CORETAN TERBARU NADH

Part 15: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai, ini sambungan kolaborasi dua penulis. Boleh cari di widget sebelah kanan anda. Terima kasih sudi membaca. Jangan lupa beri kritikan terhadap hasil kami berdua. Selamat membaca =)



“Ya Allah!” Lelaki dan perempuan tua meluru ke arah doktor. Adilla terperanjat. Barangkali inilah keluarga Shahir.
“Doktor, anak saya mana? Doktor!”
“Sabar Nah. Bawak mengucap,” Si suami menenangkan.
“Anak puan koma. Kesan hentakan terlalu kuat. Namun, luaran tiada kecederaan. Kami akan buat x-ray di bahagian kepala,” Doktor memandang Adilla. Isyarat yang sukar difahami.
“Dia ni siapa?” Zainah memandang jelik.
“Tiada siapa. Hanya keluarga kepada pesakit,” Doktor meminta diri dan melangkah pergi dengan harapan tak mahu ada perselisihan faham.
“Kau siapa? Kenapa kau ada sini?” Dia masih tak berpuas hati. Adilla cuba menjawab namun di tahan Rasyid.
“Maaf, kami pun sedang tunggu saudara kami di ruangan ini,” Wad kecemasan hingar sebentar menjadi senyap seketika.
“Tengok Nah. Awak ni, patut fikir pasal anak kita tu hah. Bertarung nyawa,” Nazli menenangkan isterinya. Rasyid senyum dan duduk bersama Adilla di kerusi.

Xxxxx

“Uncle, bangun,” Adilla berhati-hati. Minuman di tangan diletak perlahan. Kesian sungguh melihat Uncle Rasyid keletihan. Sudah dua hari mama duduk di wad. Dua hari jugalah Uncle menjaga sebelah siang. Malam pula Adilla.
“Ah Ila sampai. Maaf uncle terlelap,”
“Uncle Ila belikan air. Uncle minumlah,” Terus Rasyid tersenyum. Dalam hatinya tak henti mengucap syukur.
“Ila…uncle nak ucapkan terima kasih. Uncle ermm…sebenarnya…” Adilla menanti penuh sabar.
“Tak apalah Ila. Lupakan. Ila dah minum?”
“Uncle nak cakap apa dengan Ila tadi?”
“Tak ada apa yang penting. Eh Shahir macam mana?”
Adilla tak segera menjawab. Dia tak boleh mendekati ICU langsung. Sentiasa ada yang menanti Shahir di luar.
“Entahlah uncle. Tak dapat jenguk lagi,”
“Sabarlah. Nanti kita pergi sama. Mungkin mereka akan benarkan,” Adilla merenung Uncle merangkap bapa tirinya dalam. ‘Tulusnya hati lelaki tua ini.’

Xxxxx

“Shahir mana?” Amani menangis.
“Aku tanya ni!!!”
“Amani tak tahu. Tiba-tiba dia marah lepas tu…”
“Aku tanya lagi sekali mana Shahir. Kau perempuan tak guna! Kau buat apa dengan kawan aku?” Iskandar jerit.
“Is, sabar. Kita gaduh kat sini bukan boleh sihatkan Shahir,” Zaki menenangkan Iskandar. Amani terduduk.
“Abang Ir kenapa? Dia tak sakit kan? Tolong bagitau Amani. Apa jadi???” Tangisan makin kuat. Sesalnya tak berkesudahan. Sejak dua hari dia mencari Shahir namun gagal.
“Kau cakap dengan aku, kenapa Shahir macam ni? Kenapa dia boleh ada ketumbuhan kat otak? Kau cakap sekarang!!!” Iskandar menyinga. Amani menangis tak keruan. Terkejut benar dia.
“Apa Is? Abang Ir sakit? Masa Amani jumpa dia, dia sihat je. Dia kat mana? Bagitau Amani,” Dia merayu.
“Shahir accident. Ada darah beku kesan dari hentakan kuat. Sekarang dah tiga hari dia koma,” Zaki menerangkan kepada Amani.
“Zaki, Amani yang salah. Is memang salah Amani. Ya Allah berdosanya aku!!!”
Iskandar dan Zaki saling berpandangan. Mereka mahukan jawapan dari Amani. Kisah itu diceritakan dari awal hingga akhir. Iskandar bengang. Ingin saja dia menumbuk Amani.

Xxxxx

"Ya Allah, kau selamatkanlah dia ya Allah! Kau mengujiku. Kau beri aku bahagia sebentar cuma. Namun aku redha. Kau selamatkanlah dia ya Allah. Belum sempat kami menyemai rasa cinta...kau..." Doanya terhenti. Dia menangis di atas sejadah. 

Dugaan ini sangat berat baginya. Dia perlukan Shahir sama banyak dia perlukan kasih sayang mamanya. Sekarang keduanya terlantar. Tak bermaya. Dia pula makin lemah semangat. Jika ini takdirnya, dia redha. Mata terpejam. Adilla keletihan yang amat.

Ps: Dia menanti sambungan ini...

5 comments:

Areyoudys said...

as salam..
sambungan 16?novel bersiri ke cerpen?


menarik. ada dua kolaborasi =)
kena baca dari mula.huhu

Nong Andy said...

wow... laju jer idea datang Iffah :)

aamalinaazman said...

shahirrrrrrr

wuwuwuw
opah plak yg sedih
hehehehee

Kira Sakura said...

owh ade ketumbuhan...

nie msti ade cinta terlarang nanti nie.. :p

Cik Pulau said...

wuwuuwu..

baru nak ngaku salah.. ehmmm..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers