CORETAN TERBARU NADH

Kenapa Melaka maju?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saja nak kongsi dengan korang ceramah oleh PROFESOR DATUK DR ABU BAKAR BIN DIAH pagi tadi. Doia bercerita tentang MELAKA. Tajuk patutnya pasal budaya kerja. Aku rasa ada betulnya yang dia cakap. Banyak benda yang baik yang patut kita ikut. Yang buruk siapa nak suruh ikut?

Antaranya budaya kerja ketua menteri Melaka. Macam mana dulu biasa sangat kita dengar Melaka ada apa? Ada bukit bagi kat Cina jadi Bukit Cina. Ada tanjung bagi kat keling jadi Tanjung Keling. Ada kampung bagi kat jawa. Kampung jawa. Ada durian tinggal daun je. Tapi sekarang tengok?

Ramai pelancong datang ke Melaka ni. Walaupun kecil je tapi pemimpinnya berjiwa besar. Macam mana dia boleh ubah Melaka menjadi maju dengan segala kemudahan. Ada pusat boling, ada taming sari, ada river cruise macam kat Paris kota cinta tu.

Aku bangga aku menumpang kat Melaka ni. Tak sangka pulak. Haha aku banggalah. Memang tiap kali pergi tempat tu tak putus-putus pelancong asing datang. I like. Tapi tak dapatlah aku jadi tourist guide. English lemah. Tapi seronok kot. Jadi riak takbur kejap. Marilah melawat Melaka. Macam-macam ada.

Kata nasihat: Ubah persepsi sendiri. Kita boleh maju tanpa harap orang lain!
Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers