CORETAN TERBARU NADH

Tolong!

Entry ni patut dikarang atas bas tadi. Tapi sebab ada mamat yang agak hensem kat sebelah. Aku tak boleh nak taip. Sebab entry ni ada kaitan dengan dia. Ketidakselesaan duduk sebelah lelaki sangat mengganggu emosi aku tadi. Lelaki memang suka duduk kaki terbuka luas eh?

Dialog kami tadi ialah pasal tolong. Aku nak bukak botol hundred plus. Ketat gila. Tangan kanan kan sakit. Kiri punya tenaga tak kuat. Nak tak nak aku tebalkan muka mintak tolong mamat sebelah.

Aku:Tolong bukakkan boleh?
Mamat kelate:Boleh.

Dah tu aku ucap terima kasih. Dia senyum je. Perbualan mati lepas tu. Aku minum dengan sopan. Haha perlu ke bagitau? Tapi yang aku nak cerita bukan pasal mamat tu. Pasal ego. Ego mengaku kita lemah. Ego nak mintak tolong. Aku mula malu jugak nak mintak tolong.

Tapi dah dahaga sangat. Dia pun nampak aku terkial-kial. Takkan nak simpan balik kan? Jadi rendahkan ego. Mintalah tolong kepada sesiapa yang ada. Bukan berat sangat pun nak sebut tolong. Ini nak mintak tolong dengan Allah pun berat mulut. Jom muhasabah diri :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

Cik Tetra said...

untunglahh mamat hensem duduk kat sbelah..heeee.. :D

Unknown said...

pompuan pon ego jgk kan

Diana @ BKKC said...

lahai ifah..dia diam jek....tak ngurat ifah???...hehe..gurau jek...

kalau akak - lelaki yg duk sebelah akak lebih muda dari akak..akak boleh lah beramah mesra...tp kalau sebaya atau lebih tua. akak diam2 saje...takut nt dia igt akak nak tackle dia..lg2 kalau dai encem

fRaMe+LenSeS said...

alaa.. cian.. len kl ng nadh , lh la nadh tlg buka kan. ;)

Fasihah Supian said...

hehehe betul betul betul

nsk said...

Betul tu. Tak rugi merendahkan diri nak mohon pertolongan kepadaNYA. Nice entry :)

mas saari said...

hehehe...betul tu, kadang2 kita malu nak minta tolong pasal benda kecik camni!

cintailmu89 said...

kalau saya pon saya tolong..

msredcheesecake said...

baik mamat hensem tu yea...hheee

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

ahahaha..

siap cakap g mamat hensem, ahaha

sweet :)

Cik Pulau said...

kalo lelaki duk sebelah memang x selesa gilerr...

Elly Jade said...

mana tau die org kelate? ;p
btul,jangan malu dan ego kalau nk mtk tlg..hmmm

aamalinaazman said...

kekeke
owg kelate?
dah se kg dgn kak ngah tu
hehehe

nape opah x taw ni
hehehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers