ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mulakan entri dengan batuk. Ni gara-gara Neslo Ais hari tu. Batuk tak henti-henti aku ni. Apa yang aku nak kongsikan ialah pasal cinta. Ya cinta lagi. Sebab hidup takkan lengkap tanpa cinta ya kawan-kawan.
Biarlah jemu pun aku tetap takkan berhenti berbicara tentang cinta. Ada satu perihal yang buat aku rasa jengkel aka annoying ialah orang bercinta suka berat sebelah. Apa itu berat sebelah? Jangan tanya aku. Takkan tak tahu kot.
Korang mesti sangat perasan dengan keadaan ni. Dia ada buah hati. Gaya bercakap macam dia seorang je ada kekasih. Macam pakwe atau makwe dia je yang bagus serba serbi. Pernah jumpa orang begini?
Menyampah bukan? Ada juga yang lupakan kawan. Mentanglah kau ada pakwe atau makwe. Kawan dah jadi orang tak penting. Padahal dulu dia dengan kau berkepit macam belangkas. Sekarang apa sudah jadi?
Ke hulu hilir dengan buah hati. Orang lain pun bercinta jugak. Tapi tak adalah macam kau. Lagipun tak elok bercinta sakan ni. Ikut pengalaman aku bukan kekal ke gerbang perkahwinan pun. Dah tu yang asyik sangat bercinta kenapa?
Cinta manusia itu fitrah. Tapi cinta kepada Allah jangan dilupa. Jangan hanya kerana cinta yang tak tahu kesudahannya buat kita alpa dengan keseronokan. Buat kita lupa tentang tanggungjawab sebagai muslim. Buat kita lupa orang sekeliling. Mungkin ada yang jengkel dengan sikap korang. Percayalah!
Ps: Dia okey kot.
9 comments:
hehe..cheq pun pernah berhadapan dengan golongan gini..
percayalah..
mula2 je hubungan cinta mereka gitu..
lama2 bosan..
mulalah kata yang buruk2 terhadap pasangan masing2..
fitrah manusia..hubungan tanpa ikatan yang sah akan menimbulkan satu perasaan yg dinamakan sbg 'jemu@bosan'.. =)
opah pecayeeeee!
okeh
keeep low profil!
hehehehehee
cinta la perasaan yg susah nk faham..^^
X bcinta kot. So x tau. Lalalala
Bukan salah cinta pastinya. Orang yang terlalu obses dengan pasangannya mungkin susah nak mendapatkan psgnnya itu. apabila sudah dapat pasti akan diberat sebelah berlebihan. saya jumpa ramai macam nie, annoying at first. skang dah terbiasa.
Bila bercinta terus lupa dunia. kalau dah cinta hanya kau dan aku jer yang ada.. org lain dah tak wujud dah...
*Cinta saja tak menjanjikan sebuah bahagia..
klu dh jodoh x kemana hahhaaaa
assalamualaikum iffah...kalau dah x ada jodoh tak boleh buat apa2kn jodoh ditentukn oleh Allah...:)...:)
mmg kawan dan shbt adalah terbaik
Post a Comment