ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
KLIK SINI |
Kenangan terlalu banyak bersama ibu. Sudah 22 tahun sebulan aku bersama beliau. Sungguh banyak kenangan tercipta sejak aku dalam perut beliau lagi. Paling tak lupa aku di rotan oleh ayah. Sehingga berbirat sebab aku ponteng sekolah. Merah belakang badan. Ibulah yang tolong sapukan ubat. Sedih hati ibu hanya seorang ibu je tahu. Aku menangis tak henti. Sakitnya aku yang rasa. Banyak kali kena rotan sampai hari ini aku boleh bangga kerana aku jadi manusia yang berguna sebab rotan ayahku dan kelembutan ibu mengusap belakangku.
Lebih atau kurang itu selalu menjadi persoalan. Aku lebihkan ibu. Dalam agama Islam pun, menyeru kita untuk hormat ibu ketiga kali lebih daripada ayah. Tapi tak bermakna aku tak sayang ayah. Tapi aku hidup lama dengan ibu. 9 bulan aku kesana sini kerana ibu. Kerana ibu yang menanggung kesakitanlah aku lahir ke dunia. Kerana susu ibulah aku membesar sehingga kini.
Sanggupkah aku? Tak. Aku tak rela. Sedangkan tengok cerita di televisyen pun hati aku meruntun pilu. Inikan pula ibu ayah sendiri. Tanpa mereka aku takkan dapat meniarap, merangkak, bertatih, berjalan, berlari dan ke menara gading seperti sekarang. Segalanya bermula dari mereka.
Duit siapa yang kita nak rebutkan? Hak kita ke? Kita usia muda takkan nak tebalkan muka rebut harta orang yang lebih tua. Berapa lama tahan duit tu? Takkan pernah puas dengan duit. Kerana duit badan merana. Segalanya memerlukan duit tapi tak bermakna kita buang segalanya kerana duit. Tak malukah kita guna duit orang lain? Fikirkan nasib kita di akhirat kelak.
Sifu Ben buat saya sedih malam-malam ni. Baru sampai asrama dah homesick!
Post by,
Miss Ran
9 comments:
untungnya mak ayah iffah ade anak macam iffah....:)
sket 2 kna rotan ...;(
http://cekedismanis.blogspot.com/2011/03/segmen-segera-terima-kasih-ibu.html
salam...jengok dan baca entri segmen incik ben...=)..hargailah ibu anda!
salam singgah!
memang sedih kalau bercerita pasal ibu, jadi hargailah ibu anda selagi dia masih ada~
hargailah kedua2nya selagi ibu dan ayah masih ada.
dulu... mak @ ayah pukul sebab nak ajar kita jadi manusia yang berjaya cuma cara mak @ ayah tu buat kita jadi macam benci tak suka... tapi itulah yang buat kita berjaya sekarang..
tapi lain pula anak2 zaman sekarang, manja dan dimanjakan, itu yang jadi mengada sampaikan mak ayah makan hati berulam jantung akibat kemanjaan anak..
selagi mereka ada di dunia kita sayangi dan hormatilah mereka, jangan menyesal kemudian hari.
Duit bukan lah segalanya
Kasih sayang ibu dan ayah adalah anugerah yang tidak terhingga
kan kan kan =)
bersama-sama berusaha menjadi anak yg s0leh dan s0lehah...
serta menggembirakan mereka semasa hayat mereka...
kena rotan kecik2, biasa la.. nakal masa dulu.. hihi~ Sha pun sama, kena rotan jugak.
Post a Comment