CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta KLCC

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
'Bodoh punya kereta' guman Masz dalam hati.

Peluh menitik. Dia segera memandang ke arah jalan raya yang sibuk. Namun hanyalah kereta bertali arus tanpa menghiraukan dia sendirian tersadai. Begitulah manusia. Kadang terlebih prihatin. Kadang lebih mementingkan masa sendiri.

"Telefon ni time waktu kritikal nilah nak buat hal. Campak longkang baru tahu!" Masz jerit sekuat hati. Lantas tangannya laju membaling handphone 3310 ke arah longkang berdekatan.

"Adoi!" Terkejut Masz. Segera dia berlari  ke tepi kereta. Tangannya sudah menggeletar. Memang sikapnya mudah panik. Dia hanya terhendap dari tepi. "Haiwan apakah?"
"Hei! Budak kau buta ke apa?" Jeritan dari bawah tanah. 

"Si..si..a..apa kau?" Gigil Masz menyahut. Bulu romanya meremang. Dia berundur ke tepi kereta Wiranya.

"Aku hantu!" Masz gabra. Darah gemuruhnya memang selalu datang tanpa diminta. Dia terus melutut. 

"Tolong pak, jangan ambil nyawa aku. Kau mainlah jauh-jauh," rayu Masz. Bergenang air di tubir matanya.

"Eh kau ni drama queen kenapa? Aku manusialah!" Lelaki itu cepat keluar dari longkang. Masz sudah teresak-esak. Ketakutan menghantui seketika.

"Woi minah, adoi! Dasar perempuan cengeng. Takut je nangis,"  Iqbal membersihkan pakaiannya yang terkena debu dari longkang. Dia sebenarnya mengambil pelan yang telah dilakar semalam. Pembangunan harus dijalankan masa terdekat. Semalam, semasa siteview pelan tu tercicir. Mujur saja Iqbal nampak dalam longkang. Namun, kenderaannnya jauh di belakang. Iqbal mengerling sekilas si gadis yang masih berlutut. 

"Cik, kenapa awak tak nak bangun? Saya gurau je tadi," Iqbal berlembut. Masz masih kaku. Diam tak berkata. Mata Iqbal sempat menangkap titisan air mata jatuh si gadis jatuh menyembah bumi.

"Eh kenapa awak nangis? Patut saya nangis. Kepala saya ni bocor tau kena handphone cikai awak ni," gerutu Iqbal. Memang bab memujuk dia lemah. Bidangnya yang menjurus kepada senibina membuatkan kemahiran komunikasinya lemah. Apatah lagi dengan gadis cengeng. 

Masih dia ingat zaman kampus dulu. Dia pernah meminati seorang gadis namun gadis itu menolaknya. Bukan sekali tapi banyak kali. Malas memang betul-betul gadis tomboy tu menolaknya jatuh ke kolam KLCC. Malu dia dibuatnya. Setelah lama kejadian itu, dia seperti alergik dengan spesis ini.

"Dahlah, makin buruk saya tengok. Awak patut minta maaf tau. Sakit kepala saya siapa nak tanggung? Kalau ada apa-apa masalah kat otak saya, saya akan saman awak," Iqbal bebel panjang lebar. belum sempat dia melangkah pergi perempuan itu mengangkat muka. Jelingan maut diberikan.

"Kau?" Serentak mereka terkejut. 'Kenapa dia?' Iqbal trauma.

"Akulah. Kau arkitek ya? Dah jadi manusia rupanya." Sinis suara Masz. Hilang watak cengeng tadi. Seperti pelakon. Sekejap je bertukar wajah.

"Aku memang manusia okey!" Bengang Iqbal. Inilah wanita yang paling dia anti.

"Ala manusia lemah. Kalah perempuan kan?" Masz memandang dengan pandangan sinis. Dia kenal sangat dengan lelaki ni. Sia-sia dia menangis ketakutan tadi. 'Jatuh saham beb. Depan musuh pulak.'

"Kau kenapa Siti? Sibuk pasal aku. Yang kau kenapa tersadai kat sini? Tunggu pelanggan?" Iqbal bengang. Mulut perempuan perlu diajar.

"Hei mulut kau!!! Siapa bagi kau hak panggil aku Siti? Aku tunggu pelanggan? Sorry sikit. Ingat aku murah ke?"

"Oh aku ingat macam tu. Mahal ye kau ni? Berapa? Kalau aku bagi duit kau nak layan aku baik-baik tak?" Iqbal sinis. Geram masih berbekas. Perempuan inilah cinta pertamanya. Kerana perempuan ini jugalah dia menjadi lelaki yang ada kini.

"Kau!!!" Iqbal ketawa tanda kemenangan.

"Kau rasa kau menang ke?" Masz benci mendengar tawa hilai itu. Panas makin membahang. Keretanya masih tersadai. Buang masa dia melayan Iqbal si lemah. 

"Kau ego. Cakap jelah kau kalah. Mengaku. Susah?" Iqbal memprovok. Masz makin rimas. Segera dia cuba hidupkan telefonnya. Iqbal sudah melangkah ke belakang untuk mendapatkan keretanya. Dalam hatinya puas dengan kemenangan.

"Iq...Iqbal," Iqbal terdengar tapi dia biarkan panggilan itu sepi sendiri.

"Iqbal!!!!!!!" Jerit Masz sekuat hati. Iqbal tersenyum. Lantas dia berpusing badan. 'Ego sudah turun nampak' Iqbal tersengih.

"Kenapa?" Mukanya serius. Masz terpaksa menebalkan muka.

"Tolong panggil mekanik. Kereta aku buat hal ni," Suaranya kendur.

"Iqbal? Tolong kau? Kau ni Siti ke hantu?" Iqbal hanya tersenyum sinis. Masz berdiam diri.

"Kejap, kau ikut aku ambil kereta aku belakang sana. Kita tunggu mekanik kat kereta aku. Panas ni," Masz masih takut. Dia tahu Iqbal masih berdendam setelah kes KLCC 4 tahun lepas.

"Kau ingat aku jahat ke? Kalau aku jahat, lama dah aku seret kau tadi. Dahlah. Bahaya kau duduk seorang sini. Jom." Iqbal kendurkan suaranya. Dia cuba yakinkan Masz. Masakan dia melukai gadis yang lama bertahkta di hatinya.

XXXXX

"Masz, ada orang nak jumpa ni. Pakai tudung." Mak bagi hint yang pelik. Masz pelik. Tapi dia tetap menyarung tudung yang tersangkut.

Kedengaran suara-suara gamat di bawah membuat Masz tertanya-tanya. 'Siapalah ramai sangat ni.' rungut Masz dalam hati.

"Eh mak, kenapa ramai sangat ni," Masz berbisik.

"Lah, kau tak tahu ke? Ni apa pakai baju biasa je ni?" Mak mula membebel. Masz pelik.

"Budak Mad ni bukan nak beritahu awal-awal," Mak pun berlalu. Mazlina, adik kepada Masz hanya tersengih-sengih. Masz malas layan. Dia pun berlari naik ke atas. 'Baring lagi baik.' Langkah Masz laju.

XXXXX

"Ya? Kenapa nak masuk? Ganggu jelah," Masz dengan malas bangun dari katilnya. Ramai kaum hawa golongan veteren berkerumun depan biliknya. Masz pelik. 'Takkan nak tumpang solat kot. Bilik bawah kan ada?'

"Makcik ni ada hajat nak," Makcik yang ramai tu masuk ke bilik. Mujur tudung masih belum dibuka. Hajat? Nak melepas pun agak-agaklah. Kat rumah orang nak terjah.'

"Makcik tandas kat luar," Masz berbahasa enak. Serentak itu makcik-makcik gelak besar. Mak pun muncul entah dari mana.

"Kenapa ni? Cincin sarung ke belum?" Mak kalut.

"Sarung apa mak? Makcik ni nak tumpang tandas rumah kita ni," Masz terangkan dengan yakin.

"Masz, kau ni. Budak bertuah. Ni maknya Mad. Hari ni rombongan merisik terus bertunang. Mad memang minat kau dari dulu. Mad kata kau setuju." Mak pun laju menyuruh makcik aka mak Mad yang tak dikenali menyarung cincin.

Tak pernah dibuat orang sarung cincin sambil berdiri. Tapi Masz menurut sahaja. Dia sudah memalukan diri tadi. Cukuplah dia saja yang malu. Tak mahu maknya yang sudah tua meniti usia turut malu jika dia menolak cincin dari Mad. Hatinya menangis.

XXXXX

"Akak kenapa berkurung je. Mak panggil makan," Mazlina panggil kakak tunggalnya makan. Sejak semalam Kak Masznya masih berkurung.

"Akak tak nak makan dik. Pergi makan dulu okey?" Masz malas melayan. Remuk hatinya masih berbisa. Dia kecewa. Tapi pada siapa dia mahu mengadu domba. Mak takkan terima alasan ini. Masz merintih sepi.

"Masz, awatnya ni?" Mak mula berbicara. Nada itu serius. Masz berpaling. Senyuman menawan untuk ibu tercinta diberikan.

"Kenapa anak mak ni?" Mak pandang. Air matanya tak tertahan. Masz nangis teresak. Dia pun menceritakan hal di kampus hinggalah kisah pertunangan dengan Mad semalam. Sungguh dia tak malu luahkan apa yang dia rasa.

"Hang tak nak kat Mad tu ka?" Mak tanya dengan serius. Masz hanya geleng.

"Mad ada bawah. Nanti hang cakap baik-baik dengan dia," Mak pergi berlalu. Mukanya jelas kecewa. Namun, hatinya tak sanggup diberi kepada lelaki asing. Masz nekad!

XXXXX

"Mad, saya tak nak bertunang dengan awak pun. Jadi saya pulang cincin ni. Ambil dan beri pada yang layak," Masz laju berkata. Dia tak tengok muka Mad langsung kerana takut memandangnya. Dia takut rasa bersalah. Mad senyap. Masz kaku. Dia cuba menanggalkan cincin itu. 'Ketat pulak' gerutu Masz.

"Betul kau tak nak jadi tunang aku?" Mad bersuara. Masz berpaling. Air matanya tumpah. Dia terus berlari ke bilik.

"Makcik, Mad balik dulu. Nanti makcik tolong pujuk Siti tu. Nangis selalu sangat," Lalu lelaki itu keluar dari rumah tunangnya. Senyum sampai ke telinga.

Ringtonenya berbunyi. Kalau cinta jangan kacau, kalau sayang tak perlu marah... Mad senyum. "Hello, assalamualaikum," 

"Iqbal, seronok kau mainkan aku ya?" Jerit Masz. Iqbal ketawa panjang. Senyum dengan telatah tunangnya. Sudah lama kenal. Tapi masih malu-malu. Dia bersyukur kerana Allah menemukan semula dia dengan gadis tomboy idamannya. Walaupun pengalaman mandi kolam itu pahit, tapi kenangan itu masih terpahat dalam jiwa. Mohamad Iqbal sudah jatuh cinta berjuta kali dengan Siti aka Masz. 

THE END!
PS: Cerita buat kawan aku dan pakwenya iaitu Akak LJ dan Geto. Semoga kalian kahwin cepat-cepat. Cerita ni tak best pun. nanti aku buatkan yang lagi best. Mata kuyu. Otak kura-kura. Hehe
Post by,
Miss Ran 



6 comments:

hafiz hafizol said...

wau.. dia pandai tulis cerpen... wau..

Masz Mukhtar said...

suke.suke.suke. tapi kenapa kena kuat nangis? haish. tak macho langsung!

Naniey TJ said...

akak TJ pnye cite ble nk kuar???? hihihihihi

jude razali said...

emosi aku sgt la gedik time bce stoly ni... pas2 cm gelak guling2 bila ingat muke geto..hahahahah..maseh berwajah peliwat..hahahah. LONG LIVE MY DEAR PREN MASH N GETO..

Tuan Auz said...

hahaha wehh ada ke bertunang macam tu????? lawak tollll

ijA said...

unik..bertunang pun selamba je berdiri....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers