu adalah ibu kepada ilmu, tanpa sabar setinggi manapun kedudukan kita atau setinggi manapun ilmu kita, nescaya kedudukan kita atau setinggi manapun ilmu itu sia-sia. P/s: Terima kasih kerana sudi menjadikan saya sebagai salah seorang sahabat anda (Perasan lagi sekali) Ahaks :)”

Aku pandang dia di depanku. Dialah yang disebut-sebut oleh Nabila sahabatku. Aku senyum. Lelaki itu juga tersenyum ke arahku. Ya, Anon yang sentiasa meninggalkan komen panjang dan penuh makna. Siapa sangka jodoh kami ada? Lama tak berjumpa dengan dia. Tak sangka kemunculan Radhi sebagai Anonymous membuatkan kami semakin akrab. Hinggalah ke alam perkahwinan.

“Kenapa pandang abang macam tu?” Aku tersenyum lagi. Aku paut lengannya. Kepala dilentokkan perlahan di bahunya. Anon yang dirindui selama ini.
“Amboi manjanya isteri abang. Kenapa ni?” Aku hanya mampu menggeleng. Dia mengusap kepalaku perlahan.
“Mesti ada yang tak kena kan sayang?” Romantis sekali nadanya. Aku mengangkat muka.
“Mana ada apa-apa,” Cuba mengelak darinya. Aku bangun dari sofa yang dikongsi kami berdua sedari tadi.
“Abang kenal isteri abang. Abang setiap hari stalk blog sayang tahu? Jadi tak ada talian hayat selain ceritakan kat abang. Apa yang Aisyah fikirkan?” Aku terkedu. Dia begitu memahami aku.
“Abang...” Aku sebak tiba-tiba.
“Hei, jangan nangis. Manja betul isteri abang ni. Sikit-sikit nak touching,” Dia memerliku. Laju je jariku mencari mangsa. Cubitan mengena di lengan suamiku.
“Aucch sampai hati kan?” Lantas aku ketawa. Dia juga.
“Sini sayang. Jangan lari,” Aku dan dia berkejaran dalam bilik. Lelah. Kami akhirnya duduk semula.
“Abang, letihlah,” Aku mengadu perlahan. Lelah dilepaskan.
“Jangan tukar topik. Cepat cakap tadi fikir pasal apa?” Aku menepuk dahi. Masih berusaha lagi. Aku senyum.
“Taklah. Saya teringatkan si Anon yang selalu komen kat blog saya tu. Tak sangka dari Anon, jadi sahabat. Dari sahabat jadi…” Aku tak jadi bersuara. Suamiku tersenyum manis. Aku cair!
“Jadi suami!” Dia ketawa senang. Aku juga. 

Akhirnya, selesai sudah teka-teki melanda jiwaku beberapa bulan. Anonymous yang sentiasa berlegar menjadi misteri yang menarik perhatian aku. Bukan aku saja. Malah kawan yang lain. Siapa sangka Anon itu seorang lelaki dan juga ada menaruh hati padaku? Yang penting semuanya berakhir. Aku bahagia. Kehadirannya bagai angin, menyapa lembut tapi kesannya terasa hingga kini. Moga bahagia ini milik kami selamanya. Maka tamatlah kisah cinta aku, si penulis dan suamiku, Radhi si Anon.

Nota Iffah: Akhirnya aku muncul dengan cerpen. Kali ni santai je. Sebab otak fikir nak exam. Study tak jugak. Oh ya, kisah Anon belum selesai. Yang penting aku reka je endingnya. Jangan ingat betul-betul pulak. Sebab aku yakin Anon tu perempuan. Kan Cik Anon kan? Rajin awak komen. Terima kasih untuk komen-komen tu. Ini cerpen tanda persahabatan kita berdua wahai Cik Anonymous =).

13 comments:

Nyamuk Terbang said...

wah so sweet

aDisH.sHidA said...

kalau akhirnya mcm tu best jugak...sweet je rasa ada kenangan yang terindah boleh di ingat selalu bila bersama

reenapple said...

auwww... aku nampak nama aku di situ.. kekeke. Nak perasan aku jap.. hehehehe.

macam biasa... aku baca sambil senyum-senyum... dahlah aku baru lepas makan aiskrim.,.. mood sweet aku makin bertambah.. hehehe.

Err... bagus juga idea kau ni.. teheheheh, Buat cerpen semata3 mencari Anon itu.. kekekke.

Tapi kan macam mana kau tahu Anon tu CIK??? Heran aku... heheheh.

Anonymous said...

amboi kak iffah..tgh final pun smpat ag yerk wak cerpen. tau la paper sket.pape junior paper sampai 5 neh berdarah nak menjwab. release sket blh bca cerpen neh. tq

>>k<<

-eim- said...

cik anon pon,kalau dah jodoh..
ada la...^^

Nong Andy said...

menyempat lagi kamu bercerpen ye iffah... exam ye? aku doakan semuanya cemerlang :)

Elly Jade said...

UHHUUUUKKKKKKK....
untungla dpt suami anon :p

Hanim Irsyad said...

hehe. kalau da dye jodoh, bagus laa.

Unknown said...

sapelah agaknya anon tuh ye

Anonymous said...

BELum Fikir Nk JADi PEREMpuan LAGi :)
By THe WAy,TERimakasih BUat SAya SENyum DENgan CERpen Ni..
SELAmat BERULangKAji.
MOga iMPiAN iNGiN JADi CEkgu CEMERlang TERCapai..
P/s : MiNTa MAAF,dATAS KOmen2 Yg PANJang :)

Anonymous said...

Ptot kah sy juga mengulas setiap cerpen kamu sbg anom agar kamu keliru bila muncul dua org anom di setiap entri kamu?

Btw,so sweet...=D

Kira Kekuri said...

best sangat cerpen ni. :DD
ohh sya kenal sorang kwan je yg rajin jadi anon.

Kira Sakura said...

kalau realiti nya ending cm tue pun suwit jugak rasanya..hihihih

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers