CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Semua kerana cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

“Apa masalah awak sebenarnya?” Iskandar bengang.
“Awak jangan pura-puralah. Mengaku cepat awak keluar dengan siapa? Lewat sangat baliknya. Awak ingat saya ni penunggu ke apa?” Maria seperti histeria. Jeritannya mampu memekakkan telinga si pendengar. 

Iskandar meletakkan beg kerjanya. Letih masih terasa. Disambut pula dengan jeritan isteri yang juga sahabat baiknya.

“Saya kerjalah. Nak bagi awak makan jugak. Awak ni tak habis-habis dengan cemburu. Saya letihlah macam ni!” Bibir diketap.
“Tipu. Cepat mengaku. Perempuan sundal mana pulak kau kelek hari ni? Mentang aku duduk rumah macam orang bodoh kau tipu aku ye?” Lebih kuat suaranya kedengaran.
“Ya aku ada perempuan lain. Aku dah tak tahan hidup dengan kau Maria. Cemburu tak habis-habis. Kalau macam nilah cara kau layan aku sebagai suami, aku tak teragak nak ceraikan kau!” Iskandar terus keluar dari rumah semula.

Keretanya dipacu laju. Iskandar bengang. Setiap kali pulang ke rumah begini jadinya. Kalau tak Maria yang keluar dari rumah pastilah dia yang akan keluar. Pergaduhan seperti rutin. Dia letih dengan semua ni. Dahulunya mereka baik. Baik sangat. Ke mana bertiga dengan Vivian, sampaikan tiada perempuan berani mendekat. Setelah berbincang berdua, mereka memilih untuk bersama. Dari persahabatan berubah kepada sebuah ikatan perkahwinan dengan rela.

“Maria!!!” Iskandar menjerit sekuat hati. Maria berubah laku setelah mereka bergelar suami isteri. Maria sememangnya kuat cemburu. Asal Iskandar mendekat dengan gadis pejabat pastilah Maria datang menyerang. Malah pernah satu ketika Vivian teman mereka berdua diugut bunuh. Padahal dahulu Maria, Iskandar dan Vivian berkawan baik. Entah apa yang mengubah Maria sebegitu rupa. Iskandar mengeluh mengenangkan Vivian yang telah pergi berhijrah demi keselamatannya. Persahabatan mereka terputus begitu saja. Kadang Iskandar menyesal berkahwin dengan teman baiknya sendiri.

Xxxxx

“Treeeeeetttttttttttt………….” Brek mengejut. Iskandar cepat-cepat keluar dari kereta.
“Maaf, awak tak apa-apa ke?” Lurut dan siku perempuan itu berdarah. Salah dia membawa terlalu laju. Iskandar meraup wajah.
“Sikit je,” Wanita itu segera ingin pergi dari situ.
“Eh biar saya hantar ke klinik. Luka ni kena cuci,” Gelengan wanita itu menimbulkan geram di hati Iskandar.
“Cik, dengar cakap saya. Saya doktor. Jom pergi klinik saya. Tolonglah jangan bagi saya rasa bersalah cik!” Tegas nadanya. Seklias wanita itu berpaling. Iskandar kaget. Terkejut. Setelah lama dia tak jumpa wanita itu. Kini tiada lagi uraian rambut panjang berwana keemasan. Yang ada cumalah sehelai tudung yang agak labuh dan suram warnanya.

“Vivian?” Melongo Iskandar saat wanita itu tersenyum dan menggeleng.
“Bukan. Nama saya Maya. Dr, terima kasih susah-susah nak hantarkan saya ke klinik. Tapi saya boleh cuci di rumah sendiri,” Maya menolak.
“Jangan membantah. Tolonglah Cik Maya. Saya yang salah sekarang ni. Lagipun wajah awak saling tak tumpah dengan kawan baik saya, Vivian. Anggaplah saya membantu kawan sendiri. Boleh kan?” Maya seakan tak mahu. Namun, darah pekat masih mengalir. Dia terpaksa mengalah. Dalam hatinya penuh debaran. Hanya dia yang tahu hakikat sebenar mengapa hatinya begitu deras.

Xxxxx

Maria mendengus geram. Akhirnya, surat cerai kini di tangannya. Lelaki yang bernama suami telahpun menandatanganinya. Hanya Maria yang belum.

“Bodoh punya jantan! Sanggup kau duakan aku!” Maria menjerit lalu menangis. Seperti orang gila. Rumah itu sepi. Tiga tahun mereka kahwin, namun mereka tak punya anak langsung. Malah, kasih sayang tak pernah wujud dalam rumah ni. Maria kecewa.
“Aku takkan menyerah Iskandar. Kau milik aku. Akan selamanya milik aku. Vivian atau sesiapa pun takkan dapat kau. Sebab kau memang milik aku seorang. Susah payah aku usahakan sampai kita dapat kahwin begini. Senang-senang kau nak lari dari aku? Jangan mimpilah jantan keparat! Kau tetap milik aku!” Hilai tawa Maria sungguh menggerunkan. 

Mujur saja tiada siapa di rumah. Dia ketawa dan air mata turun membasahi pipi. Dia cintakan Iskandar. Sangat-cangat cintakan Iskandar. Setiap perempuan yang mendekat pasti dia ugut. Pernah seorang junior kampusnya ingin meminta nombor telefon Iskandar, Maria mengugut untuk mencalarkan wajah mulus junior itu. Sampai sekarang sesiapapun tak berani dekat. Termasuklah Vivian. Vivian baginya hanyalah penghalang!

Xxxxx

“Assalamualaikum,”
“Waalaikummussalam, masuklah,” Debaran makin membara. Maya di situ tersipu malu. Rombongan lelaki telah sampai. Hingar seketika majlis itu. Maklumlah, masing-masing sibuk ingin tahu siapakah gerangan lelaki yang berjaya mengubah seorang gadis cina menjadi ayu begini.
“Boleh saya mulakan?” Tok Kadi sudah tak sabar lagaknya. Maya senyum. Begitu juga Iskandar.
“Aku nikahkam dikau dengan Maya Vivian binti Abdullah Gan dengan mas kahwinnya RM15,000 tunai,”
“Aku terima nikahnya Maya Vivian binti Abdullah Gan dengan mas kahwinnya RM15,000 tunai!”Dengan sekali lafaz mereka bersatu. 

Seharusnya dari dulu lagi mereka berdua begini. Namun, takdir menentukan segala. Cinta yang disemai dalam diam terhalang oleh agama dan persahabatan. Maria telah lama menghilang. Mereka sah bercerai. Iskandar tegar memilih Vivian setelah mengetahui yang Maya adalah Vivian dan Maya cintakannya sejak dari zaman universiti lagi. iskandar senyum meleret. Akhirnya, dia menemui bahagia pada hari ni.

“Berhenti!!!” Semua tetamu berpaling ke wanita berparang.
“Maria, apa kau buat kat sini?” Maria seakan dirasuk syaitan. Wajahnya bengis menuju ke Iskandar dan Vivian.
“Kau tanya benda yang kau dah tahu? Inilah perempuan yang merampas kau dari aku ye? Vivian? Bodoh punya cina!!!” Parang dilibas laju. Pantas saja Iskandar menolak Maya jauh.
“Kau milik aku Is. Kenapa kau pilih Vivian jugak? Kau tahu kan aku sayang kau?” Maria menangis pula.
“Maria, syhhh. Aku sayang kau. Tapi sebagai kawan. Kau dan aku tak seharusnya kahwin dulu. Semuanya satu kesilapan. Aku tersilap menilai hati sendiri. Maafkan aku!” Maria ketawa kuat.
“Kau kata satu kesilapan? Kau bodoh Is. Aku yang usahakan sampai kita kahwin kau tau? Aku yang halau semua perempuan yang datang semata-mata ingin bersama kau. Kau buta sebab kau tak nampak betapa sayangnya aku kat kau. Kau!!!” Sekali lagi parang dilibas. Kali ini mengena sasaran. Iskandar terjatuh. Darah pekat mengalir. Maria menangis. Maya juga.

Xxxxx

Pintu rumah terbuka luas. Iskandar duduk di situ memerhatikan keindahan alam. Jauh fikirannya menerawang.
“Sayang, kenapa ni?” Maya merenung jauh ke dalam mata suaminya.
“Sayu mengenangkan nasib Maria je,” Maya tersenyum.
“Abang masih ingatkan bekas isteri abang ye?” Iskandar menggeleng.
“Janganlah cemburu sayang. Isteri abang ni takkan dengan Maria nak cemburu jugak?” Iskandar risau.
“Taklah. Maya pun ingatkan dia. Apa khabarlah Maria sekarang? Dengar kata masih sama macam dulu,” Iskandar tiba-tiba mengalirkan air mata.
“Abang kenapa ni?” Maya kaget.
“Maya, abang suami tak guna kan? Tak patut abang tinggalkan Maria dulu…kalau tak mesti dia tak payah dirawat macam sekarang ni,” Hati Maya terusik.
“Abang nak kahwin dengan dia ke? Maya izinkan…” Maya segera masuk ke ruang tamu semula. Hati wanitanya benar-benar terguris. Siapa mahu suami sendiri memikirkan wanita lain?
“Sayang…janganlah merajuk,” Iskandar berusaha menggerakkan kerusi rodanya ke depan.
“Maya please. Abang tak ada niatpun nak kahwin dengan Maria balik. Abang cuma kesal sebab kita bertiga akhirnya begini jadinya. Abang yang harus dipersalahkan. Abanglah punca Maria jadi begitu. Abang memang tak guna!” Maya segera mendapatkan suaminya semula.
“Abang! Jangan cakap lagi. Maya salah. Maya tak patut cemburu dengan Maria. Abang, janganlah salahkan diri lagi. Abangkan tak sembuh lagi. kalau asyik sedih bila nak baik kakinya?” Maya memeluk erat. Tangisan mula singgah. Dia takut kehilangan suaminya. Dia takut kehilangan buat kali kedua. Luka di kaki suaminya agak parah. Parang berjaya meninggalkan kesan mendalam di bahagian betis lelaki itu.

“Abang maafkan. Abang nak cepat-cepat sihat. Kesian isteri abang, dah lama jadi puan tapi masih anak dara,” Iskandar mengenakan isteri kesayangannya.
“Eee tak malunya dia ni,” Maya melepaskan pelukan segera.
“Eh betul apa abang cakap?” Iskandar ketawa riang. Suka benar dia melihat wajah putih Maya atau Vivian berona merah. Comel sangat!
“Dahlah malas layan abang. Malam ni abang tidur jelah kat sofa bawah ni. Tak ada sesiapa nak tolong papahkan abang naik,” Maya mencebik bibir. Geram pula hatinya.
“Ala sayang…kesiankanlah abang ni. Takkan abang yang sakit kena tidur sini. Apa guna ada isteri kalau tidur sofa jugak? Sayang…”Iskandar berusaha lagi. Maya ketawa senang akhirnya.
“Tahu takut. Lain kali Maya tinggalkan je abang kat bawah ni. Tak padan dengan kaki sakit kan?”
“Taubat. Tak naklah. Buat penat kahwin dua kali kalau hidup macam orang bujang jugak,” Maya senyum. Dalam hatinya bersyukur kerana takdir menemukannya semula. 

Bukan dia memilih untuk merampas kasih Maria. Bukan niatnya merobohkan mahligai Maria dan Iskandar. Namun, jodohnya tetap dengan Iskandar. Kata hati tak dapat dielak. Cinta lama kini disemai semula. Cinta yang dulu mustahil kini tidak lagi. Maka Vivian terkubur bersama dosa dan sejarah hitam. Yang ada Maya. Gadis cina yang beragama Islam.

Bukan kerana cinta kepada Iskandar dia berubah. Tapi cinta kepada Ilahi. Penghijrahannya ternyata tak sia-sia. Cinta Allah dia mendekat, cinta manusia dia kecap. Berakhir kisah sedih tiga sekawan. Cinta pada manusia kadangkala meranapkan sebuah persahabatan namun cinta kepada Allah mendekatkan malah membuahkan persahabatan yang kekal hingga ke akhirnya.

Nota Iffah: Tercetus apabila Reenapple kata aku sweet macam cotton candy. Kisah ni macam kesinambungan karya Nong Andy. Tapi semua nama dalam cerpen ni ialah nama kereta aku. Maria (Wira) yang dah tak ada dan Maya (Myvi Purple). Iskandar (Wira) kereta kawan aku tapi dah kena jual. Vivian (Myvi Hitam) juga dia punya. Kadang bagi nama kat kereta ni seronok jugak. Macam haiwan peliharaan kan? Apapun semoga mendapat manfaat dan terhibur. Segala kritikan aku terima dengan senyuman.

5 comments:

reenapple said...

ohohohohohoh... nice.... hehehe. Tapi aku tak nampk kaitannya dengan manisnya kau seperti cotton candy.. hehehehe.

Aku rasa Maria tu dah jadi Gila eh??? hehehhe... SUka suka.. =).

nanti aku ada kereta, aku letak nama kucing.. ahahaha...

Nong Andy said...

hahahaha... punyalah cepat si dia itu menulis :)

hehe.. best la kali ni ada watak ganas siap nak bunuh2--> Maria

Semua nama kereta pulak tu... Aku suka nama Maya. Len kali nak pinjam nama tu boleh hehe..

sweet lah ending dia cik puan yang masih dara ahahahaha...

*bila baca ni gatal pula tangan nak menulis hehe!

S.Kausari said...

Wah, nama kereta ye? Lepas ni nama binatang peliharaan pulak :D Sumber inspirasi yg kreatif ;)

QasehSuci said...

bestnya...dah lama x baca cerpen iffah rindu...

Unknown said...

hihi..semua suka bercintakan? indahkn klw semuanya manis jer..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers