CORETAN TERBARU NADH

Bila nak menulis blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila nak menulis blog macam-macam kena fikir. Sunah dan Jiji berborak kat FB aku jadi perhati. Bila Sunah cakap kreatif tu kena ada kat blogger aku setuju jugak. Bila Jiji kata otak kena ligat cari idea. Aku setuju jugak.

Tapi aku nak tambah sikit. Menulis bagi aku bukan setakat ada idea, kreatif dan ligat cari idea. Menulis ni ikut hati. Hati? Apa tu? Tak faham ye? Maksud aku penulisan kita tu. Dari otak kita dapat idea. Dari hati kita luahkan setiap kata bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan.

Hati juga memainkan peranan penting. Bila hati dah tak nak menulis, boleh ke kita paksa? Walau idea bertimbun banyak sekalipun kalau hati kata tak nak macam mana? Nak paksa? Macam korang, bila tak ada mood menulis. Macam mana nak update?

Hati ke lain. Fikiran ligat mencari idea. Tapi siapa nak taipkan? Suruh orang? Aku masih yakin, hati sangat memainkan peranan penting. Ramai ada idea tapi hatinya menghalang dari menaip. Susahkan? Aku jenis ikut hati. Rasa ada idea dan hati berkobar terus je taip. Tak fikir apa dah.

Kalau tak ada idea sangat tidur. Rehatkan otak. Hati pun kena rehat jugakkan? Korang ada pandangan lain?

Ps: Aku tak nak cerita pasal dia dah. Aci tak?

14 comments:

Sunah Sakura said...

tengok..kan da kata da...dari perbualan di FB dan dari entri orang lain..maka akan dapat idea nak menulis.. :D

mas saari said...

hati + idea + kreatif + rajin! heheheeee..

K said...

tak payah cerita pon takpe.

siapalah dia tu pada cikgu kan.

Fasihah Supian said...

rajin pun penting gak.huk3

Anonymous said...

tak aci. 'p/s' tu dah macam trademark kot. penyeri perisian. kalau makan kuih, ia diibaratkan pemanis. :)

aamalinaazman said...

heeeeeee
kak ngaaahhh
ajar opah menulis cite ehh =]

Unknown said...

menulis ikut mood lah kan

msredcheesecake said...

Bila hati hilang mood, lena pandai pujuk....

maszull said...

assalamualaikum iffah...yer la menulis ni ikut moodkn mcm ckp Rozuan kat atas tu...kalau x ada mood x ada idea n x kreatif pun x guna gak semua x leh jadikn..:)

fRaMe+LenSeS said...

setuju. sebab Nadh selalu juga dapat idea tetiba. tapi memandangkan hati dan jiwa tak ada masa tu, kekadang tu topic tu terkubur begitu sahaja. tapi bila ada jiwa, macam jiran tau la, tgk entry jadi camne. kecik punya hal sampai berkoyan2 kuanya. hihihi

Unknown said...

engkau le yg betol

Faaein Talip Roy said...

menulis biar ada hati..
tapi jangan sampai ada yang makan hati..

peringatan untuk diri sendiri..
kerna dulu pernah dah buat orang terasa hati.. [-_-"]

Nong Andy said...

YA.... setuju sangat. Kalau xde hati nak update blog.. baik takyah update! BW lagi baik :)

Asyikin said...

heeeee, betul tu, kite menulis bila ada hati, bila ada hati, idea mencurah-curah nak dtg :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers