CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Uniknya cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku tunggu kau saban waktu. Kau tak pernah tahu yang aku sebenarnya sukakan kau. Kau butakan mata melihat semua hint aku. Aku cakap aku sayang kau. Tapi kau buat tak tahu. Kau mungkin anggap aku hanya bergurau. Aku letih dengan semua ni. Setiap hari aku tengok kau dan dia bermesra. Aku cemburu. Aku akui tentang itu. Sampai sekarang aku masih cintakan kau dan kau tak sedar. Kau ambil berat seoah bukan kau punca jiwa merana. Hah persetankan semua. Aku letih bertepuk sebelah tangan begini. Aku letih.

Diary onlinenya ditutup setelah luahan kata-kata dimuatkan. Blog peribadi di pandang sepi. Dia sedih. Tak tahu mana nak luahkan. Blog menjadi peneman setia. Setahun dia sukakan lelaki itu. Setahun jugalah blog itu wujud. Malangnya lelaki itu tak pernah tahu walaupun dia pembaca setia.

‘Argh! Aku bosan dengan perasaan sendiri’ Getus hatinya.

Xxxxx

“Mak, ayah orang balik minggu ni,” Humaira riang. Cuti hujung minggu pasti dihabiskan di rumah keluarganya. Maklumlah orang bujang.

“Baliklah, macam tak biasa pulak,” Mak ketawa.

“Kakak balik? Abang?” Terujanya dia. Tak tahu kenapa. Rasa seronok lebih dari biasa.

“Balik. Hujung minggu ni kan ada sepupu kahwin. Lupalah tu,” Mak mula membebel. Humaira tersenyum. Tahu perangai maknya yang pentingkan saudara.

“Baik. Orang malas nak pergi,”

“Hah jangan mengada. Wajib pergi,”

“BAIK!” Ketawanya berdekah. Mak seperti biasa. Blur 24 jam.

Xxxxx

“What?” Qaireen terkejut.

“Seriuslah, aku dapat call. Diorang nak datang malam ni. Kau datang rumah parents aku sekarang jugak eh?” Humaira cuak.

“Okey, kau rileks dulu. Jangan serabut otak,”

“Yelah aku tau,” Muram.

“Eh aku kena melawa tak ni? Pakai baju apa weh?” Qaireen excited.

“Kau ni aku tengah pening kau boleh buat lawak,” Keduanya ketawa.

Xxxxx

“Jadi kira setujulah ni?” Kata seorang wakil. Humaira di belakang berpeluh. Tak senang duduk. 
Macam ni rasanya dirisik.

“Baguslah. Benda baik buat apa nak lengahkan. Lagipun dah kenal. Ye tak?” Semua angguk 
dan tersenyum.

“Kalau macam tu bila majlisnya?” Kata seorang lagi. humaira tahu lelaki itu hanya ada ayah kerana maknya dah meninggal dunia.

“Bulan 12 ni boleh? Senang sikit kerjanya. Kita tunangkan dulu,” Humaira terasa nak pitam. Terus dia bangun dan masuk ke bilik.

“Hah yang ni siapa?” Qaireen termangu. Diakah?

“Oh ini kawan baik Maira,” Mak sudah terangkan. Humaira pelik.

“Oh siapa namanya? Dah ada calon?” Qaireen buat blur. Malas dia melayan. Perlahan dia bangun dan ke bilik setelah melemparkan senyuman.

“Belum lagi. Diorang ni kawan dah lama,” Ayah pula menyampuk. Humaira ketawa perlahan. Giliran sahabat baiknya pula diperkata.

“Kami ada calon kalau dia sudi,” Ketawa memenuhi ruang. Qaireen bengang.

Xxxxx

“Reen baik kau tolong aku,” Humaira pening.

“Tolong macam mana? Dah solat istikharah?”

“Dah, tak ada tanda apapun,”

“Aku suka jugak kalau kau dengan dia. Masalahnya diorang nak carikan jodoh untuk aku pulak. E tak sukalah,”

“Kau ni. Okey apa? Boleh kahwin sama-sama,” Sengih.

“Jangan mengadalah. Aku tak suka orang aturkan hidup aku,” Qaireen geram.

“Ala kau ingat kau sorang? Tolonglah, aku suka dia lagi,”

“Dia? You mean lelaki yang setahun kau suka tu?”

“Aahlah. In fact aku masih tunggu dia,” Humaira mengeluh.

“Kau ni. Serius aku tak faham. Kenapa tak terus terang je?”

“Aku tak nak ganggu kebahagiaan diorang,”

“Aku malas nak campur. Kau fikir bebaik. Solat dan minta petunjuk,”

Humaira terdiam. Dia makin buntu.

Xxxxx

“Ya Allah jika dia benar-benar jodoh aku. Bukalah pintu hatiku untuk terima dia,” Dia meraup 
wajah. Letih memikirkan masalah jiwa.

Dibukanya diary onlinenya. Komen dari Haire lelaki pujaan setahun lamanya.

You jangan seksa diri. Confess jelah.

“Eh dia ni macam tahu-tahu pulak aku suka dia,”

Telefon berbunyi. Ah si dia yang merisik.

“Hello,” Humaira malas menjawab sebenarnya.

“Assalamualaikum,” Terkena sedas.

“Waalaikumsalam, ye ada apa call?” Humaira menyampah. Rasa meluat pula menjawab panggilan. Memang sebelum ni mereka berkawan. Tak baik manapun. Tapi pelik tetiba dirisik lelaki yang belum cukup dikenalinya.

“Awak, saya nak ajak keluar esok. Cari barang sikit,” Hafiz mengendurkan suara.

“Hurm urgent ke? Kena tanya mak ayah saya dulu,” Humaira mengelak.

“Dah, diorang benarkan. Esok pukul 10 saya jemput,” Talian dimatikan selepas salam diberi. Humaira stres.

Xxxxx

Sebulan berlalu. Dia telahpun jadi tunangan orang. Gembira? Ya. Berkat doa tak putus-putus Humaira dapat petunjuk. Hatinya mula rasakan sesuatu. Cinta boleh dipupuk. Cuma kita perlu bukakan hati menerima.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumsalam, kenapa?”

Humaira masih malu-malu.

“Ada kat rumah tak?”

“Ada, nak datang ke?” Ketawa Hafiz.

“Taklah tanya je,” Humaira geram.

“Datang jelah. Kakak ada ni,” Hafiz serius.

“Boleh?”

“Apa pulak tak bolehnya? Awak kan bakal isteri saya,” Humaira sudah merah mukanya.

“Er tak jadilah. Ingat nak hantar kuih. Tapi…”

“Datanglah, saya suka kalau awak datang,” Hafiz mengharap.

“Tengoklah, assalamualaikum,” Sengaja dia mengenakan Hafiz. Suka buli perasaan dia.

Xxxxx

Indahnya menjadi tunangan orang. Awak, saya dah ada yang punya. Hati saya telahpun dimiliki oleh orang yang sebetulnya. Cinta awak dan saya terkubur selamanya. Saya tahu takdir menentukan semua. Tak guna harap cinta pada yang tak sudi. Dengan ini, saya melepaskan awak pergi. Cinta kita takkan mungkin bersatu.
Oh ya, saya kahwin 12.12. 2012 nanti. Jemputlah =)

Bahagia akhirnya milik dia. Humaira masih dalam proses mengenali Hafiz. Cinta boleh dipupuk sebenarnya. Bergantung kepada kita bagaimana nak mengendalikannya. Cinta ini akan terus bersemadi dan terus dijadikan medium mencari cinta Allah. Tamat.

Nota Iffah: Ini berdasarkan cerita betul. Tak sangka rupanya ada juga kisah risik merisik tanpa bercinta. Apapun ambil iktibar. Cinta oh cinta.

Ps: Sangat harap dia baca.

10 comments:

MerLe said...

cerita yg menarik... =)

reenapple said...

nice story.

betulla.. cinta tu unik.. kadang3 orang yng kita tak suka, kita tak sedar tu la jodoh kita.

p/s-bestnya kalao kisah cinta macam ni..=)

aamalinaazman said...

aduhaii
sape nii kak ngaaahhh?
heee

haruslahh
kalo sudah cinta itu miliknya, lambat cm ne pon, mesti jadi milik dia =]

msredcheesecake said...

Kalau mak carikan jodoh jgn cepat menolak... Mana tau last2 suka... Hheee.... Doa yg terbaik je...

Nong Andy said...

Best.... sy suka true story hihihi...

Unknown said...

nice..

Ku Azhar said...

waaaa........sedih pilu pn ade T_T

Elly Jade said...

pemsan!! hahaaha

Luqeem™ said...

Best2! :D

fRaMe+LenSeS said...

ehemmmm.. LIKE. :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers