CORETAN TERBARU NADH

Panggilan manja

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk yang bukan islam.

Wah gediknyalah tajuk kali ni. Aku cuba serius ni. Lama dah isu ni berlegar kat otak aku. Pelik sangat dengan kaum lelaki yang senang sangat panggil sayang. Yang perempuan sewenangnya panggil 'abang'. Kalau niat nak hormat okeylah. Kalau nak geli-geli? Oh teringat suara abang macho kat youtube. Aku yang kau panggil sayang.

Bila sebut panggilan manja aku jadi gedik tetiba. Motif? Haha contoh panggilan manja macam; sayang, anje, baby, hubby, ayang, mucuk, cayang dan lain-lain seangkatan dengannya. Oh lupa. Papa mama pun ada. Euwww!

Perlu ke semua ni digunakan masa bercinta? Tak ada ikatan lagi dah menggatal panggil macam ni? Semua kau panggil sayang, semua kau panggil laling? Okey, aku terasa*. Zaman jahiliah dulu ada guna. Tapi dah makin dewasa baru rasa sangat annoying.

Tolonglah jangan guna. Geli telinga dengar. Bila sebut panggilan manja ni macam istimewa. Bila dah guna sekarang bila dah kahwin masing-masing bosan. Mula panggil nama. Dah tu dah tak istimewa hubungan perkahwinan korang tu. Jadi nak panggilan geli geleman ni eloklah masa dah kahwin. Sila setuju dengan aku okey?

Ps: Dia aku tak tahu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Diana @ BKKC said...

ifah..hehehe....musti ifah tka bercinta kan? akak paham..bg org yg tak berada dsituasi tu..mesti rasa tak sedap tleinga nak dengar..dulu akak pon pk gitu..tp bila kite dah ter'sayang' kat seseorang..otomatik terkeluarlah segala mala panggilan manja tu..

pss: sampai la ni..akak masih panggil hubby sayang...and he mention me as ayang.. No abang..abang...coz my hubby kate cam org tua....hehe

RHI said...

akak pun, geli dengar, kalau yg dah kawin pun, akak geli juga dengan kalau npanggil sayang....aduhhh...malu orang dengar

mas saari said...

akak setuju! masa bercinta tu akak panggil kau aku je..

Unknown said...

aku suka jugak guna2.tapi untuk gurau2 je

tapi aku menyampah bila dekat FB pon nak guna sayang abg.euww.motif sgt!!

fizafantagiro said...

utk org yg dh kawen ok la..lgpun kalau guna 'sayang' blh romantika kan lg hub.. =p tp kalau bercinta tuuu..ermm agakk kegelian kalau guna pglan papa mama..hihihi

fRaMe+LenSeS said...

bahaya panggilan tu. ayng melayang. abg terebang/ :D

azu said...

papa mama utk yg couple tu mmg kurang sesuai..tp kalo betul caranya, mesti org lain x annoying sgt mendengarnya..korang2 berdua je dgr ok pe..tp yg dh kawin skrg mmg kene show off lebih sket la psl itulah buah hati korang sampai mati..haha

Dayang Deno said...

haha deno setuju !!!! geli la dengar... kalau kawan deno ramai sgt... belum apa2 dah mama papa... hubby baby... eeuuuwwwww.... yerk! jom baca entry baru deno ifah.. tentang cintan cintun... heee :)

Faaein Talip Roy said...

cuba dengar bebudak sekolah yang bercintan beruk tu..

geli.. budak2 lagi dah bahasakann diri 'papa n mama'.. euwww geli gilak bila terdengar perbualan dia orang..

Ban said...

memangg gatal...haha

K said...

darling. anje.

aamalinaazman said...

kalo opah dan atok? =p

hehehehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers