CORETAN TERBARU NADH

Jadi wanita leceh!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku tulis macam tu? Sebab aku rasa penat pulak bergelar wanita. Tapi bukan makna aku tak bersyukur. Tak adalah macam tu. Masih suka jadi wanita. I like. Tapi banyak perkara yang membuatkan wanita itu leceh.

1. Menjaga aurat yang lebih dari lelaki. Memang ni wajib. Lelaki tengok sikit je dah bernafsu sebab tu kena tutup aurat ikut Islam.

2. Kena jaga penampilan. Wanita dikaitkan dengan kebersihan, kekemasan. Jadi sukar untuk mengekalkan kebersihan sepanjang masa. Lagi pula kena gosok baju tiap hari. Sesetengah lelaki tak gosok pun tak apa.

3. Pakaian. Baju sama tak boleh. Sebulan kena tukar-tukar. Leceh sebab kena beli banyak baju. Tudung lagi. Belum aksesorinya. Tupun membuatkan duit melayang. 

4. Datang bulan. Sakit atau tak terpulang kat individu. Mood pun berubah-rubah. Leceh tau!

5. Kena pandai membawa diri. Kenapa? Sebab masuk kampung ni orang tengok. Masuk sana orang tengok. Ni anak siapa. Lemah lembutnya dia. Blah blah blah.

6. Tak boleh keluar malam. Eh anak siapa yang asyik keluar malam tu? Tak malu ke? Blah blah blah.

7. Kena jaga pertuturan. Apa anak dara cakap macam ni. Mulut tu tak ada insurans. Mana lelaki nak lekat.

8. Amboi kereta besar. Baju mahal. Mana ada lelaki nak dekat. Lari diorang.

9. Belajar tinggi-tinggi pun ke dapur. Buat apa kau susah-susah nak hantar anak dara tu pergi Universiti. Membazir je.

10. Anak dara apa kau ni? Malas. Bangun lewat. Tak reti masak. Macam mana nak ada calon suami. Mertua pun reject tau!

Dan kepada kaum lelaki. Bersyukurlah anda takkan dengar bebelan seperti ini dan situasi seperti ini.
ps: Aku try update jugak. Yeah!!! Bro Ben sedang usaha ni=P

Post by,
Miss Ran 

5 comments:

Tasha said...

AGAK BERSETUJU DENGA ISU2 YANG DIKEMUKAKAN OLEH MISS RAN KITA.

Miss Ran said...

agak je? tasha how?

bun said...

erk? terase lak part tak reti masak and tido je

hahhahahahhaha















































WISH ME SOK, TAKOTTTTTTTTTTTTTT
HOPE DAPAT CEMERLANG -AMIN-

noraznida said...

ha,btol 2.....100% setuju,.,,

Alexandriana Alia said...

=)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers