CORETAN TERBARU NADH

My first time

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Alhamdulillah buat pertama kalinya aku drive yang sangat jauh. Tanpa teman di sisi. Aku teruja. Sebab aku dah boleh dapatkan kepercayaan ibu ayah aku. Bukan senang jaga anak perempuan dan bukan senang nak jadi perempuan. Yang berjantina lelaki sila berfikir sejenak. Untungnya kamu yang lelaki.

Jenuh aku memujuk ibu supaya bagi. Yelah lesen aku lama dah full. Bukan P ok. Tak pernah bawa jauh pun.  Aku takat pergi Putrajaya je. Tu pun hantar nenek aku kat kampung sebelah Putrajaya tu. Paling lama 40 minit sampai. Ini sejam setengah aku mengharung highway. Sangat lebat hujan. Bayangkan yang guna lane tengah lagi lembab dari yang hujung sekali.

Aku nak je pecut tapi jalan tengah licin. Takut babas pulak. Tapi memang tadi nyaris nak hentam punggung kereta AVANZA hijau! Lembab. Berhenti tiba-tiba pulak. Hujan tengah lebat. Aku lupa pakai spek. Lupa diri ini rabun. Memang cuak. Tapi aku berhenti kat Nilai. Aku hilangkan panik. Aku memang cepat panik.

Lagipun kereta tu pun selalu meragam di MELAKA. Accident pun di MELAKA. Jadi agak cuak. Syukur tak ada apa-apa jadi. Baru aku tahu jauh perjalanan ke Melaka ni. Tak sangka aku sampai. Nak nangis rasa bila ibu cakap syukur. Ayah cakap dah lulus. Aku dah dapat lesen kepercayaan. Itu paling utama.

Susah jadi anak perempuan. Ibu siap suruh sampai Nilai call. Sampai Seremban call. Tapi aku call sekali je. Sampai Melaka dekat setengah jam nak sampai hostel sebab penuh traffic light. Memang menyampah i tell u. Boleh telefon ibu lagi kata dah sampai. Anyway syabas kepada diri makcik sendiri sebab buktikan kaum WANITA bukanlah seteruk yang disangka apabila memandu. Oh ya Melaka ke KL jammed. KL Melaka banyak kereta=)

Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Sunah Mohammad said...

alhamdulillah...bestnye dapat drive sendirik...saya pun nak jugak! :)

Miss Ran said...

hehe erk sunah nk drve? dari srawak? Biar betul..Susa nk dapat sebiji kete zmn skng

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers